Wednesday, February 7, 2018

Cukup Tipu KR1M, Tak Yah Komen Membodohkan


FAKTA ATAU AUTA: MYDIN KATA KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG?

1. Saya mendengar temubual Melisa Idris dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin di BFM Radio semalam. Memang benar Ameer ada menyebut perkara sebegini. Walaupun itu hanya andaiannya berdasarkan aktiviti perniagaan hypermarket semata-mata. TIDAK TEPAT JIKA DIA MENYIMPULKAN, HANYA KERANA ORANG KURANG BERBELANJA DI HYPERMARKET, MAKA ITU INDIKATOR BAHAWA "RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG". 




2. Peningkatan KDNK negara bukan ditentukan oleh hypermarket  semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara. Sektor pertanian misalnya menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun 2017, perlombongan dan kuari 0.5%, pembuatan 5.5%, pembinaan 7.6% dan perkhidmatan 5.9%. Dalam sektor perkhidmatan pula, Utiliti menyumbang 2.5%, Perniagaan Borong dan Runcit 6.5%,  Makanan, Minuman dan Penginapan 7.6% dan banyak lagi. Malah dalam perniagaan borong dan runcit, bukan Mydin dan hypermarket sahaja yang menjadi penyumbangnya kerana perniagaan borong dan runcit melibatkan jauh lebih ramai pemain. Jumlah keseluruhan sumbangan seluruh sektor ini kemudiannya akan membentuk keseluruhan KDNK negara.



3. Walaupun pertumbuhan dalam sub-sektor hypermarket menguncup, namun Ameer ada menyebut bahawa, selepas Mydin Mohamed Holdings Bhd menjual SAM's Groceria, sejumlah pasaraya mini, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat secara besar-besaran, tidak mengambil pekerja baru dan tidak menaikkan gaji pekerja, baharulah Mydin memperolehi keuntungan semula sebanyak RM30 juta. Jika RAKYAT MALAYSIA BENAR-BENAR TIADA WANG, BAGAIMANA MYDIN BOLEH MEREKODKAN KEUNTUNGAN RM30 JUTA? Adakah keuntungan sebanyak RM30 juta ini hasil perolehan daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, China, Korea atau warga asing yang lain?

4. Menurut The Edge, "Mydin Holdings mencatatkan kerugian pertama dalam tempoh 6 dekad dalam tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016. Alasan yang diberikan adalah pertama, RINGGIT YANG MELEMAH berbanding Dollar AS dan kedua, kesan pengembangan AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI-PENCATUTAN 2011. Kerugian yang dicatatkan adalah RM156.61 juta dari perolehan sebanyak RM2.99 bilion".

5. Dalam laporan yang sama, The Edge menyebut "dalam bulan Februari 2017, RAM Ratings menyatakan KERUGIAN Mydin Holdings ini juga adalah kerana "A LAGGED RESPONSE TO THE MISPRICING OF PRODUCTS AT THE GROUPS MINI MARKETS AND CONVENIENCE STORES (dan BUKAN KERANA RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG).



6. Ada kebenaran kenyataan RAM Ratings ini kerana semakan The Edge terhadap Sam’s Groceria Sdn Bhd menunjukkan ia adalah syarikat yang membuat kerugian, iaitu kerugian bersih sebanyak RM27.49 juta daripada perolehan sebanyak RM63.16 juta dalam tahun kewangan 2016. ADAKAH SAM'S GROCERIA RUGI KERANA RAKYAT TIADA WANG? Sam's Groceria adalah PASARAYA PREMIUM yang mensasarkan PEMBELI DALAM KALANGAN GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI. Pasaraya ini menawarkan lebih 19,000 barangan, yang mana 60% daripadanya adalah BARANGAN IMPORT dari Amerika Syarikat, Australia, Japun, India, Taiwan dan Thailand. SASARAN MYDIN BUKAN RAKYAT BIASA, TAPI RAKYAT YANG MEMPUNYAI WANG (PENDAPATAN TINGGI). JIKA SAM'S GROCERIA RUGI, MAKA ISUNYA BUKAN RAKYAT TIADA WANG TAPI KERANA IA MENYASARKAN SEGMEN YANG SALAH ATAU IA GAGAL MENARIK SEGMEN ITU BERBELANJA DI SITU.

