Tabung Haji (TH) mengumumkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion bagi 6 bulan pertama tahun 2020 (BACA DI SINI).
Mantan Menteri hibah 1.25% TH, Mujahid Yusof pantas cuba mengambil kredit dari pengumuman TH itu (BACA DI SINI)...😂😂😂
Mujahid dakwa keuntungan yang di catat oleh TH itu adalah bukti kejayaan Pakatan Harapan dalam 'menyelamatkan' TH!!!
Apa yang tidak dijelaskan atau sengaja disembunyikan oleh Mujahid ialah keuntungan RM1,25 bilion yang diumumkan itu adalah sebahagian besarnya dari keuntungan sukuk Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) yang belum dibayar lagi kepada TH.
'As much as RM9.63 billion worth of TH’s assets were transferred to Urusharta Jamaah in 2018, fulfilled by the issuance of RM19.9 billion worth of sukuk.'
'The more than RM10 billion difference was borne by the government to ensure the successful restructuring of the fund.'
Lapuran penuh The Edge Market, (BACA DI SINI).
Selagi sukuk tersebut tidak mendapat jaminan dari kerajaan maka ia hanyalah keuntungan di atas kertas sahaja dan bukannya keuntungan fizikal yang sudah diaudit.
Malah TH berhadapan risiko untuk tidak menerima apa-apa bayaran dari UJSB!!!
Keuntungan RM1.25 bilion itu juga adalah kerana TH tidak perlu mengeluarkan subsidi antara RM330 hingga RM400 juta ke atas jemaah haji kerana ibadah haji pada tahun ini ditangguhakan ekoran dari wabak pandemik Covid-19.
Secara bandingannya,walau pun tidak perlu membayar subsidi kepada jemaah haji, kadar keuntungan yang dicatatkan oleh TH masih lebih kecil dari keuntungan yang dicatatkan oleh TH pada penghujung 2017 di era pemerintahan Barisan Nasional, iaitu keuntungan sebanyak RM3.412 bilion.
Keuntungan ini telahpun diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara pada zaman awal pemerintahan Pakatan Harapan.
Adakah keuntungan bagi tahun 2018 dan 2019 yang dibangga-banggakan oleh Mujahid telah pun disahkan dan diaudit oleh Ketua Audit Negara?
Jika ya, di mana laporan audit tersebut?
Jika belum, mengapa ianya tidak disahkan dan diaudit oleh Ketua Audit Negara?
Mujahid juga mendakwa bahawa tidak berlaku sebarang penjualan aset TH dan ianya hanyalah fitnah yang ditaburkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, terhadap beliau.
Tetapi lapuran The Edge Daily pada 21 Mac 2020 mendedahkan bagaimana UJSB telahpun melupus 13 saham yang asalnya milik TH ketika harga pasaran berada pada paras yang sangat rendah.
Sebagai contohnya, 28.48 juta unit saham Icon Offshore Bhd yang didagangkan pada harga purata 25.6 sen pada tahun 2019, telah dilupuskan pada awal Mac 2020 ketika harganya berada pada paras 6.5 sen sahaja.
Siapakah yang telah memberi izin penjualan saham-saham ini sedangkan kerajaan Perikatan Nasional masih belum terbentuk pada ketika itu?
Bagaimana pula dengan pegangan saham TH dalam Abraj Sdn Bhd yang bernilai puluhan juta ringgit yang telah dijual kepada pihak ketiga dengan harga cuma RM100,000 sahaja? (BACA DI SINI).
Begitu juga, bukankah Kekanda melalui surat TH bertarikh 3 Disember 2019 telah mempersetujui agar TH melepaskan 'First Right of Refusal' yang membolehkan UJSB menjual 18 aset hartanah milik asal TH kepada pihak ketiga?
Dakwaan Mujahid bahawa TH mengalami defisit RM10 bilion apabila beliau mengambil alih jawatan menteri adalah tidak benar.
Apabila Pakatan Harapan mengubah kaedah perakaunan TH dan menolak kaedah 'Net Realisable Value' (NRV) yang diamalkan pengurusan lama, defisit TH setakat 31 Disember 2018 hanyalah RM4.1 bilion.
Tetapi selepas 6 bulan Pakatan Harapan memerintah atau lebih 5 bulan Mujahid diberi amanah dan tanggungjawab untuk mengemudi TH, defisit tersebut telah membesar kepada RM10.9 bilion pada 31 Disember 2018!!!
Jadi tidak perlulah Mujahid cuba ambil kredit dari pengumuman keuntungan atas kertas RM1.25 bilion TH untuk mengelirukan rakyat.
Kalau benar Mujahid merasakan beliau selama ini telah memikul amanah dan tanggungjawab yang betul selama mengemudi TH, desaklah Kerajaan Perikatan Nasional supaya menubuhkan RCI untuk 'membersihkan' nama beliau!!!
Kredit :
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
0 comments:
Post a Comment