Fakta Di Mahkamah Oleh DS Anwar Ibrahim Melawan Tun Dr Mahathir: Pendedahan Skandal Penyelewengan PERWAJA STEEL
■
Syarikat PERWAJA STEEL Sdn Bhd (PERWAJA) atau nama asalnya, PERWAJA
TRENGGANU SDN BHD ditubuhkan pada tahun 1982. Penubuhan ini bertujuan
untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’.
■
Pengeluar besi waja yang berpangkalan di Terengganu itu telah
menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta
liabiliti semasa, RM6 bilion liabiliti jangka panjang dan kerugian
terkumpul hampir RM3 bilion.
■ Malah, ia pernah
dinyatakan sebagai kos siasatan kes penyelewengan yang paling tinggi
dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang sebelum ini
dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
■
Berikut ini adalah pendedahan oleh DS Anwar Ibrahim yang pada ketika
skandal PERWAJA STEEL berlaku beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia.
Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur, Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia.
(BAHAGIAN SIVIL)
No Guaman Sivil: S4-23-15-2006
Antara
Dati Seri Anwar Bin Ibrahim
(PLAINTIF)
Dan
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
(DEFENDAN)
Jawapan Kepada Penyataan Pembelaan
■
Lebih kurang pada tahun 1995 Dato Nik Affendi, wakil Perbendaharaan
Persekutuan di dalam Lembaga Perwaja telah melaporkan kepada Plaintif
(DS Anwar Ibrahim) sebagai Menteri Kewangan mengenai kerugian dan
kegagalan ditanggung oleh PERWAJA kerana kegagalan untuk mematuhi
prosedur2 piawai kewangan mengenai pemerolehan dan pembayaran dananya.
■
Plaintif kemudiannya mengarahkan bahawa jawatankuasa tender sewajarnya
(operasi tender dan kewangan) ditubuhkan oleh Lembaga PERWAJA. Tetapi
apabila perkara ini dibangkitkan oleh ahli Lembaga, jawapan yang
diberikan oleh Chief Executive Office (CEO) Tan Sri Eric Chia adalah
bahawa Perdana Menteri, iaitu Defendan (Dr Mahathir Mohamad), telah
diberikan taklimat dan beliau telah memberikan kelulusan untuk CEO
membuat apa sahaja yang beliau suka.
■ Selepas
itu di pertengahan tahun 1996, PERWAJA seterusnya telah mencatatkan
kerugian besar dan memerlukan suntikan dana tambahan dari PERBENDAHARAAN
PERSEKUTUAN. Oleh kerana Defendan telah mengarahkan bahawa Tan Sri Eric
Chia diberikan kebebasan dan sokongan, kuasa2 Perbendaharaan telah
diikat. Justeru itu, di atas nasihat Setiausaha Agung Perbendaharaan,
Plaintif telah meluluskan perlantikan Price Waterhouse (PW) sebuah firma
akauntan, untuk mengaudit akaun2 syarikat dan menyerahkan cadangan2.
■
Price Waterhouse (PW) melaporkan semula kepada Plaintif bahawa sejumlah
RM2 billion diperlukan untuk menyelamatkan syarikat PERWAJA. Ekoran
daripada yang tersebut di atas, lebih kurang pada atau sekitar Disember
1996 Plaintif (DS Anwar Ibrahim) telah membentangkan satu usul di
Parlimen memohon kebenaran untuk dana RM2 billion diberikan kepada
PERWAJA dan untuk pengurusan PERWAJA yang akan diawasi oleh PW.
■
Plaintif kemudiannya membentangkan laporan awal (preliminary report)
oleh PW di Parlimen, yang mana antara lain, menyatakan penemuan2
berikut:
a. Pengurusan yang tidak baik (bad management) oleh CEO, dan kegagalan untuk mematuhi prosedur2 kewangan.
b. Urusniaga yang dipersoalkan dan kos bahan2 mentah dan bayaran pengangkutan yang terlalu berlebihan/tinggi.
c.
Bayaran kos guaman yang tidak munasabah (“significant") kepada firma2
guaman, terutama, V.K. Lingam & Co and Lewis & Co, sejumlah
lebih kurang RM13 juta. Tambahan lagi satu bayaran sejumlah RM5.4 juta
kepada En. Durai Rajasingam Rajaduray yang bekerja di Lewis & Co.
Tiada sebarang dokumen sokongan bagi bayaran tersebut.
■
Ekoran daripada pendedahan tersebut, media nasional memberikan liputan
meluas pada hari berikutnya. Defendan mempersoalkan tindakan Plaintif
mengenai keperluan membentangkan ringkasan penemuan2 awal PW di
Parlimen.
■ Plaintif kemudiannya mencadangkan
bahawa akauntan2 PW (Tan Sri Raja Arshad dan Mr. Khoo Eng Choo) memberi
taklimat kepada Defendan, yang mana telah mereka lakukan pada awal
1997.
■ Defendan jelas dan nyata tersinggung
terhadap Plaintif dan Defendan (Dr Mahathir Bin Mohamad) terus
mempertahankan Tan Sri Eric Chia. Pada pertengahan 1998 PW (selepas itu
dikenali sebagai PWC) telah menyerahkan satu laporan lengkap kepada:
1. Defendan sebagai Perdana Menteri,
2. Plaintif sebagai Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan dan
3. Gabenor Bank Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Don.
■
Ianya telah menunjukkan antara lain, kerugian besar, salah pengurusan
yang melampau (gross mismanagement) oleh CEO dan bukti kesalahan
Defendan kerana meluluskan kontrak2 besar tanpa tender dan/atau tanpa
rujukan kepada Lembaga PERWAJA atau pihak PERBENDAHARAAN. Defendan telah
menyaksikan perkara ini sebagai satu cubaan oleh Plaintif untuk
memalukan beliau.
■
Selepas itu, dalam tahun 1999 semasa di penjara, Plaintif telah membuat
satu laporan polis (Tun H S Lee No. 19625/99) terhadap PERWAJA dan
telah melampirkan laporan PWC sebagai bukti. Plaintif semestinya
bergantung kepada laporan polis dan laporan PWC tersebut ketika
perbicaraan nanti.
0 comments:
Post a Comment