Monday, July 6, 2020

Shafie Apdal 'Beli' Sokongan DAP Untuk Jadi Perdana Menteri?


Semasa kempen PRU 14, sama seperti isu Lynas, Pakatan Harapan cuba menonjolkan watak perihatin terhadap alam sekitar dan rakyat, Warisan/Pakatan Harapan menghasut beberapa NGO untuk membantah projek Empangan Kaiduan dengan alasan ia adalah kezaliman Kerajaan Barisan Nasional yang menindas masyarakat tempatan (BACA DI SINI).

Tetapi setelah menang PRU 14 dan setelah penjenamaan semula projek Empangan Kaiduan kepada projek Empangan Papar, projek yang sama akan diteruskan semula oleh Kerajaan Warisan/Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Menurut NGO yang dahulunya sama-sama membantah projek Kaiduan, kini mereka ditinggalkan keseorangan bikla rakan-rakan mereka yang dahulunya bersama-sama berjuang membantah Projek Empangan Kaiduan kini telah 'dibeli' oleh Kerajaan Warisan Sabah dengan melantik mereka ke beberapa jawatan tinggi dalam petadbiran Kerajaan Warisan Sabah (BACA DI SINI).



Lebih menarik lagi, projek Empangan Papar yang bernilai RM3 bilion itu 'dianugerahkan' kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd, syarikat kroni DAP.

Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd adalah pemegang saham syarikat konsesui projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang sedang disiasat oleh SPRM.



Syarikat itu juga terbukti membayar RM15 juta daripada RM19 juta yang dibayar kepada ahli perniagaan dalam cubaan untuk menutup siasatan SPRM ke atas projek terowong (BACA DI SINI) dan (BACA DI SINI).

Jika diteliti surat pemberian projek Empangan Papar kepada Syarikat Wira Syukur, ianya ditandatangani oleh mantan Pengarah Air Sabah ketika itu, Amarjit Singh, yang sudah pun dibatalkan perlantikan beliau pada 9 Oktober 2019 (BACA DI SINI), dan surat itu ditandatangani beliau pada 10 Oktober 2019, sehari selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan membatakan perlantikan beliau.

Amarjit Singh merupakan kontraktor dan ahli parti Warisan. Dia pernah direman bersama Shafie Apdal berhubung siasatan skandal rasuah RM1.5 bilion Air Sabah (BACA DI SINI).


Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony, merupakan kontraktor untuk projek-projek di bawah Kementerian Luar Bandar semasa Shafie Apdal adalah menterinya.

Beliau kini sedang menghadapi pertuduhan terhadap 2 kes pengubahan wang haram Risda dan Air Sabah (BACA DI SINI).

Namun perbicaraan mahkamah terpaksa ditangguhkan bila Naib Presiden Warisan itu tiba-tiba jatuh sakit selepas menghadapi satu lagi pertuduhan tambahan (BACA DI SINI).

Shafie pula mahu Peter terus meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah atas alasan selagi tidak diputuskan bersalah, ianya belum bersalah (BACA DI SINI).
Jadi tidak hairanlah sekiranya DAP secara terbuka menyokong Shafie sebagai calun Perdana Menteri (BACA DI SINI), dan bukan sahaja mengenepikan hubungan dengan Anwar yang sudah terjalin selama berpuluh tahun, malah mendesak Anwar untuk bersetuju dengan cadangan itu.

Rupa-rupanya sokongan DAP terhadap Shafie bukanlah bermaksud untuk menamatkan kemelut politik tanah air tetapi bernilai RM3 bilion!!!

0 comments:

fda

Archives