7. The Edge turut melaporkan bahawa Mydin Holdings juga menjual MyMydin Sdn Bhd, yang mengendalikan operasi 48 kedai serbaneka (convenience store) MyMydin kepada Jubilee Games Sdn Bhd. MyMydin merekodkan kerugian bersih sebanyak RM16.64 juta dan kerugian terkumpul sebanyak RM39.39 juta. JIKA BENAR RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI WANG SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH AMEER, MAKA PEMILIK JUBILEE ADALAH SANGAT TIDAK CERDIK KERANA MEMBELI 48 BUAH KEDAI SERBANEKA DARIPADA MYDIN HOLDINGS YANG MEREKODKAN KERUGIAN DEMI KERUGIAN.



8. Sebenarnya Ameer boleh sahaja mengandaikan bahawa rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan berhati-hati dalam berbelanja. Mereka tidak membeli keperluan dan menyimpan stok seperti dulu. Kedua, persaingan sudah menjadi semakin sengit dan rakyat akan berbelanja di premis yang boleh menawarkan harga paling rendah. Ketiga, rakyat Malaysia tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak mereka dan mereka akan berjimat cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak mereka.





9. Jika diperhatikan dalam pasaran kereta, jualan kereta menujukkan peningkatan, misalnya Perodua, meningkat 2.4% pada pertengahan tahun 2017, Honda, 19% pada tahun 2017 dan Mercedes meningkat 2.3% pada tahun 2017.




10. Rakyat Malaysia juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon bimbit sepanjang tempoh 2016 hingga 2017.



11. Jumlah rakyat yang melancong di dalam dan ke luar negara serta menunaikan umrah juga meningkat setiap tahun. Pelancong domestik membelanjakan RM66.5 bilion sepanjang tahun 2016. Jumlah perbelanjaan rakyat Malaysia di luar negara juga meningkat kepada RM43.4 bilion pada tahun 2016 berbanding RM41.7 bilion pada tahun 2015. Jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke Jepun meningkat 400% daripada hanya 65,010 pada tahun 2009 kepada 322,683 sehingga Oktober tahun 2017. Jumlah rakyat Malaysia yang pergi menunaikan umrah juga meningkat, iaitu hanya 80,000 pada tahun 2009 kepada 310,000 pada tahun 2016.



12. KESIMPULANNYA, BUKAN RAKYAT TIADA WANG, tetapi selepas mendengar secara penuh wawancara tersebut dan menyemak semula prestasi Mydin, boleh dikatakan PENETAPAN HARGA YANG SALAH (kenyataan RAM Ratings), KESILAPAN MEMILIH MODEL PERNIAGAAN (KR1M), KESILAPAN MEMILIH SEGMEN DAN KEGAGALAN MEMENUHI CITARASA SEGMEN TERSEBUT, DAN KOS OPERASI YANG TINGGI (GAJI DAN PENGAMBILAN PEKERJA) adalah punca Mydin Holdings merekodkan kerugian. Ternyata selepas Mydin membetulkan kesilapan-kesilapan itu, mereka tetap merekodkan keuntungan RM30 juta.

13. Tanpa analisis, memang dijangkakan Malaysiakini dan portal berita pro Pakatan akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan-kenyataan seperti ini. Hampir sahaja BFM berjaya melagakan Ameer dan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Mujurlah Ameer bijak menjawab.

Tun Faisal FB

3 comments:

  • Anonymous says:
    February 7, 2018 at 3:13:00 PM GMT+8

    #MYDIN_JAHANAMKAN_KR1M?

