Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, jadinya, istilah yang paling tepat untuk admin gambarkan perbuatan biadap 2 wanita yang menconteng mural potret SPB YDP Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 'BODOH SOMBONG, PANDAI KURANG AJAR!!!'
Orang tua dah pesan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tidak perlu dipersoalkan apa motif kedua-dua wanita ini melakukan perbuatan yang cukup tidak bermoral itu.
Sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional di mana Perdana Menterinya dilantik oleh SPB YDP Agong, itu masaalah mereka dan bukannya alasan untuk menghina ke bawah duli tuanku.
Siapa mereka untuk mempertikaikan keputusan yang telah SPB YDP Agong telah putuskan mengikut lunas Perlembagaan Malaysia.
SPB YDP Agong adalah institusi yang wajib dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia kerana baginda adalah Ketua Negara.
Menghina SPB YDP Agong sudah merupakan satu kesalahan dan boleh didaklwa di bawah Akta 15, Akta Hasutan 1948 (BACA DI SINI).
Perbuatan terbaru menghina SPB YDP Agong itu juga menimbulkan kemurkaan SPB Sultan Selangor.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor, baginda menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan perbuatan tersebut, lebih-lebih lagi ianya berlaku di Selangor.
Baginda juga mahu pelaku ditangkap dan didakwa dengan segera (BACA DI SINI).
Ada teori yang mengaitkan wanita yang menconteng mural wajah SPB YDP Agong itu adalah orang yang sama dengan 'Si Tembam Super Ring'.
Admin tidak pasti sama ada teori tersebut betul atau tidak kerana dari rakaman gambar CCTV yang dirakam ianya nampak sama namun tidak dapat dipastikan.
Siapa pun yang melakukannya dan walau atas alasan apa pun ia dilakukan, ianya adalah satu kesalahan yang cukup serius kerana bukan sahaja boleh disabitkan kesalahan dengan Akta Hasutan 1948 (Akta 15), malah ianya juga bercanggah dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Tindakan tegas dan pantas mesti diambil oleh pihak PDRM dan seperti yang dititahkan oleh DYMM SPB Sultan Selangor, tangkap dan hukum mereka segera!!!
0 comments:
Post a Comment