Sekarang ini sudah jelas lagi bersuluh.
Matlamat Dr Mahathir di penghujung karier politik dan mungkin juga di penghujung nyawa hanya 2, iaitu sekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan naikkan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Menteri.
Bukan admin yang kata tapi kenyataan-kenyataan dari Dr Mahathir sendiri yang mengesahkan perkara tersebut.
"Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri sebab dia banyak musuh", kata Dr Mahathir (BACA DI SINI).
Jadi mungkin selama ini admin tersilap tafsir, populariti Dr Mahathir merudum bukan kerana rakyat sudah menyampah pada beliau tetapi kerana selama ini Dr Mahathir berkerjasama dengan Anwar yang banyak musuh...๐๐๐
Mungkin sebab itulah gamaknya DAP dan PAN 'renjiskan' Anwar begitu sahaja walau pun sudah berpuluh tahun berkerjasama dengan Anwar...๐๐๐
Lainlah Warisan, sekarang ini tengah 'bergumbira' sebab Shafie Apdal mendapat sokongan dari Dr Mahathir untuk dicalunkan sebagai Perdana Menteri...๐๐๐
Tapi pelik juga...๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ
Dr Mahathir kata pencalunan Shafie sebagai Perdana Menteri dibuat dan dipersetujui semasa perbincangan antara beliau dengan Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Shafie Apdal tapi Shafie pula terkejut dan perlukan masa untuk pertimbangkan (BACA DI SINI).
Malu-malu kucing pula Sahfie nie, orang sudah bagi tu, bedal jer lah...๐๐๐
DAP dengan PAN pula kata, itu hanya cadangan dan belum dimuktamadkan lagi (BACA DI SINI)...๐คทโโ๏ธ๐คทโโ๏ธ๐คทโโ๏ธ
Agenda siapa sebenarnya pencalunan Shafie sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan?
Memang cadangan Pakatan Harapan atau agenda peribadi Dr Mahathir untuk mengkambing hitamkan Shafie Apdal pula (BACA DI SINI).
Tujuan Dr Mahathir mencadangkan Shafie sebagai calun Perdana Menteri sebenarnya untuk menjayakan agenda peribadi beliau untuk menjadikan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Menteri atau pun boleh ditafsirkan Shafie cuma transit sementara sebelum Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri.
Jadi takkanlah Dr Mahathir hendak tentang rancangan yang beliau sendiri buat (BACA DI SINI)...๐๐๐
Yang bermain difikiran kita, kalau rancangan Dr Mahathir itu berjaya, apakah Mukhriz layak dan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri.
Sejarah politik Malaysia mencatatkan Mukhriz sudah 2 kali tersungkur dari jawatan Menteri Besar di negeri kelahiran beliau dan Dr Mahathir (BACA DI SINI).
Betul cakap Tok Mat Hasan, mati hidup balik pun Dr Mahathir tidak akan biarkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Nampaknya sekali ini, sebagai ahli politik yang tidak berparti dan tidak mempunyai sokongan akar umbi, Dr Mahathir cuba untuk memperbodohkan DAP dan PAN dengan cuba menentukan keputusan yang mesti dibuat oleh Pakatan Harapan dengan bersandarkan alasan beliau masih lagi mendapat sokongan pengundi Melayu...๐คฃ๐คฃ๐คฃ
Walau pun nampaknya Anwar Ibrahim seakan reda dengan jawatan PM tepi buat selama-lamanya...๐ฅ๐ฅ๐ฅ
Tetapi tidak semudah itu untuk Anwar menyerah kalah.
Seperti yang Anwar sering katakan, "Lawan Tetap Lawan"...๐๐๐
Terkini dikhabarkan dari sumber yang dipercayai, Anwar akan menentang usul undi tidak percaya dengan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri di dalam Parlimen nanti.
Sediakan 'Super Ring' banyak-banyak, pertengahan bulan depan Parlimen akan bersidang!!!
0 comments:
Post a Comment