Monday, February 12, 2018

Cyberjaya, projek sakit Madey terpaksa Najib pulihkan


Cyberjaya: Projek Sakit Era Mahathir, Dipulihkan Kembali Era Najib.

1. Mungkin ramai yang tak tau bahawa Cyberjaya ni sebenarnya bandar sakit.

2. Dibina berdasarkan nafsu dan keinginan Mahathir untuk mewujudkan Silicon Valley versi Malaysia berhampiran Putrajaya, bandar ini dibangunkan tanpa ada perancangan yang komprehensif.

3. Senang citer bandar ni akhirnya jadi bandar Call Center bagi company yang hanya nak kejarkan pengecualian cukai, insentif MSC selain kadar sewaan yang murah.

4. Tatkala PM Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri. Cyberjaya adalah antara bandar yang secara senyap-senyap dipulihkan.

5. PM Najib tahu bahawa angan-angan Mahathir mahu melihat Silicon Valley versi Malaysia tidak boleh digunapakai pada zaman sekarang.

6. Pelan pertama pemulihan Cyberjaya dilakukan dengan mengubah hala tuju Cyberjaya dari mencontohi Silicon Valley kepada membentuk identiti bandar yang mempunyai jati diri yang tersendiri.

7. Kini adalah masa kita melupakan Silicon Valley, kini adalah masa untuk sesuatu yang baharu bagi Cyberjaya. Salah satunya adalah pembanggunan perniagaan, menjadi pemacu kepada perkembangan Cyberjaya. Menurut Mellisa Teh,"Now we're going to be a tech hub that's self-sustaining."



8. Salah satu mercu tanda kepada perubahan arah ini adalah melalui penubuhan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) yang berpusat di Cyberjaya.

9. MaGIC direkabentuk dalam usaha untuk meramaikan lagi usahawan tempatan, sekaligus menjadi pusat sehenti untuk membantu mereka dalam pelbagai sumber, termasuk dari segi dana, inkubator dan sebagainya. MaGIC juga turut akan menawarkan perkhidmatan mentor dan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukannya.

10. Sekaligus ianya mengubah identiti Cyberjaya yang selama ini menjadi bandar "Call Center" kepada bandar Teknousahawan berinovasi, berkreativiti dan bernilai tinggi.


11. Jadi inilah pelan PM kita. Bukan sahaja demi kelansungan Cyberjaya tetapi juga kepada anak muda Malaysia agar dapat mereka memperkembangkan idea perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.

12. Akhir kalam, membina banggunan baharu di bandar baharu memang mudah. Namun pengisian didalam bandar baharu itu, memerlukan tindakan yang lebih holistik.

Sumber:

Inside Cyberjaya, Malaysia's failed Silicon Valley, oleh Nicole Kobie, 5 April 2016. 
http://www.wired.co.uk/article/malaysia-cyberjaya-silicon-valley-smart-cities

Rujuk: https://mymagic.my/about/

FB Abu Taqiyuddin

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 12, 2018 at 4:15:00 PM GMT+8

    pulihlah sangat...pelingkup lg adalah

  • IT.Scheiss says:
    February 12, 2018 at 8:21:00 PM GMT+8

    Ya! Sudah lama saya namakan "Multimedia Super Corridor" sebagai "Moribund Super Corridor".

    Baik jika hendak membena industri teknologi komputer, teknologi maklumat dan teknologi multimedia tetapi malu nya meniru Lembah Silikon (Silicon Valley) atau yang saya namakan nya "Silly Con Valley" di Amerika Syarikat.

    Aiya! Ada satu Jalan dengan Lembah Silikon di Universiti Putra Malaysia. Aiyo! malu lah.

    Tiada keaslian ke?

    Silicon Valley ada suatu keadaan, persekitaran, kebudayaan dan ekosistem yang unik walaupun di Amerika Syarikat dan lain pun daripada keadaan, persekitaran, kebudayaan dan ekosistem di Redmond Washington di mana Microsoft berasaskan dan lain juga daripada keadaan, persekitaran, kebudayaan dan ekosistem di New York, Boston, Dallas.

    Sekiranya demikian, berapa jauh lagi yang akan berlaku di negara-negara di luar Amerika Syarikat, sebagai Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Cina, India dan Malaysia?

    Syarikat-syarikat IT di Jepun, Korea Selatan, China dan India kebanyakannya syarikat besar dan mereka berjaya, tetapi syarikat-syarikat di-Silicon Valley kebanyakannya berasal dari pemula (startups), beberapa di antaranya telah menjadi kejayaan di seluruh dunia.

    Tiada yang salah dengan model Silicon Vally tetapi sesuai-ke nya untuk budaya dan tradisi perniagaan di-Malaysia, persekitaran, ekosistem dan kebesaran pasaran untuk produk mereka.

    Malaysia memerlukan cara kita sendiri berdasarkan kepada keadaan tempatan kita dan tidak mengikut buta untuk meniru Silicon Valley atau di mana-mana sahaja untuk perkara itu.

    Ia adalah Kenici Ohmae, rakan kongsi dengan McKinsey & Co, yang memberi idea untuk Koridor Raya Multimedia kepada Mahathir dan Malaysia terlibat McKinsey & Co sebagai perunding untuk Koridor Super Multimedia.

    Kenichi Ohmae adalah lulusan Kimia dari Waseda University, memiliki MSc dalam fizik nuklear dari Tokyo Institute of Technlogy, doktor falsafah dalam kejuruteraan nuklear dari Institut Teknologi Massachusettes, kemudian bekerja sebagai jurutera rekaan kanan di Hitachi dari 1970 hingga 1972 sebelum beliau menyertai McKinsey & Co dan menjadi perunding pengurusan.

    Apa yang dia katakan mengenai Cyberjaya dan Koridor Raya Multimedia sekarang?

    Malaysia perlu mengunakan otak orang kita sendiri, bukan menyewa otak asing untuk pembenaan industri di-negara kita.

    Koridor Raya Multimedia betul-nya telah jadi Silly Con Valley.

fda

Archives