Tuesday, February 20, 2018

Pertukaran calun PH ke DAP bukti PAN hanya khadam


U-TURN DI KERUSI P148 AYER HITAM BUKTI CAKAP DAP TAK BOLEH DIPAKAI

Belum sampai sebulan lalu, DAP, melalui kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, di Pontian pada 12 Januari 2018, dilapor mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon dari AMANAH di kerusi P148 Ayer Hitam yang asalnya diperuntukkan untuk DAP.



Hari ini, 10 Februari 2018, DAP, melalui kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, di Ayer Hitam pula, dilapor mengesahkan bahawa DAP membatalkan keputusan untuk meletakkan calon dari AMANAH, dan sebaliknya meletakkan calon DAP sendiri, di kerusi ini.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh DAP bagi menjustikasikan keputusannya untuk membuat U-turn ini, ia tetap tidak boleh menafikan hakikat bahawa gambaran yang terlihat ialah DAP sangat sukar untuk melepaskan kerusinya kepada pihak lain dan tidak boleh dipegang janjinya.






Kasihan kepada AMANAH, seolah-olah dipermainkan lagi nampaknya.

FB Azeeza Abdullah

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 20, 2018 at 3:04:00 PM GMT+8

    Memang itu je parti bertaraf khadam

fda

Archives