Wednesday, November 13, 2019

#ApaMauTipuLagi : 'Kebetulan' Jer Dedak Pilihanraya Banyak Kat Tg. Piai Sekarang Nie


#ApaMauTipuLagi

Sekarang nie, penduduk Tg. Piai tentu sedang seronok sebab setiap hari didendangkan dengan cerita durian runtuh...

Tapi admin percaya, penduduk Tg. Piai cukup maklum dengan cerita durian runtuh yang tengah hangat sekarang nie, tapi bila nak runtuh durian tu, wallah hu a'lam...


Yang pasti, macam Dr. Mahathir kata, durian runtuh atau dedak pilihanraya tu secara kebetulan jer banyak berterabur kat Tg. Piai sekarang, bukan dirancang...

Habis PRK Tg. Piai nanti, dedak pilihanraya tu hilanglah nanti...😂😂😂

Jom kita ikuti cerita bersiri tentang durian runtuh di Tg. Piai sempena PRK Parlimen Tg. Piai...

Senarai Cerita Durian Yang Di Jangkakan Runtuh Di Tg. Piai Sempena PRK Tg. Piai


Apa yang tercatit kat infografik tu cuma sebahagian kecil jer dari cerita durian runtuh tu...

Tapi tak apalah, admin cuba ulas satu persatu, muga dapat buka mata pengundi di Tg. Piai...

Projek Baik Pulih Hospital Pontian (RM95 Juta)


Pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengenai peruntukan sebanyak RM95 juta bagi pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan termasuk di Hospital Pontian dalam pembentangan Belanjawan 2020, tidak disifatkan sebagai ole-ole sempena PRK Tg. Piai...

Ketua PPBM Bahagian Pontian, Zulkifly Tasrep berkata, ianya adalah usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menambah baik Hospital Pontian (BACA DI SINI)...

Jadi tak timbul sama sekali untuk memancing undi masa PRK Tg. Piai nanti...😉😉😉

Admin percaya dengan apa yang dikatakan Zulkifly...

Kenyataannya, secara kebetulan jer Lim Guan Eng rasa sangat-sangat prihatin pada masaalah kesihatan penduduk Tg. Piai, dan perasaan tu datang membuak-buak sempena PRK Tg. Piai...

Tu yang bagi dana sampai RM95 juta tu...😉😉😉



Cuma admin pernah dengar cerita yang sama masa PRK Semenyih dulu...

Dari apa yang admin dengar, cadangan ubah suai Hospital Pontian tu akan buatkan Hospital Pontian tu jadi saling tak tumpah macam 'Hospital Semenyih' dulu...

Mungkin kebetulan jer...🤫🤫🤫

Projek Baik Pulih Majlis Daerah Pontian (RM3 Juta)



Yang nie pulak boleh dikategorikan sebagai 'kebetulan khas', sebab peruntukan yang diberi pada Majlis Daerah Pontian adalah peruntukan dari kelulusan khas (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...😯😯😯 


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin, secara kebetulan teragak untuk melawat Majlis Daerah Pontian dan lepas diberi taklimat, secara kebetulan Zuraida teragak nak bagi peruntukan khas RM3 juta untuk projek baik pulih Majlis Daerah Pontian...

Untungnya staff Majlis Daerah Pontian, cuma admin teringat kisah Balai Bomba yang Streram, calon PH/PKR janji nak buat masa PRK Rantau dulu...



Punyalah kelakar Streram tu, Balai Bomba tu memang dah dibuat, cuma Balai Bomba tu memang dah dibuat sejak zaman kerajaan Barisan Nasional memerintah lagi (BACA DI SINI)...

Dalam ertikata lain, Streram berjanji akan buat Balai Bomba yang memang dah dibuat...🤭🤭🤭

Apa yang boleh admin harapkan ialah penduduk Tg. Piai mesti berhati-hati, sebab katanya dah ramai yang kena gatal-gatal kulit sebab kena kencing akibat dari cerita Balai Bomba yang kebetulan akan dibuat kat situ...

Sebab Jabatan Bomba dengan Majlis Daerah kan di dalam kementerian yang sama dan di bawah menteri yang sama, Zuraidah Kamaruddin...

Secara Kebetulan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun Ada Dedak Untuk Penduduk Tg. Piai



Tak lah sampai berjuta ringgit tapi adalah dalam RM358,000...

Menteri Pmbangunan Luar Bandar, Rina Harun pun tak nak ketinggalan untuk taburkan dedak pilihanraya yang kebetulan tengah banyak kat Pontian...

Rina umumkan RM230,000 untuk geran pada MPKK dan bakinya dalam RM128,000 untuk pembinaan lampu limpah jalan (BACA DI SINI)...

Terang benderanglah jalanraya kat Pontian nanti bila dapat lampu limpah baru...

