Friday, November 22, 2019

Kereta Terbang 'Pak Wan Kereta Terbang' Tak Jadi Terbang Pulak Dah

Gambar Hiasan...😜😜😜

Abaikan infografik 'Mastika' tu...

Hari nie admin nak cerita pasal kereta terbang impian Pak Wan Kereta Terbang...

Portal nie pernah menulis tentang 'kegigihan' Pak Wan Kereta Terbang (BACA DI SINI), untuk jadi manusia pertama di Malaysia dan mungkin juga di Asia Tenggara yang 'terbang' dengan kereta terbang...


Tapi apakan daya, seawal memperkenalkan contoh model kereta terbang di LIMA Langkawi, riak muka Dr. Mahathir tak sebangga riak muka bangga yang Pak Wan Kereta Terbang tunjukkan...😉😉😉

Tapi 'kegigihan' Pak Wan Kereta Terbang yang sanggup hadapi apa juga cabaran, tetap mahu meneruskan projek Kereta Terbang...


Bila ditanya wartawan tentang perkembangan projek kereta terbang, Pak Wan Kereta Terbang, dengan 'poyo' beritahu, prorotaip kereta terbang akan siap seawal Oktober 2019...

Menteri cenggini yang kita nak, konfiden walau pun tahu mustahil akan jadi kenyataan...🤭🤭🤭

Sampai bulan Oktober 2019, bayang kereta terbang pun tak nampak lagi...


Bila tanya pada Pak Wan Kereta Terbang, jawapannya ialah, "Saya akan naik kereta terbang tahun ini"...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Adoiii hai...

Kereta terbang pun tak nampak bayang, apa ker benda yang nak dinaikkannya tu?


Mungkin Dr. Mahathir pun dah rasa bosan dengan cerita kereta terbang dari Pak Wan Kereta Terbang, dengan selamba Dr. Mahathir 'sailang' projek kereta terbang Pak Wan Kereta Terbang...😂😂😂


Respon Pak Wan ialah, dengan muka selamba badak, umumkan pulak projek kereta terbang kedua Malaysia...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Buat kata P. Ramlee, dah tua pun bodoh!!!

Dan terkini, Pak Wan Kereta Terbang umumkan pulak semalam 21 November 2019 akan jadi hari yang bersejarah sebab seluruh rakyat Malaysia dan penghuni dunia dari golongan jin dan manusia akan menyaksikan buat pertama kali kereta terbang Pak Wan Kereta Terbang akan terbang di ruang angkasa Malaysia, kira-kira boleh masuk dalam Malaysia Guiness Record ler...

Maka ramai yang teruja, tapi lagi ramai yang terima berita nie dengan perasaan curiga dan lebih ramai lagi yang terima berita nie dengan buat 'do no jer'...

Maka berbondong-bondong rakyat Malaysia ambil cuti untuk bersama-sama nak meraikan detik bersejarah tu dengan Pak Wan Kereta Terbang...

Tapi ku sangka panas sampai ke petang, apakan daya, hujan tak turun, tapi kencing Pak Wan Kereta Terbang mencurah-curah di awal pagi...


Tetiba Pak Wan Kereta Terbang beritahu, kereta terbang idaman Pak Wan Kereta Terbang tak jadi terbang  walau pun dah ada kat Malaysia nie, pulak dah...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kereta Terbang Belum Pasti Terbang Tapi Duit Rakyat Dah Terbang


Inilah rupanya kereta terbang yang Pak Wan Kereta Terbang katakan...


Tapi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kata, itu bukan kereta terbang maaa, itu dron!!!


Nie sebenarnya kisah cerita terbang bertaraf dron tu...

Mula-mula, ternampak dron nie kat negara China...


Mmm, nampak menarik dan cantik, sekurang-kurangnya nampak lebih cantik dari prototaip kereta terbang kat LIMA Langkawi dulu...


Lepas tu, kereta terbang tu dia orang tambahlah dengan tayar...

Yer lah, nama pun dah 'kereta' terbang, kalau tak ada tayar, apa pulak rupanya kereta tak ada tayarkan...


Maka terbentuklah kereta terbang aka dron Pak Wan Kereta Terbang...


Kira keseluruhan proses macam kat infografik kat atas tu...

Apa punya merapu Pak Wan Kereta Terbang!!!

Apa yang pasti, lebih RM1 juta duit rakyat dah dibazirkan untuk hasilkan prototaip kereta terbang 4 kipas yabg dipamerkan di LIMA, Langkawi (BACA DI SINI)...

Dan kereta terbang aka dron yang Pak Wan tunjukkan langsung tak sama dengan prototaip yang dihasilkan dengan duit rakyat RM1 juta tu...

Dan berapa banyak lagi duit rakyat yang Pak Wan Kereta Terbang dah bazirkan untuk beli dan bawa balik dron dari negara China tu, semata-mata nak memenuhi impian karut Pak Wan Kereta Terbang...

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (DAP) sendiri, TIDAK MENGIKTIRAF apa yang ditunjukkan tu sebagai kereta terbang!!!

Perdana Menteri pun dah bagi sindiran tajam mengenai projek kereta terbang...

Pegawai PBB juga telah membuat kenyataan bahawa projek kereta terbang di Malaysia adalah sia-sia (BACA DI SINI)...

RM100 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan bawah Pak Wan Kereta Terbang, tapi tak ada satu projek yang bermanafaat pada rakyat Pak Wan perkenalkan, kecuali projek Kereta Terbang mengarut tu!!!

Pemimpin Pakatan Harapan mencanangkan ke seluruh dunia bahawa Malaysia sedang menghadapi kemungkinan bankrap kerana hutang luar negara yang mencecah RM1 trilion...

Rakyat sedang berperang dengan kos kehidupan yang meningkat, sedangkan dalam masa yang sama pekerjaan, malah bantuan dari kerajaan tak ada...

Tapi dengan peruntukan RM100 juta tu Pak Wan tetap berbangga dengan projek kereta terbang!!!

0 comments:

fda

Archives