Monday, February 18, 2019

Jangan Layan Saddiq, Auta Madey : Calun Kita Orang Baik!!!

Updated 8.45 am...


Lepas pertemuan dengan kepimpinan tertibggi PAS, Dr. Mahathir dengan bangga dan poyo buat kenyataan yang PAS tak akan menyokong UMNO dalam PRK N24 DUN Semenyih...

Untuk sedapkan cerita lagi, Dr. Mahathir siap cakap yang PAS ada buat pengakuan bertulis yang di tandatangani oleh pemimpin2 PAS...

Persoalannya sekarang, apakah benar PAS tak akan menyokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih nanti?


Antara pemimpin PAS yang turut bersama2 Presiden PAS Hj. Hadi Awang bertemu Dr. Mahathir ialah Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Pusat...

Dalam satu kenyataan, beliau menafikan apa yang di dakwa oleh Dr. Mahathir dan surat yang di katakan oleh Dr. Mahathir hanyalah surat yang di tandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, adalah surat yang menyatakan sokongan PAS terhadap sebarang usaha untuk memperkasakan Islam dan bangsa Melayu oleh kepimpinan Dr. Mahathir (BACA DI SINI) dan juga (DI SINI)...


Dalam satu sidang media, ketika di tanya oleh wartawan mengenai surat dan di minta menunjukkan surat yang Dr. Mahathir katakan sebagai perakuan PAS untuk tak berikan sokongan pada UMNO dalam PRK DUN Semenyih, dengan nada yang berbeza, Dr. Mahathir mengatakan surat yang ada padanya ialah contoh surat yang akan di berikan oleh pemimpin tertinggi PAS...🤯🤯🤯

Nasib baik Dr. Mahathir tak cakap surat tu dah hilang atau pun tercicir...😂😂😂


Bila di tanya tentang betul atau tidak dalam PRK DUN Semenyih, PAS tak akan sokong UMNO, Dr. Mahathir kata, mereka (pemimpin PAS), kata begitu tapi tak nak isytiharkan...🤫🤫🤫

Sebenarnya bukan PAS tak nak isytiharkan tapi bukan itu yang di maksudkan oleh pemimpin PAS...


Jelas apa yang di katakan oleh pemimpin PAS, di putar belitkan oleh Dr. Mahathir...

PAS BUKAN TIDAK AKAN SOKONG UMNO tapi KALI INI PAS AKAN BERIKAN SOKONGAN BERBEZA PADA UMNO...

Itu sebenarnya yang di katakan oleh pemimpin PAS (BACA DI SINI)...

Sebab tu, pemimpin2 PAS tetap datang membantu UMNO dalam kempen PRK DUN Semenyih...

Tapi jangan marah Dr. Mahathir sebab mungkin dia tak dapat bezakan antara TIDAK AKAN SOKONG dengan BERIKAN SOKONGAN BERBEZA...

Maklumlah hidup dalam usia lanjut yang terlampau, tentulah banyak benda yang konpius...🤭🤭🤭

Papagomo Akan Saman Fitnah Syed Saddiq


Dalam isu dakwaan Syed Saddiq beliau di cekik lehernya oleh Papagomo pada hari penamaan calun PRK DUN Semenyih, Papagomo  menyangkal apa yang di katakan oleh Syed Saddiq dan beliau akan mengemukakan saman fitnah kepada Syed Saddiq (BACA DI SINI)...


Dalam satu video klip, jelas menunjukkan Papagomo cuma meletak tangan beliau di atas bahu Syed Saddiq...

Celah mana meletak tangan di atas bahu seseorang boleh mendatangkan kecederaan?

Syed Saddiq, sudah2lah bersandiwara (BACA DI SINI)...

Calun BN Bukan Saja Berjaya Mendidik Anak2 Malah Seorang Aktivitis Masyarakat Dan Yang Paling Penting Tak Menipu Kelayakan Akademik



Zakaria bin Hanafi bukan saja berjaya mendidik anak2 beliau menjadi orang yang berjaya kerana di katakan hampir kesemua anak dan menantu beliau berjawatan doktor kecuali yang bongsu masih lagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, malah selain orang tempatan, beliau juga telah banyak mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat Semenyih...

Beliau juga seorang yang mudah di dekati masyarakat serta perihatin dengan masaalah masyarakat di Semenyih...

Berbanding dengan Aiman Zanali, calun PH yang muda dan di dapati MENIPU kelulusan akademik beliau (BACA DI SINI)...

Kalau penduduk Semenyih mahukan seorang wakil rakyat yang benar2 ikhlas dan komited dalam membantu masyarakat, undilah calun Barisan Nasional...


Tapi kalau penduduk Semenyih mahukan calun Syed Saddiq 2.0, yang kuat berdrama dan menipu, maka undilah calun PH...

Pilihan di tangan penduduk DUN Semenyih...

0 comments:

fda

Archives