Ingat lagi tak masa kat PRK Semenyih, kerajaan Pakatan Harapan bawa cerita nak buat hospital, lepas tu, masa PRK Semenyih, kerajaan Pakatan Harapan umumkan landasan High Speed Rail (HSR) tiba-tiba nak dibengkokkan dan lalu Negeri Sembilan, sekarang nie, PRK Tg. Piai pula, tiba-tiba timbul cerita projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor-Singapura, hendak diteruskan...ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Yang lagi dasat, Dr. Mahathir umumkan projek RTS nie akan diteruskan dengan kos yang lebih rendah...
Fuyooo, pheewiiittt...
Sebenarnya, projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor-Singapura dirancang dan dirunding oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu kerana ianya memberi manfaat besar kepada warga Johor...
Tapi, ada beberapa kemusykilan dari keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk teruskan projek RTS seperti yang diumumkan oleh Dr. Mahathir :
Penurunan Kos Sebanyak 36% Dari Kos Asal Iaitu Dari RM4.93 Bilion Kepada RM3.16 Bilion
Agak-agaknya lah, dari mana datangnya kos asal RM4.93 bilion nie...
Perjanjian antara Malaysia dengan Singapura untuk mewujudkan projek ini hanya dimeterai pada 16 Januari 2019 dan tender terbuka untuk menubuhkan syarikat usaha sama 50-50 dengan negara Singapura hanya dijadualkan pada 30hb Jun 2018, iaitu selepas PRU 14...
Tender terbuka untuk projek nie pulak hanya dijadualkan untuk dilaksanakan pada 30 Sept 2018 selepas penubuhan syarikat usaha sama tu (BACA DI SINI)...
Kerajaan Barisan Nasional dahulu tak pernah umumkan kos projek RTS nie...
Jadi, dari mana datangnya kos asal RM4.93 bilion tu?
Oh yer, sebut jer berapa teragak supaya Pakatan Harapan boleh kurangkan kepada RM3.16 bilion untuk landasan 4 km ini, bersamaan dengan kos RM790 juta setiap kilometer?
Dalam ertikata lain, kerajaan Pakatan Harapan tengok dalam mangkuk dan tetapkan kos projek sendiri, lepas tu, Mamak Bendahara, Dr. Mahathir pun umumkan :
"Oohhh, kerajaan Pakatan Harapan berjaya turunkan kos projek RTS dari kos asal yang ditetapkan"...
Tu ler, kalau tak menipu, kalau tak membelit, bukan Pakatan Harapan!!!
#ApaMauTipuLagi
Kenapa Pengumuman Kos Projek Ini Adalah Dari Malaysia Jer, Singapura Tak Cakap Apa-Apa Pun, Takkan Syok Sendiri Kut!!!
Atoq Tandatangan Buku Pelawat Kompleks Kastam Yer, Bukan MoU Projek Usahama RTS Malaysia Singapura 😂😂😂😂😂 |
Projek ini adalaha usaha sama 50-50 antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Malaysia...
Kebiasaannya, sebarang majlis pengumuman tentang projek ini sepatutnya dibuat bersama wakil kerajaan Singapura...
Tetapi tidak ada sebarang wakil Singapura yang hadir di majlis pengumuman penting tu...
Nie bukan nak buat jalan tanah merah yang hubungkan 2 kampung, tapi Sistem Transit Rapid (RTS) dan melibatkan 2 negara...
Bertambah pelik bila media Singapura langsung tak melaporkan apa-apa komen dari kerajaan Singapura tentang majlis projek pengumuman RTS tu...
Lagi aneh ialah Dr. Mahathir kata "butiran projek akan dibincangkan bersama kerajaan Singapura" di majlis tu!!!
Keanehannya ialah, bulan lepas, kerajaan Singapura baru memberi lanjutan tempoh satu bulan kepada kerajaan Malaysia untuk jawab sama ada kita mahu teruskan projek RTS atau tidak (BACA DI SINI)...
Belum sempat Malaysia jawab, tiba-tiba kos projek diumumkan hari ini pulak...🤔🤔🤔
Ini syarikat usaha sama 50-50 dan ianya bermakna kedua-dua pihak sepatutnya merancang, bersetuju dan menanggung kos bersama...
Kini, kita buat 'costing' dan rancangan sebelah pihak dan kemudiannya kita suruh pihak Singapura hadam begitu jer ker?
Atau pun pengumuman hari ini adalah kencing terbaru Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai yang menjelang?
Admin serahkan pada rakyat Malaysia untuk menilai, sama ada pengumuman tu hanya retorik politik sempena PRK Tg. Piai @ datangnya dari sudut hati yang ikhlas dari Pakatan Harapan...
#ApaMauTipuLagi
Admin payung lagu wajib PRK Tg. Piai...
Tulisan asal :
Fb Dato' Seri Najib Razak
0 comments:
Post a Comment