Laman blog ini ada menyiarkan berita mengenai bekas Setpol Lim Guan Eng yang direman oleh SPRM selama 4 hari untuk disoal siasat berkaitan kes Terowong 'Ghaib' Dasar Laut Pulau Pinang pada 2 Julai lepas (BACA DI SINI).
Terkini, belum selesai siasatan mengenai kes Terowong 'Ghaib' tersebut yang dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir bulan ini, SPRM menahan seorang lagi Setpol bekas menteri Pakatan Harapan untuk disoal siasat.
Kali ini SPRM menahan seorang lagi Setpol bekas menteri Pakatan Harapan, Mohd Azhar Che Mat Dali atas tuduhan melakukan sogokan kontrak bernilai RM56 juta.
SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.
Turut ditahan dalam kes yang sama ialah seorang pegawai tinggi ATM (BACA DI SINI).
Admin cuma hendak tanya, PATRIOT tak nak keluarkan apa-apa kenyataankah berkenaan isu penahanan SPRM nie, sebab rasanya sejak Pakatan Harapan jatuh, PATRIOT nampak seperti sudah berada dalam 'mute mood'...🤫🤫🤫
PAN cuba mempolitikkan penahanan ini bila cuba menjadikannya sebagai satu salah guna kuasa oleh SPRM (BACA DI SINI).
Menurut kenyataan SPRM, penahanan Mohd. Azhar adalah atas siasatan kes baharu dan bukannya kes rasuah RM800,000 yang juga melibatkan orang kanan Mat Sabu.
Apakah Mohd. Azhar adalah orang yang sama disiasat oleh SPRM dahulu atau tidak, admin tidak mahu jawab, pembaca tentukan sendiri dengan (BACA DI SINI).
Admin tidak mahu huraikan atau ulas dengan lanjut mengenai kes rasuah terbaru Setpol Mat Sabu ini, biarlah SPRM selesaikan siasatan dahulu.
Cuma bagi admin, sama ada PAN mahu pun Pakatan Harapan, tidak layak menganggap diri mereka sebagai hero melawan kleptokrasi kerana semua parti komponen dalam Pakatan Harapan, sama ada DAP atau PAN atau PKR, apa lagi Dr Mahathir mempunyai kes rasuah dan salah guna kuasa yang bernilai berbilion ringgit.
Pakatan Harapanlah sebenarnya pemain amalan kleptokrasi terbesar dalam negara.
Berpuluh bilion ringgit aset negara dijual semasa pemerintahan Pakatan Harapan begitu sahaja tanpa diketahui ke mana perginya wang tersebut.
Berpuluh bilion pinjaman luar negara dibuat sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan, namun kita tidak tahu ke mana dan untuk apa wang tersebut dibelanjakan.
Berpuluh bilion pula duit Petronas yang dijarah oleh Pakatan Harapan juga tidak kita ketahui ke mana dan pada siapa duit itu sekarang.
Sebenarnya Pakatan Harapan tidak ubah seperti lagak ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor sendiri bergelumang tahi!!!
0 comments:
Post a Comment