Monday, September 19, 2016

Kemarahan PAS terhadap Jeff Ooi acuh tak acuh


FMT melaporkan:

Tidak tegur Jeff Ooi, DAP tunjuk wajah sebenar, kata PAS

Faida Rahim | September 17, 2016

Timbalan Ketua Pemuda PAS berkata Ahli Parlimen Jelutong paling kurang ajar di negara ini

Khalil Abdul HadiKUALA LUMPUR: DAP menunjukkan warna sebenarnya kerana gagal menegur wakil rakyat mereka berhubung komen biadab terhadap bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia baru-baru ini, kata Pemuda PAS.

Timbalan Ketua Muhammad Khalil Abdul Hadi merujuk kepada status Twitter Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi semalam yang menulis “Adios Haron Din. Let there be peace, yang kemudian ditukar kepada “Received a personal call awhile ago. Farewell. Let there be peace.”

Bercakap kepada pemberita diluar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Khalil berkata status sebegitu “sangat berat” tetapi kegagalan DAP menegur Ooi mengecewakan.

“Jeff seorang ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup keluar kenyataan yang sangat tidak sesuai.

“Ia membayangkan wajah DAP apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya,” katanya.

Khalil menjelaskan Islam mengajar menghormati orang yang meninggal dunia walaupun jenazah bukan beragama Islam.

“Kami sangat kesal kenyataan oleh beliau yang buat komen hina almarhum dengan kata-kata tidak layak yang boleh timbulkan keadaan tidak harmoni.”

“Almarhum seorang yg diterima semua pihak, saya harap dia buat maaf terbuka.”

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/17/tidak-tegur-jeff-ooi-dap-tunjuk-wajah-sebenar-kata-pas/

Tidak tahu kenapa, tetapi kenyataan PAS yang hanya setakat marah kenapa DAP tak tegur Jeff Ooi agak tidak tegas dan bersungguh-sungguh.

Jeff Ooi yang jelas masih berdegil dan cuba nak spin tidak mahu minta maaf.

video


Memang PAS tidak lagi se militan ketika badigol seperti Mat Sabu dan lain-lain faction PAN berada dalam PAS. Namun tidak berada dengar banyak suara dan kemarahan puak PAS terhadap DAP dan bekas-bekas PAS yang kini makan dedak DAP. 


Kalau setakat hanya minta DAP tegur Jeff Ooi tidak cukup.


Ramai pemimpin utama mereka masih bersikap biadap terhadap arwah Dato Haron din. Kenyataan Lim Guan ENg pun menunjukkan keengganan untuk tegur atau minta maaf malah menyalahkan keluarga Haron din. Lihat di Snapshot 2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/guan-eng-tidak-tegur-jeff-ooi-tapi.html

Khabar angin berkata PAS akan bersama pihak yang kelihatan kuat. Mereka mahu menang dan ini termasuk bersama DAP dan mungkin sekali sedia kerjasama dengan PAN.

Nampak macam reaksi mereka terhadap penghinaan Haron Din acuh tak acuh demi politik. Mereka mahu UMNO yang bisingkan pasal DAP sebab untung ruginya lebih baik pada PAS dan DAP dan tidak kepada UMNO.



2 comments:

  • Anonymous says:
    September 19, 2016 at 5:10:00 PM GMT+8

    PAS TAKDE TELOR..BARANG LAGI LA TAK NAIK.

  • Anonymous says:
    September 20, 2016 at 11:00:00 AM GMT+8

    Orang yg beriman tidak sepatut terjebak dengan kafir harbi yg telah terbukti kesannya lebih merugikan. Apa tah lagi buat kali ke2.

fda