Saturday, July 4, 2020

Lepas Dr Mahathir Hampir Hilang Segalanya, Syed Saddiq Mula Bodek DAP Dan Kritik Dr Mahathir


Mantan Menteri Belia Dan Sukan merangkap mantan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memang sangat-sangat dikenali sebagai penjilat dan pengampu besar Dr Mahathir.

Tapi waktu Dr Mahathir berkuasa dan ketika dilihat Dr Mahathir masih mampu untuk berkuasa, sama ada sewaktu sebelum PRU 14 atau era pasca pemerintahan Pakatan Harapan.



Syed Saddiq tidak segan silu keluarkan kenyataan, walau pun seringkali dianggap sebagai kenyataan yang tidak bijak dan menjadi bahan lawak, Syed Saddiq tidak kesah, janji dia dapat menunjukkan dan meyakinkan Dr Mahathir bahawa dia adalah penyokong tegar Dr Mahathir.



Selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU 14, sikap penjilat dan pengampu Syed Saddiq berbaloi bila dia dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Belia Dan Sukan sebagai imbuhannya.

Tetapi itu dahulu, lain ulu lain parang, lain dahulu dan lain sekarang.

Sikap pembodek dan pengampu Syed Saddiq dilihat berubah setelah Dr Mahathir dilihat hampir kehilangan segalanya.

Apabila usaha Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri kali ketiga dilihat semakin sukar, Syed Saddiq mula mengeluarkan kenyataan yang menyindir atau mengecam Dr Mahathir.

Terkini, dilapurkan Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan menyindir Dr Mahathir (BACA DI SINI).

Dalam satu ciapan beliau dalam akaun Twitter, Syed Saddiq dilapurkan berkata, "We need more Youths in Politics, not oldies fighting for power,"

Kalau apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq itu memang ikhlas dari hatinya, mengapakah semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tidak mengemukakan nama-nama baru pemimpin muda?



Ke mana perginya kata-kata Syed Saddiq yang kononnya akan terus mempertahankan Dr Mahathir, walau pun nyawa beliau menjadi galang gantinya?

Apakah kini Syed Saddiq sedang mencari dahan baru untuk berpaut, sekurang-kurangnya untuk menyelamatkan beliau dari kes SPRM yang sedang beliau hadapi sekarang (BACA DI SINI), setelah merasakan dahan tua yang beliau gunakan selama ini untuk berpaut sudah tidak kukuh lagi?

Dr Mahathir dan Syed Saddiq kini sudah menjadi Ahli Parlimen biasa yang tidak mempunyai parti lagi.

PKR pula berada di ambang perpecahan yang amat dahsyat.

Satu-satunya parti di dalam Pakatan Harapan yang masih lagi kukuh dan dominan ialah DAP.

Jadi tidak hairan sekiranya Syed Saddiq cuba mengambil hati DAP dengan memuji Ahli Parlimen Bakri dari DAP yang juga merupakan mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, sedangkan kita tahu sebagai menteri bertanggungjawab terhadap alam sekitar, Yeo Bee Yin telah gagal menguruskan dengan baik isu pencemaran toksik Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, hingga mengorbankan nyawa orang awam.

Mungkin juga Syed Saddiq merasakan DAP akan lebih mampu membantu beliau sekiranya Pakatan Harapan dapat merampas Putrajaya sekali lagi.

Ahli politik seperti Syed Saddiq sanggup menggadaikan apa sahaja, termasuk maruah diri sendiri, asalkan beliau selamat.

Dunia politik tidak kotor tetapi politikus seperti Syed Saddiq yang mengotorkan dunia politik!!!

0 comments:

fda

Archives