Monday, November 4, 2019

#ApaMauTipuLagi : PPBM Nak Hidupkan RUU 355 Pulak, Abang Besar PH, DAP, Setuju Ker...🤔🤔🤔


Angin dari selatan bertiup kencang bawak berita, kononnya geng Mamak Bendahara yang diwakili Imam Wak Karmane akan perjuangkan balik RUU 355 untuk perkasakan Mahkamah Syariah, yang pernah dibentangkan oleh Presiden PAS, DS TG Hj. Hadi Awang dalam Dewan Rakyat...


Admin tak nak cerita pasal tentangan DAP dulu, tapi admin nak tanya pada Imam Wak Karmane, Dr. Mahathir setuju ker? (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...


Kalau jawapan Imam Wak Karmane Dr. Mahathir setuju, baru datang soklan kedua dari admin, abang besar PPBM, DAP, setuju ker...

Kita semua sangat-sangat mengenali DAP dan pemimpin-pemimpinnya...

Mereka sangat 'allergic' dalam apa juga isu yang berkaitan untuk mendaulatkan Islam dan Melayu, walau pun ianya termaktub kemas di dalam Perlembagaan Persekutuan...


Dan DAP sangat-sangat konsisten dengan pendirian mereka yang anti Islam dan anti Melayu sejak dulu, kini dan selamanya...

Ini bukanlah persepsi admin semata-mata, tetapi ia adalah hakikat yang terbentang di depan mata...

Di mana logiknya serta kekuatan dan kebolehan Wak Karmane untuk membentangkan semula pindaan RUU 355 kalau Dr. Mahathir sendiri dikawal sepenuhnya oleh Lim Kit Siang dan LGBT...

Cerita ceriti yang didendangkan oleh PPBM kononnya calun mereka sebagai calon yang berwibawa untuk menaikkan semula pindaan RUU 355 hanyalah retorik politik sempena PRK Tg. Piai semata-mata...

Adakah berani calun PPBM, Tok Imam Wak Karmaine masukkan dalam manifesto PRK Tg. Piai, untuk bentangkan semula pindaan RUU355 yang ditangguh UMNO dan PAS sekiranya menang dalam PRK Tg. Piai nanti?

Apa yang boleh admin katakan ialah, untuk mendapatkan persetujuan DAP PASTI akan menjadi masaalah besar tapi Dr. Mahathir juga tidak kurang hebatnya menentang pindaan RUU 355...

Tapi kita patut bersyukur KALAU betul Wak Karmane memang ADA NIAT dan berjaya naikkan demula pindaan RUU 355 dan memang Wak Karmane boleh diiktiraf sebagai ahli politik yang super hebat...

Tapi mana tahukan, kali ini, DAP, PKR dan PAN (yang turut menentang ketika kelompok dalam PAS lagi) setuju kerana bukan dibentang UMNO dan PAS... 🤣🤣🤣

Kalaulah, macam budak-budak sekarang cakap, bila ada perkataan KALAU, siapa pun boleh cakapkan, KALAU aku jadi Agong, segala-galanya aku ubah...😂😂😂

Puak pelobi Pakatan Harapan juga sebarkan yang calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng, ikut barisan barisan MCA menolak pindaan RUU 355 hukum syariah...

Bab Wee Jeck Seng menentang, itu perkara biasa...

Tapi tidaklah bersungguh-sungguh macam penentangan DAP, PKR dan PAN yang all out...

DAP, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam menentang lagi garang...

MCA tidakkah bersungguh-sungguh seperti munafiqin dan musyrikin yang lain...

Takkan MCA nak serah tengkok untuk setuju bontang-bontang, macam PAN yang menjadi baruah paling setia DAP, yang akan setuju apa saja yang dikatakan oleh DAP...

Dari satu sudut politik, kita kena faham pencak silat, kung fu dan kalari payat politik...

Lagi pun, faktor utama yang buatkan MCA tak setuju ialah kerana tidak mendapat maklumat dan penerangan yang tepat...

Sama macam mula-mula hendak digerakkan Penyatuan Ummah, MCA siap nak keluar dari Barisan Nasional lagi, tapi bila dah dapat penerangan dan penjelasan yang tepat dari kepimpinan UMNO dan PAS, akhirnya MCA dan MIC bukan saja bersetuju, malah menyokong Penyatuan Ummah dengan dimasukkan penyatuan masyarakat bukan Melayu dan Islam ke dalam Penyatuan Ummah, lalu lahirlah Muafakat Nasional dari gerakan Penyatuan Ummah...


Jadi tak payahlah Wak Karmane nak jadi penunggang ugama dengan menggunakan isu RUU 355 sebagai modal kempen politik PRK Tg. Piai...

Di waktu Ahli Parlimen dari PAS dan UMNO bertegang urat dengan Ahli Parlimen dari DAP, PKR dan PAN yang cuba menggagalkan pembentangan pindaan RUU 355, di mana Wak Karmane?

Di waktu penyokong-penyokong PAS dan UMNO bergabung dan berhimpun sebagai tanda memberikan sokongan pada Ahli Parlimen PAS untuk membentang pindaan RUU 355, di manakah penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang sekarang ini memainkan semula isu pindaan RUU 355?

Cukup-cukuplah dan bertaubatlah dari perbuatan keji menunggang ugama demi untuk mendapatkan kejayaan di PRK Tg. Piai...

Tak takut pada laknat Allah SWT ker?


#ApaMauTipuLagi

Admin payung satu lagu yang berada di carta teratas lagu popular negara...



Dari tulisan asal :

Fb Salahuddin Hisham

0 comments:

fda

Archives