Friday, November 15, 2019

#ApaMauTipuLagi : Permit Polis Kempen Rumah Ke Rumah Hanya Untuk BN, Jentera PH Mengaku Tak Perlukan Permit!!!


Baru-baru nie, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) keluarkan satu arahan pelik...

Semua parti politik yang melakukan kempen rumah ke rumah, dikehendaki memohon permit dari pihak PDRM...



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun (Art Harun) berkata, selain itu, program tinjauan mesra (walkabout) yang turut dianggap sebagai kempen bergerak, perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan...

Katanya semua parti atau calon terlibat diingatkan agar mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan bagi aktiviti berkempen khususnya melibatkan permohonan permit kempen...



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dakwa sebelum peringatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun pada 12 November, perkara itu sudah dijelaskan beberapa kali oleh polis kepada wakil pihak bertanding, khususnya mengenai kempen dari rumah ke rumah...

Jelas Liew lagi, undang-undang ini sudah wujud sejak kemerdekaan lagi :

"Kita telah ada undang-undang yang telah ditetapkan"...

"Jadi undang-undang ini telahpun berjalan sejak merdeka," katanya di Dewan Rakyat...

Undang-Undang Hanya Dikuatkuasakan Pada Parti Lawan?



Dr. Mahathir pernah berkata, di Malaysis tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang...

Masa kempen dalam PRU 14, Dr. Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan bersungguh-sungguh berjanji untuk menegakkan kembali Kedaulatan Undang-Undang atau 'Rule of The Law' yang mereka dakwa telah dimusnahkan ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...

Tapi vidro klip di atas jelas menunjukkan jentera pilihanraya PH untuk PRK Tg. Piai, bukan saja telah melanggar undang-undang Suruhanjaya Pilihanraya yang Liew Viu Keong katakan sudah ada sejak dari zaman kemerdekaan, malah dengan angkuh memberitahu TIDAK PERNAH dan TIDAK PERLU memohon permit untuk melakukan kempen rumah ke rumah...

Bukan itu saja, perayu undi tersebut dengan angkuh mencabar Kedaulatan Undang-Undang dengan mencabar supaya laporan polis dibuat!!!

Harap isu ini dapat diviralkan hingga kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Art Harun dan kita mahu melihat, apakah komen dan tindakan yang akan di ambil oleh SPR dalam isu ini?

0 comments:

fda

Archives