Friday, February 23, 2018

1MDB Penyelamat Negara Dari Terus Di Rompak Mahathir Dan Kroni




Tanya Mahathir: Kenapa Rakus Menyiksa Rakyat?



■ Sebelum 1992, industri menjana elektrik adalah monopoli awam. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):
merupakan satu entiti yang berjaya dan menguntungkan dengan kemampuan menurunkan tariff kepada pengguna.

■ Pada 1 Sept 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan milik penuh oleh Kementerian Kewangan.




■ 29 September 1992, satu power blackout 48 jam berlaku di seluruh Semenanjung Malaysia. Selepas kejadian ini, maka bermulalah sejarah penswastaan industri menjana kuasa elektrik. Persoalan: adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?




■ Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan:
1. Mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
2. Membaiki kecekapan dan produktiviti
3. Membantu dalam pertumbuhan ekonomi

■ 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga2 tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya.

■ Rasional penswastaan TNB tidak masuk akal kerana ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.



Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat2 kroni.

■ Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi2 kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.

■ Aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran LESEN menjana kuasa lektrik kepada syarikat2 swasta (independent power producers atau IPP) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.

■ Lesen IPP diberi dalam 3 fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).



■ Pada tahun 1995, terdapat 5 IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.

■ 5 IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat adalah:
1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
3. Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*
4. Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan
5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong




Kini Dibeli Oleh 1MDB

■ Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.

■ Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tiada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.

■ Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada 5 IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai 5 itu.

■ Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.
PPA – kontrak merompak wang TNB.

■ PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA). Perjanjian PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.

■ Di bawah PPA, ada 2 jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP :

1. Bayaran ‘Take or Pay’
TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga unit yang dipersetujui dalam PPA

Atau

2. Tetap BAYAR untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.

Isu2 Berkaitan Adalah :

1. Harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. TNB boleh menjana tenaga dengan hsrga 8 sen tetapi terpaksa membeli dari IPP dengan harga 23 sen.

2. Bayaran untuk kapasiti dan tenaga :

Bayaran Kapasiti

Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP. Masalah yang timbul adalah kapasiti berlebihan yang ditetapkan adalah 40% iaitu 2 kali lebih dari kapasiti berlebihan yang diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar 2 kali ganda daripada apa yang perlu dibayar kepada IPP.

Bayaran Untuk Tenaga

Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi dan kos bahan bakar yang digunakan dalam penjanaan.

■ IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak daripada Petronas. Tetapi ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada subsidi gas. Untung terjamin untuk IPP sementara risiko ditanggung oleh TNB.



■ Kesan penswastaan industri tenaga – TNB, rakyat dan negara :

1. Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini.

2. Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion2 ringgit kepada IPP. 20 tahun sejak IPP diberikan lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011, keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2 billion pada tahun 2010 ke RM499.5 juta dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan 2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang terbaik di dunia.

3. Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.

4. Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa. Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura.

5. Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.




Akibatnya :

□ Peranan TNB telah dikorbankan supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan.

》Pada masa DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, keputusan kerajaan untuk membeli semula aset2 menjana tenaga adalah satu langkah penyelamat ekonomi masa depan memandangkan model penswastaannya telah gagal.

Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan2 berikut dicadangkan:

1. Hentikan kontrak PPA dengan serta merta dan kenakan bayaran ganti rugi.

2. Miliknegarakan industri penjanaan elektrik.

3. Berbillion2 ringgit bayaran kepada IPP boleh dijimatkan. Gunakan wang yang dijimatkan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif hijau.

4. Ambil tindakan undang2 terhadap Tun Dr Mahathir dan EPU kerana pecah amanah dengan tindakan jenayah mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.


Rujukan:

1. Annual Report TNB 2011
2. The High Cost of Private Monopolies, CAP
3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector
4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris
5. TNB History
6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011
7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO
8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12
9. Finance Twitter
10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini
11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006.

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 24, 2018 at 11:50:00 AM GMT+8

    take over IPP kroni Mahathir kononnya. Gabungkan lepas tu jual ke China. Selamatkan pebenda?

fda

Archives