Sunday, November 10, 2019

Tak Tahan Di Tekan DAP, Akhirnya Menteri Besar Perak Mengaku Akan Bawa PPBM Keluar Pakatan Harapan?


Pening kepala Din Pagoh dengan kebodohan demi kebodohan yang calon dan pemimpin Pakatan Harapan terutamanya dari PPBM tunjukkan dalam kempen PRK Tg. Piai kali nie...

Mula-mula calon PH/PPBM PRK Tg. Piai sendiri, Wak Karmaine, dalam kempen PRK jelas menghina rakyat Tg. Piai (BACA DI SINI)...

Kelam kabut Din Pagoh cover line...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Lepas tu Mat Tisu pulak pandai-pandai 'mengARWAHkan' Wak Karmaine...

Buat kata Wardina, kesian kat dia...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

'Arwah' tu dulu baik orangnya, ialah Tok Imam tapi sayang, dah 'arwah'...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Kita tunggu macam mana Din Pagoh nak hidupkan balik 'arwah' Wak Karmaine atau nak 'cover line' kali nie...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Dan yang 'terhangat di pasaran' ialah video rakaman Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja dengan pengakuan yang jujur dan ikhlas dari sudut hatinya...๐Ÿ˜ฏ๐Ÿ˜ฏ๐Ÿ˜ฏ

Malahan penduduk Tg. Piai yang ada bersama-sama Peja ketika itu mengatakan, Peja dengan jelas dan nyata mengatakan beliau akan meninggalkan Pakatan Harapan kerana tidak tahan dengan tekanan demi tekanan yang datang dari DAP!!! (BACA DAN LIHAT VIDEO KLIP DI SINI)...

Kata-Kata Peja Mengesahkan Perpecahan Yang Makin Parah Dalam Pakatan Harapan


Ibarat retak menunggu belah, kata-kata Peja telah menimbulkan kemarahan DAP mungkin kerana secara nyata dan jelas Peja telah membuka segala pekong DAP, terutamanya DAP Perak...

Jadi seperti yang telah diduga, untuk menutup pekong mereka, DAP Perak telah menggesa supaya Peja segera meminta maaf (BACA DI SINI)...


Sementara itu, dalam isu yang sama, DAP Sosialis Youth atau DAPSY mahu supaya Peja dihadapkan ke badan displin parti (BACA DI SINI)...


PKR Perak pula dalam kenyataannya mengatakan Peja adalah munafik dan tidak layak menjadi Menteri Besar Perak (BACA DI SINI), mungkin Farhash rssa dia lebih layak jadi Menteri Besar Perak kottt...๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Din Pagoh pula, dalam responnya memberikan kenyataan bahawa apa yang dikatakan Peja tu adalah pengalaman peribadi beliau (BACA DI SINI)...๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ

Maknanya, Din Pagoh mengakui kebenaran apa yang dikatakan Peja...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Dalam ertikata lain, Din Pagoh telah berikan gambaran untuk 'mengARWAHkan' karier politik Peja sebagaimana Mat Tisu telah 'mengARWAHkan' calon PRK Tg. Piai, Wak Karmaine...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Seputeh, Mohd Badrul Ezan pula cuba mengaitkan Barisan Nasional dalam isu ini...๐Ÿคจ๐Ÿคจ๐Ÿคจ

Beliau mengatakan ini semua adalah propaganda pembangkan (Barisan Nasional) dan mengingatkan supaya DAP serta PKR Perak tidak melatah dengan propaganda Barisan Nasional (BACA DI SINI)...

Laaa, sudahnya UMNO/Barisan Nasional pulak yang disalahkan!!!

Ingatkan bila dah setahun setengah Pakatan Harapan ambil alih kuasa, dah matang dan 'move on', rupa-rupanya zikir salah UMNO nie masih kuat lagi melekat pada Pakatan Harapan...๐Ÿคฆ‍♂️๐Ÿคฆ‍♂️๐Ÿคฆ‍♂️

Nie yang dikatakan kenyataan 'pra-matang'...

Penduduk yang ada masa kejadian tu tak suruh dan tak minat pun dengan masaalah Peja atau masaalah PPBM Perak sebab dari awal kedatangan rombongan Wak Karmaine, penduduk 'basuh' Wak Karmaine dengan cerita penduduk Tg. Piai bersyukur dapat pendapatan RM1,000 sebulan!!!

Peja sendiri yang secara sukarela menceritakan segala-galanya pada mereka...

Propaganda per bendanya yeop???

Tak kiralah macam mana PPBM atau Din Pagoh nak 'cover line' isu Peja nie tapi bagi admin, dari apa yang berlaku, ada 2 kemungkinan mesej yang cukup jelas pada rakyat Malaysia terutamanya pengundi Tg. Piai...

Kalau apa yang dikatakan Peja memang betul, maksudnya memang ada usaha nak bawa PPBM keluar dari Pakatan Harapan, jelas tunjukkan pada kita memang tak ada persefahaman antara parti-parti yang ada dalam Pakatan Harapan...

Buat kata Peja, PPBM jadi ketua, tapi ada orang tikam dari belakang...

Maksudnya, keadaan Peja sama macam keadaan Dr. Mahathir, menjadi ketua yang tak ada kuasa aka 'puppet' pada DAP...

PPBM Perak mempunyai kerusi ADUN yang paling sedikit dalam Pakatan Harapan Perak tapi Peja dilantik menjadi Menteri Besar Perak, maka jadilah Peja sebagai Menteri Besar Perak yang dicucuk hidung oleh DAP Perak...

Manakala PPBM pula mempunyai kerusi Ahli Parlimen yang paling sedikit dalam Pakatan Harapan tetapi Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, maka jadilah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang dicucuk hidung oleh DAP...

Kalau apa yang dikatakan Peja itu adalah sesuatu yang tidak betul, maka terserlah perangai sebenar pemimpin Pakatan Harapan...

Sanggup menikam kawan sendiri bila tersepit...

Sanggup mereka-reka cerita dan memburuk-burukkan sesama sendiri, walau pun berada dalam pakatan yang sama, demi untuk 'survivor' diri sendiri...

Jadi rakyat Malaysia, khususnya pengundi di Tg. Piai, fikir-fikirkanlah...

Kalau sesama sendiri pun mereka sanggup burukkan, siapakah rakyat pada mereka dan apakah ada ruang untuk rakyat dalam hati dan fikiran mereka...

Pemimpin Pakatan Harapan hanya akan ingat pada pengundi mereka di saat menjelang pilihanraya umum atau pun di saat pilihanraya kecil...

Sama seperti di PRU 14 dan PRK Cameron Highland, PRK Semenyih, PRK Rantau, demi untuk memenangi hati rakyat, berbagai-bagai janji ditaburkan, demi untuk mendapat undi, berbagai-bagai fitnah tanpa mengira kawan atau lawan dilemparkan...

Habis pilihanraya, mereka hilang entah ke mana...

Rakyat yang dulu menjadi sahabat, kini ditinggalkan begitu saja...

Kalau rakyat menuntut janji yang mereka sendiri buat, mereka akan menuduh rakyat pemalas dan terlalu bergantung pada kerajaan...

Tolak Pakatan Harapan, sama ada di PRK Tg. Piai atau dalam PRU 15 yang semakin hampir...

Admin akhiri dengan pantun popular sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi di Tg. Piai :

Kalau tuan pergi memancing...
Jangan lupa membawa umpan...
Kalau tak nak kena kencing...
Jangan undi Pakatan Harapan...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.