Thursday, November 14, 2019

#ApaMauTipuLagi : Lepas Isu Peja, DAP Boikot PRK Tg. Piai?


Apakah benar, selepas meletop isu Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu aka Peja mendedahkan perangai sebenar DAP di Perak (BACA DI SINI), DAP ambil keputusan untuk TIDAK mahu melibatkan diri dengan kempen di PRK Tg. Piai?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ada memberi gambaran mengenai perkara ini (BACA DI SINI)...



"Benar saya akui dengan cerita ada ahli DAP tidak begitu gembira bekerjasama untuk berkempen bagi calon Bersatu di Tanjung Piai", akui Lim Guan Eng...



Perbalahan dalaman yang berlaku dalam Pakatan Harapan yabg dilihat semakin sukar dibendung, bukan saja melibatkan di antara pemimpin utama mereka, tapi kini dilihat telah merebak sehingga ke peringkat akar umbi (BACA DI SINI)...

Ibarat bisul yang menanti masa untuk meledakkan nanah yang busuk, isu Peja telah membuatkan nanah perbalahan dalaman Pakatan Harapan semakin mengening...🤧🤧🤧


Walau pun Menteri Besar Johor, YAB Dr. Sahruddin Jamal, tapi buat kata orang tua-tua, mana mungkin bangkai gajah boleh ditutup dengan dulang (BACA DI SINI)...

Sebenarnya, perpecahan antara PPBM dan DAP telah bermula lebih awal sebelum kempen PRK Tg. Piai...

Beberapa isu seperti 2 ADUN DAP yang ditangkap di bawah SOSMA kerana disyaki terlibat dengan pengganas LTTE, tindakan displin ke atas Ronnie Liu kerana mengkritik Dr. Mahathir dengan menggelarnya harimau kertas, isu komik dan beberapa isu lain telah menyebabkan kemarahan pemimpin dan akar umbi DAP kepada PPBM terutamanya Dr. Mahathir...


Lim Guan Eng telah memberikan gambaran awal tentang isu ini bila dengan jelas menyebut Tg. Piai tak ada kaitan dengan DAP, Tg. Piai Bersatu!!!

Persoalannya sekarang, berapa lama Pakatan Harapan mampu untuk bertahan dalam keadaan perbalahan antara mereka semakin memuncak?

Berapa lama pula Pakatan Harapan mahu bersandiwara dengan rakyat dengan mempamerkan watak mesra sesama mereka, sedangkan mereka sedar dan amat maklum bahawa rakyat sudah semakin dapat menghidu nanah busuk dari bisul perpecahan mereka...

Apakah pengundi Tg. Piai akan membiarkan diri mereka terus terleka dengan nyanyian dan lakonan sumbang Pakatan Harapan...

DAP menggunakan sepenuhnya mandat yang rakyat berikan pada mereka untuk melakukan apa saja yang mereka suka...

Jabatan Peguam Negara, sistem kehakiman negara, PDRM, SPRM, SPR, PBT dan banyak lagi telah mereka peralatkan dan dicabuli integritinya...

Tolak Pakatan Harapan dan jadikan PRK Tg. Piai sebagai bukti bahawa Muafakat Nasional akan mewujudkan satu gelombang rakyat yang akan menggunakan kuasanya untuk menumbangkan kerajaan yang beraja di mata dan bersultan di hati...


Jadikan juga PRK Tg. Piai sebagai bukti nyata bahawa dakwaan DAP tentang Muafakat Nasional adalah fitnah yang cukup keji...

DAP merasakan begitu besar kepala sekarang kerana mereka merasakan sangat berkuasa tetapi mereka lupa, kuasa yang ada pada rakyat akan membuatkan kuasa mereka tumbang menyembah bumi...


Ayuh rakyat Tg. Piai, gunakan kuasa rakyat untuk menghukum Pakatan Harapan...

#ApaMauTipuLagi

0 comments:

fda

Archives