Monday, September 25, 2017

Bohong jika barang tak naik zaman Madey

ata

Eloklah terajang sikeling Mydin penipu

22 TAHUN MEMERINTAH, MAHATHIR TAK PERNAH USIK PERUT RAKYAT

Ayat di atas selalu diulang-ulang pemuja Dr. Mahathir bin Mohamad kononnya dia tak pernah bebankan rakyat dengan cukai seperti GST yang dilaksanakan Najib Razak.

Kononnya sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau harga barang tidak membebankan rakyat, rakyat hidup makmur, semuanya berpatutan kerana GST tidak wujud.

Oleh sebab itu banyaklah yang "merindui zaman tun" walaupun kebanyakan mereka masih belum bekerja dan malah ada yang masih belum lahir pun pada "zaman" tun.

Saya selalu cakap harga barang penggunaan seperti makanan akan sentiasa meningkat walaupun tanpa adanya cukai seperti GST. Ia adalah kerana permintaan terhadap barangan penggunaan yang sentiasa meningkat seiring peningkatan gaji, peningkatan penduduk, peningkatan taraf hidup masyarakat.

Harga barang naik adalah isu turun temurun yang sering dibahaskan di parlimen sejak bedekad-dekad dahulu. Saya ambil contoh satu soalan yang diajukan di dalam parlimen kepada menteri pada tahun 1989:

"Tuan Haji Nik Abdullah bin Arshad minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan bahawa Kementeriannya gagal untuk menyekat kenaikan harga barang. Dalam tahun 1989 sahaja minyak petrol naik tiga kali, susu tepung bagi kanak-kanak naik beberapa kali."

Saya lampirkan beberapa contoh lain di mana isu harga barang ini dibangkitkan pada tahun 1989, 1995, 1996, 1998 dan 2001 berserta jawapan yang diberikan kerajaan pada waktu tersebut. Sila rujuk gambar dibawah.

Pada tahun 80-an pembangkang sudah pun membangkitkan isu kadar inflasi tidak melambangkan kadar sebenar kenaikan harga barang di Malaysia sama macam mana Rafizi Ramli selalu acah-acah bangkitkan.

Perkataan seperti harga barang naik mendadak, harga barang naik lebih tinggi daripada gaji, kerajaan tidak mengawal harga barangan sudah pun digunakan oleh pembangkang sejak zaman Mahathir Perdana Menteri lagi.

Menteri-menteri pada masa itu memberi jawapan yang sama seperti diberi menteri sekarang seperti harga gula di Malaysia masih terendah di kalangan negara ASEAN, pengguna perlu memainkan peranan dengan tidak membeli barangan dari peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Sepanjang 1981 sehingga 2003 tiada GST tetapi ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) tetapi harga barang tetap naik mendadak.

Adakah harga barang pada zaman Mahathir naik mendadak kerana penyelewengan, rasuah, ketirisan seperti mana yang selalu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jaja?

Mereka yang menyalahkan GST, rasuah yang berleluasa dan merindui zaman Tun bolehlah mula mencari kambing hitam yang lain kerana sejarah membuktikan bahawa sebelum ada GST harga barang sudah pun naik mendadak. Ibu bapa, tok nenek kita yang mengalaminya dahulu bukan kita. Jadi tak perlulah cakap zaman Tun tak terbeban, tak rasa susah, perut rakyat tak diusik dan sebagainya.

Masih rindu zaman Tun?

Rujukan: Hansard Parlimen
1. 13 Disember 1989:
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-13121989.pdf#page=10841&zoom=70&search=harga barang naik

2. 1 November 1995:
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-13121989.pdf#page=10841&zoom=70&search=harga barang naik

3. 14 November 1995:
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14111995.pdf#page=62&zoom=70&search=harga barang naik

4. 23 Julai 1996:
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-14111995.pdf#page=62&zoom=70&search=harga barang naik

5. 26 Mac 1998:
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-26031998.pdf#page=127&zoom=70&search=harga barang naik

6. 22 Oktober 2001

FB Pencil Kayu.com

2 comments:

  • Anonymous says:
    September 25, 2017 at 10:49:00 PM GMT+8

    LANCAU BARANG ZAMAN MADEY TAK NAIK, PI SEMBANG DENGAN KAMBING LA.

  • Anonymous says:
    September 26, 2017 at 9:49:00 AM GMT+8

    setahun minyak naik 3kali?? biar betul...zaman sekarang minyak naik 4kali je dalam sebulan..kalau boleh tiap2 minggu naikkan harga minyak supaya pendapatan negara meningkat.

fda

Archives