Thursday, July 30, 2020

Sah Kerajaan Warisan Sabah Tumbang, Aku Tanya Pie Apa Khabar...😉😉😉


Secara rasmi mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman mengumumkan beliau sudah mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah dan seterusnya menyingkirkan Shafie Apdal dari kerusi Ketua Menteri Sabah.

"Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan ADUN dari pelbagai parti".

"Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB TS Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru," jelas Musa Aman.

Menurut Musa, ADUN yang akan bersama-sama beliau membentuk kerajaan baharu itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan UMNO.

Antara ADUN dari parti pemerintah yang dilihat berada di rumah Musa adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).

"Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka".

"Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai", jelas Musa.


Ini bermakna blok pembangkang yang sebelum ini hanya mempunyai 20 kerusi DUN, kini sudah mempunyai sekurang-kurangnya 31 kerusi DUN untuk mendapatkan majoriti mudah bagi menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah.

Jumlah ADUN di Sabah ialah 65 tetapi 5 ADUN yang dilantik itu tidak layak untuk menyatakan sokongan sama ada untuk mempertahankan atau menumbangkan Kerajaan Warisan Sabah.

ADUN yang dilantik ialah Wilfred Madius Tangau (UPKO), Lorreto Padua Jr (Warisan), Terrence Siambun (Warisan), Jaffari Walliam (PKR) dan Stephen Wong Tien Fatt (DAP).

Namun kerusi ADUN yang disandang oleh Stephen telah kosong kerana beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac 2019 (BACA DI SINI).

Spekulasi mengenai angin perubahan kerajaan negeri di Sabah menjadi semakin hangat bila Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad bin Alamin membuat kenyataan di lobi parlimen mengenai kemungkinan berlakunya perubahan pada Kerajaan Negeri Sabah.

Laman blog ini juga ada menyiarkan mengenainya (BACA DI SINI).

Sebenarnya pergolakan politik di Sabah telah bermula sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi tetapi ianya menjadi semakin meruncing pada akhir bulan Jun 2020 (BACA DI SINI).

Kegelojohan Shafie mendaki karier politik terserlah bila keadaan politik Sabah dan Warisan yang beliau terajui bergolak tetapi beliau sibuk melobi untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).

Pergolakan politik Sabah berpunca dari kegagalan Warisan di bawah pimpinan Shafie untuk mentadbir Sabah dengan baik.

Malah Warisan sering dilihat lebih berpolitik dari menyelesaikan masaalah rakyat di Sabah.


Warisan juga sering menimbulkan kemarahan rakyat Sabah melalui dasar-dasar mereka terutamanya dalam isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang terlalu banyak 'dianugerahkan' kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI), terutamanya dari Filipina (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Jadi tidak perlu menuding jari kepada sesiapa akibat kejatuhan Kerajaan Warisan Sabah, kerana ianya berpunca dari kegagalan dan kelemahan sendiri.

Janganlah pula Shafie mainkan isu kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang kerana tertubuhnya Kerajaan Warisan juga adalah dari cara yang sama, malah lebih menjijikkan.

What goes around comes around!!!



Sumber :

0 comments:

fda

Archives