Saturday, February 17, 2018

MAHATHIR DAN KEKAYAAN YANG DISEMBUNYIKAN....!!!



Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat. Sebagai contoh :-

i) Sesiapa yang berada di tol plaza Sg. Besi dapat melihat sebuah bungalo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. Ini adalah satu dari rumahnya.

ii) Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kin Mei.

iii) Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing,

iv) Sebuah lagi di Country Height (kini diduduki Mirzan)

v) Dan yang terbaru ialah diBukti Tinggi. Rumah di Bukti Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.


Selain itu, Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara. Ini termasuklah

vi) Sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim,

vii) Sebuah di Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan,

viii) Sebuah lagi di Florida di atas namanya sendiri.
ix) Mahathir juga memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina.

▶ *Satu peristiwa yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui mengenai tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar telah melaporkan mengenai hal ini kepada Mahathir. Tetapi Mahahtir hanya mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan Daim mahadiam mengenai pemindahan wang ini.*



⬛ Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak ??

*Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta*.

▶ *Ini bererti dalam 17 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM6.12 juta*.

*Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi*.

*Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina*.

♦ *Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak? Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya.*

*Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin*.

*Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri*.

*Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahun rakyat*.

*Patutkah seorang Perdana Menteri yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat berkorban*? Dan kita juga ingin tahu berkorban untuk apa?

*Berkorban supaya wang Petronas dapat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mizan*?

*Berkorban supaya tol dapat dinaikkan untuk menyelamatkan syarikat milik UMNO, Renong*?

*Berkorban supaya sebanyak RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dapat digunakan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank*?

*Berkorban supaya Mahathir dapat membina mahligai bernilai RM200 juta di Putra Jaya dan membeli jet Global Express juga dengan harga RM200 juta*.

*Sekiranya kita mendapatkan kembali semua wang Mahathir dan Daim di bank Switzerland dan menggunakannya untuk membiayai pembinaan lebuhraya mungkin rakyat tidak perlu membayar lagi tol untuk selama-lamanya*.

*Sekiranya kerajaan tidak membina mahligai Mahathir di Putra Jaya wang RM200 juta itu mencukupi untuk memberi pendidikan percuma selama setahun untuk semua pelajar di sebuah universiti tempatan seperti Universiti Malaya*.

*Wang sejumlah itu juga boleh membina 8,000 buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin*.

*Bayangkanlah berapa banyak sekolah, komputer dan subsidi untuk petani yang boleh diberikan dengan wang yang dibelanjakan untuk menyelamatkan Mirzan dan RHB*?





▶ Kenapakah anak-anak Mahathir yang telah pun kaya perlu dibantu lagi.

i) Mirzan memiliki saham bernilai RM726.5 juta di sebelas syarikat yang disenaraikan di KLSE.

ii) Mokhzani pulamemiliki saham bernilai RM624 juta.





Sebaliknya, nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka ?

*Apakah terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid Husein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringit itu berkurangan menjadi beberapa puluh juta ringgit*?

*Sekiranya keadaan ini berterusan, kita akan menjadi rakyat miskin dalam negara yang kaya*.

*Petani kita tidak akan mampu menyuapkan makanan kepada keluarga mereka*.

*Siswa-siswi tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kelengkapan yang serba kurang di universiti-universiti*.

*Graduan kita tidak mendapat pekerjaan kerana hanya segelintir syarikat yang mendapat manfaat dari program pemulihan ekonomi*.

*Para eksekutif kita pula akan menjadi pegawai yang memiliki nama jawatan yang besar tetapi tidak mampu membeli rumah untuk keluarga sendiri*.

*Dan kita disuruh berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka*.

*Adakah rakyat harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus maha menindas kita*?

FB Tan Khai Beng

3 comments:

  • Anonymous says:
    February 18, 2018 at 4:28:00 AM GMT+8

    Tan khai beng emosi mengalahkan melayu ppbm?

  • Anonymous says:
    February 18, 2018 at 9:46:00 AM GMT+8

    salam

    banyak bukti.
    dah boleh lapor sprm mungkin untuk salah guna kuasa.
    terima kasih untuk info

    gie7

  • RD. says:
    February 18, 2018 at 11:15:00 AM GMT+8

    Hah... tunggu apa lagi. Cepat, heret Dr.M dan anak-anak dia keMahkamah kerana memiliki kekayaan luar biasa, jauh melampaui pendapatan semasa menjadi PM22 tahun.

    Apa yang bangang sangat... Pak Lah & Najib nih. Bukti sebegitu kukuh yang bongkar Snapshot.

    Heret juga pemimpin PAS yang hidup mewah, berkereta mewah & canggih buatan Negara Kapir.

    Haramjadah betul pemimpin-pemimpin Melayu nih. Asyik nak kelepet WANG Rakyat je. Dah la RM2.6 Billion masuk akaun peribadi. Bini dia pula, masuk RM2 Juta. Anak boleh buat filem luch di Amerika.

    Bagi orang Cina la pulak jadi pemimpin Negara. Melayu dah tak boleh harap. Asyik memperkayakan anak-anak je. Tak kira la dari party politk mana.DAP pun, DAP lah. Lagi pun kita tak pernah dengar mereka hidup mewah atau mempamirkan kekayaan melampaui pendapatan mereka sebagai Ahli Politik.

fda

Archives