Monday, November 25, 2019

Geng Kartel Akan Boikot Konvensyen Nasional PKR Pada Disember Ini


Krisis dalaman PKR semakin membarah...

Dr. Mahathir sekali lagi berjaya membuktikan  tiada manusia dalam Malaysia yang ada 'skill' memecah belah selain dari dirinya...


Segala-galanya bermula bila Dr. Mahathir dengan sengaja melantik Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), pada waktu itu adalah Menteri Besar Selangor sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Alasan Dr. Mahathir ialah prestasi Azmin yang baik sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor...

Hakikatnya, ramai yang berpendapat, tiada apa-apa keistimewaan luarbiasa pada Azmin sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor...


Malah, sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor, Azmin terpalit dengan beberapa skandal, seperti krisis air di Selangor (BACA DI SINI), krisis tanah Ijok (BACA DI SINI) dan krisis pasir di Ampang, Selangor (BACA DI SINI)...

Melihat perkembangan ini (perlantikan Azmin dalam kabinet), kita dah menjangkakan, ini adalah permainan pecah belah politik Dr. Mahathir...

Kemelut dalaman PKR menjadi semakin tegang, bila berlakunya perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Azmin dan Rafizi dalam Konvensyen Nasional PKR dan keadaan menjadi lebih meruncing bila Anwar melantik Rafizi seadgai Naib Presiden selepas tewas du tangan Azmin (BACA DI SINI)...


Peluang Anwar menyerang Azmin tiba bila Azmin kantoi dalam kes Semburit (BACA DI SINI)...

Bermula dari kes Semburit yang dikaitkan dengan Azmin hingga ke isu Azmin berjumpa dengan 22 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BACA DI SINI), kem Anwar mula menyerang Azmin secara terang-terangan

Dan terkini, nama Azmin digugurkan dari merasmikan Konvensyen Angkatan Muda Keadilan (AMK)...


Walau pun secara tradisinya, Timbalan Presiden PKR yang akan merasmiman konvensyen sayap parti, namun Anwar mengambil kesempatan untuk mengukuhkan pengaruhnya dalam PKR dengan mendesak supaya Wan Azizah merasmikan konvensyen tersebut (BACA DI SINI)...

Terbaru, Geng Kartel Azmin dikatakan akan memboikot Konvensyen Nasional PKR yang akan diadakan di Melaka pada 5 hingga 7 Disember yang akan datang (BACA DI SINI)...

Admin bukan penyokong PKR...

Seram bulu roma nak bersekongkol denga  parti luar tabiee nie...🤭🤭🤭

Apa yang admin ingin katakan, sebenarnya Azmin dan Anwar hanyalah 'puppet' Dr. Mahathir dalam menjayakan misi beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke akhir penggal dan selepas itu, parlimen akan dibubarkan...

Dr. Mahathir tahu, satu-satunya parti yang mampu mencabar kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ialah PKR...

Mustahil pemimpin DAP akan dilantik sebagai Perdana Menteri, pasti orang Melayu akan memberontak dan orang Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia...

Jadi kekuatan PKR mesti dipecahbelahkan supaya PKR menjadi lemah dan tidak mampu menggugat kedudukan Dr. Mahathir...

Setakat ini, Dr. Mahathir telah berjaya dalam permainan memecahbelahkan kekuatan PKR...

Mesej sebenar admin ialah kepada pemimpin UMNO...

Dr. Mahathir sedang menggunakan strategi yang sama pada UMNO...

Kenapa UMNO?

Sebab UMNO dan PAS adalah tunggak kekuatan Muafakat Nasional dan majoriti rakyat mendokong Muafakat Nasional...

PRK Tg. Piai adalah bukti yang nyata...

PAS dilihat agak mesra dengan Dr. Mahathir kerana musuh PAS adalah DAP dan PAN...

UMNO menghormati pendirian PAS cuma diharapkan supaya satu hari nanti, bila Dr. Mahathir terdesak dan terpaksa membawa keluar PPBM dari Pakatan Harapan, PAS diharapkan pertimbangkan semasak-masaknya dari setiap sudut sebelum mengambil apa-apa keputusan...

Kekuatan UMNO cuba dipecahbelahkan dan 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpa Azmin telah terjebak dengan percaturan Dr. Mahathir...

Dr. Mahathir adalah seorang politikus licik, admin berharap selepas ini, tiada lagi pemimpin UMNO yang terjebak dengan permainan Dr. Mahathir...

Kalau ada, Lembaga Displin UMNO, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO MESTI mengambil tindakan tegas sekiranya tidak mahu akar umbi bosan...

Ingat, tegaknya pucuk adalah kerana pengorbanan dan usaha keras dari akar!!!

0 comments:

fda

Archives