Khas untuk PRK Semenyih, Din Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), tiba2 cakap yang dia akan usulkan pada kerajaan PH supaya warga bujang di beri bantuan BR1M...
Dua tiga hari lepas tu, Nabita pula umumkan yang kerajaan PH bersetuju untuk berikan nilai yang cukup 'lumayan' pada warga bujang iaitu 10,000 sen atau bersamaan RM100 untuk SETAHUN!!!
Bukanlah anak2 muda kita jenis tak bersyukur tapi tujuan bagi RM100 nie dah macam 'menganjing' anak2 muda...
Mungkin PH masih kuat berpegang pada falsafah, RM50 penuh barang satu troli dan satu troli tu boleh di gunakan selama 6 bulan, jadi dengan RM100, bolehlah di gunakan untuk setahun, sementara tunggu BR1M 10,000 sen tahun depan...
Tapi PH terlupa, bahawa anak2 muda sekarang adalah anak2 muda yang bijak menilai...
Di sebalik bantuan demi bantuan pada sekolah2 vernakular yang bernilai puluhan juta ringgit, kerajaan PH hanya mampu bagi 27 sen sehari pada anak2 muda yang jadi gelombang penentu keputusan PRU 14 yang memberikan kuasa pada kerajaan PH sekarang...
Apa Tujuan Sebenar PH Umumkan BR1M 10,000 Sen Untuk Kategori Bujang
PH kata pemberian BR1M 10,000 sen tu adalah pemberian 'ikhlas' kerajaan PH pada golongan muda bagi membantu menjalani kehidupan yang lebih baik...
Maksudnya lebih kurang camnie, dapat jer duit 10,000 sen tu, anak2 muda bagaikan dapat 'tangkal sakti' yang akan merubah kehidupan anak2 muda kita...
Tapi yang paling 'win' ialah pengumuman tu di buat masa kempen PRK Semenyih...
Dan semestinya, walau pun di buat waktu kempen PRK Semenyih, SPR pasti tak akan menganggap tu sebagai rasuah pilihanraya dengan alasan bukan anak muda Semenyih jer yang akan dapat tapi satu Malaysia...
Pengumuman BR1M 10,000 Sen Adalah Langkah Terdesak PH Menghadapi PRK Semenyih
Apa yang membuatkan PH ambil langkah terdesak dalam usaha cuba untuk memenangi hati pengundi2 PRK Semenyih :
Fenomena BossKu Memikat Anak2 Muda
Kalau ikut kategori umur, anak2 muda merupakan golongan majoriti pengundi2 di PRK Semenyih...
Fenomena BossKu Datuk Seri Najib Razak yang melanda Semenyih, betul2 menakutkan PH (BACA DI SINI)...
Sikap Datuk Seri Najib yang lebih santai, tidak suka memburukkan musuh politik dan menabur fitnah tapi mematahkan hujah2 lawan dengan fakta namun bersahaja telah menarik anak2 muda bukan saja di Semenyih, malah seluruh negara untuk menyertai gelombang BossKu...
Inilah yang menjadi mimpi ngeri PH sebab gelombang BossKu membawa jenama UMNO/BN bersama2...
Sokongan Rakyat Mula Bertukar Kepada BN
Dalam kategori bangsa, pengundi2 Melayu merupakan pengundi majoriti terbesar di PRK Semenyih...
Dari tinjauan di lapangan, jelas menunjukkan, sekiranya pilihanraya yang adil dan bersih di adakan, PRK Semenyih bakal menjanjikan angin perubahan...
Kebanyakan pengundi2 Melayu jelas dah hilang keyakinan kepada kerajaan PH dan ambil keputusan untuk berpatah balik kepada Barisan Nasional...
Mereka sedar, sekiranya BN menang dalam PRK Semenyih, tak banyak perubahan yang boleh di harapkan kerana kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah di bawah PH...
Tapi keputusan mereka adalah kerana kemarahan dan kekecewaan mereka kepada kerajaan PH yang di lihat hanya suka menabur janji2 manis tanpa ada usaha untuk menunaikan janji...
Perasaan kecewa dan marah bukan saja di rasakan oleh masyarakat Melayu, malah masyarakat Cina dan India juga mempunyai perasaan yang sama...
Paling memualkan rakyat ialah keputusan mengumumkan pemberian BR1M kepada kategori bujang di lihat sebagai PH menjilat balik ludah dan kahak mereka sendiri...
Faktor kedua yang buatkan PH terdesak ialah Aiman, calon PH sendiri...
Calon tangkap muat yang ada potensi jadi Mat Blur, versi Boboi 2.0, di lihat tak cukup meyakinkan pengundi Semenyih (BACA DI SINI)...
Berbagai tipu helah dan taktik politik kotor PH lakukan untuk mendapat kemenangan di PRK Semenyih (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...
Bagi BN, kemenangan dalam PRK Semenyih merupakan kesinambungan kemenangan PRK Cameron Highland dalam mengekalkan momentum kemenangan sebelum menghadapi PRK Rantau...
Bagi PH pula, kemenangan di PRK Semenyih adalah WAJIB bukan saja kerana maruah mereka dah tercalar di PRK Cameron Highland tambahan lagi mereka menguasai kerajaan negeri Selangor dan pusat...
Tapi dalam mengharapkan kemenangan, maruah pengundi Semenyih terutamanya anak2 muda di perlekehkan dengan nilai 27 sen sehari!!!
0 comments:
Post a Comment