Jelas parti Melayu PPBM kini menyembah pada DAP. Komen Hamizura tu sebenarnya dituju pada DAP Perak.
Satu komen yang berupa peringatan tentang kejahatan dan ketamakan DAP Perak dar seorang ahli biasa PPBM telah ditindas sekerasnya.
Mula2 dia dikritik keras sebagai rasis oleh AJK Pusat Tariq Ismail yg merupakan cucu pejuang UMNO Tun Dr Ismail.
Jelas dia enggan mahu terima maksud sebenar yang cuba disampaikan Hamizura.
Mengambil cue dari itu, seluruh jentera siber PPBM diguna untuk tekan suaranya melalui serangan beramai ramai.
Apa sekali alasan dan hujah yang mahu diberi, nampak sangat budaya membuli dalam PPBM untuk menekan kebebasan bersuara.
Bukan saja itu, mentaliti dan sikap biadap dan samseng Syed Saddiq terus berleluasa:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/14/hamidah-dont-link-me-to-sisters-racist-post/
Jika itu tidak cukup, diminta pemimpin Amanah terus menekan.
Budaya tidak sihat begitu menyerlah. Lagi jelas, ia dituju kearah mereka yang buat komen atau kritikan terhadap DAP.
Tiada pula Hew Kuan Yaw diserang begitu cara oleh DAP dan PH. Malah LGE kasi gaji utk hina Melayu.
Entah2 itu sebab, Penolong Setiausaha Srikandi PPBM koyak surat perlantikan dan keluar parti.
[VIDEO] Penolong Setiausaha Srikandi PPBM keluar parti
http://www.utusan.com.my/berita/politik/video-penolong-setiausaha-srikandi-ppbm-keluar-parti-1.526577
Keluar saja dari parti ni.
Hala tuju perjuangan dah tak ada. Banyak bohong, fitnah, gila kuasa dan sabotaj ekonomi negara serta polisi kerajaan.
Budaya politik tak sihat ...dan membuli.
Melayu screw Melayu boleh, Melayu screw Cina tak boleh. Apa punya rasis
Ini parti dan ahlinya tak boleh pakai. Kita mencari parti yang boleh menggantikan Barisan Nasional sebagai pilihan lain tetapi adalah amat jelas parti ini tak boleh untuk diharapkan untuk menjadi Kerajaan yang lebih baik dari BN.