Saturday, February 9, 2019

Mahathir, Mahu Pun Azmin Syok Gi Overseas


Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di tubuhkan pada 12 Mei 2018, selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14)...


Kementerian ini mengambil alih sebahagian besar peranan dan fungsi yang sebelum ini dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri...


Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali telah di lantik sebagai Menteri pertama kementerian ini dan telah memulakan tugas pada 22 Mei 2018...


Beliau di bantu oleh YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Jidin sebagai Timbalan Menteri...


Visi


Peneraju perancangan pembangunan sosioekonomi Malaysia yang mampan, maju dan inklusif


Misi


Merancang dan mengurus pembangunan sosioekonomi Malaysia secara strategik, inovatif dan proaktif


Objektif


》Merancang pembangunan sosioekonomi secara komprehensif ke arah pertumbuhan mampan dan inklusif...


》Mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan melalui pengagihan peruntukan secara berkesan...


》Memantapkan pemantauan dan penilaian dasar, program serta projek pembangunan berasaskan outcome...


》Meningkatkan kecekapan sebagai pemudah cara dengan pihak berkepentingan...


》Memantapkan kapasiti dan kebolehan organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan...

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bertanggungjawab di atas usaha pemulihan ekknomi sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan di rantau Asia Tenggara dan global dalan tempoh 5 tahun yang akan datang...


Transformasi terhadap ekonomi negara juga menjadi tanggungjawab utama kementerian ini bersama2 Kementerian Kewangan yang memegang mandat untuk memperkukuh daya saing dan ketahanan ekonomi negara...

Kemeterian Hal Ehwal Ekonomi juga menggalas mandat untuk memberi jaminan terhadap pelabur domestik dan pelabur luar bahawa kerajaan Pakatan Harapan merupakan business friendly atau mesra perniagaan dengan memegang dengan memegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban...

Selepas 8 Bulan Di Tubuhkan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Masih Tiada Hala Tuju


8 bulan dah berlalu, tapi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah Azmin masih dalam mood 'honey moon'...

Tiada sebarang dasar yang di umumkan untuk merangsang ekonomi negara yang sedang tenat...

Tiada satu sen pun pelaburan asing yang telah berjaya di bawa masuk...

Kita tenguk pencapaian Azmin sejak di lantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi :Dari makluman dalaman...

》Tiada satu kertas putih di keluarkan oleh MEA, kementerian di bawah Azmin membentangkan dalam Dewan Rakyat tentang kemurungan ekonomi negara untuk di bincangkan, termasuk mengawal selia pelaburan, hasil negara dan harga barangan yang semakin meningkat!!!



》Dalam sedar atau tidak, Azmin sudah 28 kali ke luar negara!!!

》Jika purata 3 hari untuk setiap kali kunjungan ke luar negara, bermakna sudah lebih 90 hari Azmin tidak bertugas di kementerian...



》Ini bermakna, sama ada kita sedar atau tidak, 3 bulan Azmin berjalan 'Happy Go Lucky' tanpa membawa sebarang pelaburan kepada negara atau meningkatkan prestasi negara mahu pun meningkatkan ekonomi negara...

》Berapa juta wang rakyat sudah di bazirkan dengan perjalanan yang tidak memberikan sebarang pulangan kepada negara?

》Berapa juta pula wang rakyat yelah di belanjakan untuk menampung gaji, elaun dan segala kemudahan yang di perolehi Azmin sejak di lantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi sedangkan tiada apa2 pulangan yang telah berjaya di bawa untuk rakyat dan negara!!!

》Wajar ahli parlimen membawa usul mencela serta tidak percaya pada kewibawaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum lebih lama lagi rakyat Malaysia menanggung biawak hidup seperti Azmin!!!

Begitu juga dengan Dr. Mahathir yang memberikan idea untuk menubuhkan kementerian biawak hidup ini, sejak menjadi perdana menteri, hampir segala pelusuk dunia dah pergi berjalan makan angin, namun bukan saja pelaburan, malah satu MoU pelaburan asing pun GAGAL di persetujui dan tandatangani...

Tak kira di dalam negara atau di luar negara, skrip hutang negara RM1 trilion, DS Najib dan 1MDB adalah skrip wajib di dendangkan Dr. Mahathir...

Pemimpin negara asing dan pelabur asing, malah rakyat Malaysia sendiri tak nak dan muak dengar skrip pembohong tu...

Kalau tak tahu cara nak tarik pelaburan asing, duduk diam2 dalam Malaysia...

Sedarlah, rakyat sedang menderita, puluhan ribu hilang pekerjaan, petani kecil dan peneroka FELDA bergelut dengan kesempitan hidup...

Cerita bohong tentang salah laku DS Najib, 1MDB dan hutang negara RM1 trilion tak akan membantu sama ada ekonomi atau penderitaan rakyat Malaysia!!!






Kredit :

Cucu Ultraman Gaban

0 comments:

fda

Archives