Tuesday, September 5, 2017

Ngeh-Nga tolak Hamidah untuk terus bonekakan Melayu


ISU KEPIMPINAN PPBM DAN PH DI PERAK KENA JAGA HATI TUAN BESAR DAP

Hairan dan pelik apabila PPBM tidak memilih Dato' Hamidah Osman sebagai Pengerusi PPBM Negeri Perak. Bila pimpinan PH umumkan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak, nama Dato’ Hamidah sekali lagi tercicir.

Kalau ikut pengalaman dalam politik, Hamidah jauh lebih layak dari Pengerusi Perak yang ada pada hari ini. Dia pernah jadi Exco Kerajaan Negeri, Ahli MT dan Ketua Penerangan Wanita UMNO.

Mungkin kerana Hamidah dikenali sebagai salah seorang yang terlibat 'menjatuhkan' karajaan DAP Perak selepas PRU12 yang lalu. Dendam DAP pada Hamidah masih belum selesai.

Dalam melantik Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan Negeri Perak, mereka harus menjaga hati DAP sebagai rakan sekutu mereka. Mungkin sebab itu lah nama Hamidah selalu tercicir. Bermakna, DAP memainkan peranan yang paling besar dalam menentukan siapa jadi pemimpin dan siapa jadi pengikut dalam Pakatan Harapan.

RIZALMANSOR

Sumber Facebook

Hairan dan takjub, PH boleh pilih pemimpin PPBM yang tiada pengalaman untuk terajui PH Perak.

Padahal Hamidah adalah Naib Presiden PPBM berbanding Peja yang hanya ahli biasa dalam Jawatankuasa Tertinggi PPBM.

Jika Muhyiddin boleh dilantik terajui Johor dan Boboi terajui Kedah, kenapa pula tidak buat Hamidah.

Ini hanya menimbulkan sangkaan Ngeh-Nga masih berdendan dan mereka yang merupakan penentu. Pengerusi PH yang ada hanya boneka Ngeh dan Nga.

Eloklah itu, ulanglah balik peristiwa 2008 dan pastinya Melayu akan tolak PH. Jangan heran DAP pun tolak Ngeh dan Nga kerana ketamakan kuasa mereka!






0 comments:

fda

Archives