    1. Sebelum ini KR1M borong barang-barang daripada Mydin untuk dapat harga pukal.

    2. Mydin tidak keluar modal yang banyak. Kedai KR1M kerajaan sediakan, sewa murah, dapat diskaun juga.

    3. Tiba-tiba harga barang di kedai biasa lebih murah daripada harga di KR1M. Logik ke?

    4. Itu belum lagi cerita pasal aduan barang yang kualiti rendah, ada Ecoli dalam susu, raksa, plumbum berlebihan dalam sos.

    5. Mydin sepatutnya jawab isu kualiti dan harga barang di KR1M kerana ini adalah tanggungjawabnya.

    6. Bukan bercakap pasal kuasa membeli rakyat. Bagaimana rakyat mahu beli di KR1M yang mana barangnya lebih mahal daripada kedai biasa. Mengapa Mydin tidak mahu bertanggungjawab dalam hal ini?

    7. Mydin dibuang menunjukkan kerajaan serius dalam isu harga barang. KR1M adalah usaha untuk sediakan harga murah. Rakyat lebih penting daripada Mydin.

    8. Bukti kerajaan lebih mementingkan rakyat adalah "tidak ada bail out" seperti Madey bail out kroni-kroninya.

    9. Kita boleh nampak perubahan pendekatan kerajaan dalam hal ini. Kerajaan buat KR1M untuk sediakan barangan harga murah kepada rakyat. Bila ada aduan berkenaan kualiti dan harga barang, tiada tindakan dari Mydin, kerajaan hentikan usahasama. Scrap dan move on kepada strategi baru.

    10. Tiada bail out, tiada soft loan, tiada grants. Tahniah.

    11. Ini bukan zaman Madey seperti yang berlaku kepada Perwaja di Terengganu. Kononnya tubuh Perwaja yang polisinya pandang ke timur, kononnya supply besi kepada Proton. Perwaja rugi, Nippon Steel partner Jepun lari. mula-mula rugi RM92.6 juta, duit kerajaan hangus, duit Bank Bumi hangus, duit KWSP hangus.

    12. Walaupun rugi, masih nak tambah lagi kilang di Gurun. Walaupun ada skandal Eric Chia sapu RM76.4 juta. Dan macam-macam kos misteri termasuk RM200 ribu kos gardening, cleaning. Bail out, bail out, terus di bail out. Sampai total loss RM10 billion-RM15 billion.

    13. Yang terbaru Mydin mengaku yang mereka rugi kerana kesilapan mereka sendiri dalam kiraan kos logistik dan mempersoalkan mengapa kerugian itu tidak diserap oleh kerajaan. Maksudnya Mydin mahu kerajaan bail out!

    14. Sekarang bukan zaman bail out. Sekarang Zaman Najib. Jika Mydin tidak melaksanakan tanggungjawabnya, kita move on dengan strategi baru. Rakyat lebih diutamakan. Bukan Mydin.

    Disusun semula dari wall Syed Agil Jamalullail

    #UB
    #JanganJadiKhawarij
    #KamiGengNajibRazak
    #KhawarijAnjingNeraka
    #TaatPemerintahDalamHalMakruf

    Sumber: https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/posts/2099924956907957

    __
    Ingin dpt update Abu Aqif terus ke whatsapp?

    SAVE no 010-6561640 dan isi form ni https://goo.gl/forms/sHFRKO6Idqn3pd0y1

    Atau subscribe di Telegram t.me/abuaqifupdates

  • pak pandir 2020 says:
    February 8, 2018 at 6:50:00 PM GMT+8

    Aku pun dah jarang ke mydin ni.. aku ke hypermarket lain

  • pak pandir 2020 says:
    February 8, 2018 at 6:50:00 PM GMT+8

    aku pun dah jarang masuk mydin ni... gi hypermarket lain

fda

Archives