Cuma tak pastilah, lepas PRK Tg. Piai nanti, harapan untuk betul-betul dapat lampu limpah baru tu akan seterang lampu limpah yang dijanjikan...

Kalau ikut rekod PRK Pakatan Harapan, ada harapan impian untuk dapat lampu limpah tu akan jadi gelap sepekat gelap malam bila ssja keputusan PRK Tg. Piai diumumkan...

Menteri Tisu Lembut Secara Kebetulan Teringatkan Amanat Allahyarham Dr. Md. Farid


Menteri Belia dan Sukan  Syed Saddiq aka Mat Tisu Lembut, umumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai...

Sempena PRK Tg. Piai nie, secara kebetulan Mat Tisu teringatkan pesanan Allahyarham Dr. Md. Farid yang nak naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tg. Piai...

Takkan nama orang yang dah tak ada pun nak dijual, agak-agaklah Mat Tisu Lembut...

Bagilah alasan lain untuk dedak PRK Tg. Piai nampak ditaburkan secara kebetulan...

Admin memang langsung tak percaya cakap Mat Tisu Lembut nie...

Dalam ramai-ramai menteri dalam Pakatan Harapan, Mat Tisu Lembut nie yang paling kuat membohong rakyat...

Ingat lagi tak masa PRK Semenyih...



Tak semena-mena, Mat Tisu Lembut beritahu Semenyih sangat-sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan sukan pelancongan basikal (BACA DI SINI)...


Siap berjanji nak buat perbincangan peringkat menteri dengan pihak-pihak tertentu untuk realisasikan apa yang Mat Tisu Lembut cakap...

Tapi lepas PRK Semenyih, cerita tu senyap macam tu saja, khabarnya trek laluan basikal Mat Tisu Lembut masa PRK Semenyih dulu dah naik lalang dah...🤭🤭🤭

Din Ikan Kembong Pun Secara Kebetulan Ada Projek Pembangunan RM3 Juta Untuk Tg. Piai



Dalam lawatan dedak PRK Tg. Piai, Menteri Pertanian, Salahuddin Ayob aka Din Ikan Kembong yang ada kat situ secara kebetulan nampak 3 jeti nelayan yang dah uzur...

Secara kebetulan pula nampak manila kad besar, Din Ikan Kembong pun suruh macai-macai dia lukis gambar replika cek...

Hasilnya macam infografik kat atas tu...

Din Ikan Kembong kata, projek pembinaan 3 jeti itu dijangka hanya akan bermula tahun depan dengan pelbagai kemudahan akan dibina seperti kawasan tambatan bot, gerai makan dan jeti memancing...

Maksudnya lepas PRK Tg. Piai ler tu...

Lagi menarik, Din Ikan Kembong kata, projek baik pulih jeti bukanlah dedak PRK Tg. Piai, tapi dalam masa yang sama, Din Ikan Kembong mengaku, mesyuarat kabinet telah luluskan SERTA MERTA peruntukan yang telah dipohon oleh Allahyarham Dr. Md. Farid sebelum ini (BACA DI SINI)...🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♂️

Motif diumumkan sebelum PRK Tg. Piai ialah untuk pancing undi...

Lepas dapat undi, sama ada calon PH/PPBM menang atau kalah, kompom cerita baik pulih jeti cuma tinggal cerita...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Admin rasa pelik, di mana perginya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?






Bukankah menjanjikan sesuatu imbuhan sewaktu kempen pilihanraya merupakan satu sogokan dan ianya salah di bawah Akta 5, bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?



Kenapa sogokan ini dibenarkan berlaku, malah ianya berlaku secara terang-terangan!!!

Apa pun, pengundi Tg. Piai kena ingat, janji bulan bintang yang Pakatan Harapan janjikan hari ini adalah strategi yang sama Pakatan Harapan buat masa kempen PRU 14 dulu...



Bukan admin yang cakap, tapi Dr. Mahathir yang cakap...


Tapi lepas PRU 14, apa janji yang Pakatan Harapan dah tunaikan setakat ini?

Satu-satunya dedak PRK Tg. Piai yang dah diterima oleh penduduk Tg. Piai adalah kad sim Celcom yang bernilai sepuloh hengget...

Apakah Pakatan Harapan menganggap maruah orang Tg. Piai boleh dibeli dengan hanya sepuloh hengget!!!

Kepada pengundi Tg. Piai, tolak Pakatan Harapan yang memperlekehkan maruah masyarakat Tg. Piai...



Ayuh beritahu Pakatan Harapan, bukan sepuloh hengget, malah sepuloh juta hengget sekali pun, masyarakat Tg. Piai TIDAK AKAN menjual masa depan anak bangsa dengan memberikan sekali mandat kepada penipu yang dah terlalu banyak menipu!!!

0 comments:

fda

Archives