Semalam laman blog ini menulis mengenai Setpol Mat Sabu yang ditahan SPRM untuk di soal siasat berkaitan kes rasuah Rm56 juta di Kementerian Kewangan ketika Mat Sabu menjadi Menteri Pertahanan di era Pakatan Harapan (BACA DI SINI).
2 Julai yang lepas, lama blog ini menulis mengenai bekas Setpol Lim Guan Eng yang ditahan reman untuk disoal siasat oleh SPRM berkaitan kes Terowong 'Ghaib' Dasar Laut Pulau Pinang yang mula dibongkar pada tahun 2017 (BACA DI SINI).
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu membuang masa mencari korupsi dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang," kata P Ramasamy (BACA DI SINI).
Ramasamy mendesak SPRM supaya berhenti mengganggu Pulau Pinang dengan kes Terowong 'Ghaib' Dasar Laut Pulau Pinang.
Bagi admin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramasamy adalah satu kenyataan yang cukup biadap.
SPRM cuma menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka berdasarkan maklumat dan bukti baru yang mereka terima.
Apakah itu boleh dianggap sebagai mengganggu?
Atau apakah DAP dan Ramasamy merasakan bahawa mereka terlalu hebat sehinggakan langsung tidak boleh disiasat, walau pun SPRM mempunyai alasan yang kukuh.
Apa masaalahnya jika pegawai SPRM datang ke pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk merakamkan percakapan beberapa orang pegawai di sana?
Bukankah selama ini DAP yang sering menyalak slogan 'Rule of The Law'?
Dalam perkembangan yang berasingan dalam kes penahanan Setpol Mat Sabu, Mohd Azhar Che Mat Dali, PAN pula menyifatkan tindakan SPRM adalah tidak profesional dan keterlaluan (BACA DI SINI).
Setiausaha Agung PAN, Mohd Hatta Md Ramli menyifatkan tahanan reman SPRM yang dikenakan terhadap Mohd Azhar adalah keterlaluan dan tidak berprofesional.
Apakah Hatta mempertikaikan kewibawaan dan profesionalisma Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Sekiranya benar pihak SPRM tidak mengikut SOP yang sepatutnya, mengapa tidak dibuat lapuran polis supaya siasatan terperinci boleh dilakukan?
Atau failkan petisyen di mahkamah supaya membatalkan tahanan reman Mohd Azhar atas alasan ianya dilakukan tanpa mengikut SOP yang sah!!!
SPRM sebagai sebuah badan bebas dan profesional, sudah pasti akan mengambilkira dari semua sudut sebelum melakukan serbuan atau tangkapan.
Sebenarnya sejak Latheefa Koya disingkirkan secara terhormat, ramai pemimpin politik dari Pakatan Harapan yang sudah panas punggung.
Banyak lagi kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin politik dari Pakatan Harapan akan dibongkarkan oleh SPRM.
2 tangkapan yang dilakukan oleh SPRM itu hanyalah sebagai permulaan dari deretan kes yang berada dalam perhatian SPRM.
Jadi kepada pemimpin Pakatan Harapan, tunggu dengan sabar yer, tapi kalau tidak bersalah, tidak ada apa yang harus dibimbangkan.
Cuma kepada mereka yang sebelum ini beraja di mata dan bersultan di hati sedang tidak lelap tidur sekarang ini.
0 comments:
Post a Comment