Sunday, February 17, 2019

PRK Semenyih : Isu Penyokong BN Meninggal Dunia, Mana Pergi SPR?


Al-Fatihah buat Allahyarham Mamat bin Awang yang meninggal dunia ketika menantikan penamaan calon PRK DUN N24 Semenyih...

Allahyarham hadir ke Dewan Seri Cempaka untuk mengiringi calon BN, Zakaria Hanafi, 58, pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih...


Ketika penyokong BN berkumpul di kawasan lampu isyarat berdekatan Dewan Seri Cempaka Saujana Impian, beliau rebah dan tidak sedarkan diri...

Pegawai perubatan daripada klinik swasta telah membuat pengesahan awal kematian, namun punca kematian masih belum di kenal pasti...

Berita tentang kematian Allahyarham telah menggemparkan seluruh negara...


Semua media cetak dan media elektronik membuat lapuran atas kejadian tersebut termasuk media sosial (BACA DI SINI)...

Apa SOP SPR Dalam Menjamin Keselamatan Orang Ramai Ketika PRK Atau PRU?


Kita faham, kejadian seperti ini memang jarang berlaku...


Agak mengecewakan, hingga jenazah selamat di bawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Kg. Panji Alam dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, tak ada walau sepatah kenyataan, walau pun ucapan takziah dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kejadian itu...



Kalau SPR merasakan bukan tanggungjawab mereka untuk menguruskan jenazah Allahyarham, paling tidak pun keluarkanlah kenyataan ucapan takziah dan menasihati orang ramai untuk menjaga keselamatan...

Tapi apa yang jadi tandatanya ialah, apakah SPR tak mempunyai apa2 SOP untuk mengawal atau menjamin keselamatan orang ramai di sepanjang PRK atau PRU?

Dan sekiranya mengawal dan menjamin keselamatan orang ramai khususnya penyokong parti2 politik yang bertanding MEMANG TIADA DALAM SOP SPR, apakah SPR tak merasakan ada keperluan untuk membuat penambahbaikan di masa akan datang, selepas kejadian begini berlaku...

Paling tidak pun, masukkan dalam SOP SPR supaya pasukan Emergency & Rescue Team (ERT) mesti di tempatkan ketika ada 'crowd' seperti hari penamaan calon dan hari mengundi...

Apakah Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun @ Art Harun, merasakan keselamatan orang ramai sewaktu proses pilihanraya bukan tanggungjawab SPR?


Lebih di kesali, SPR di lihat mengambil sikap lepas tangan dalam kejadian tersebut...

Segala2nya di uruskan oleh penyokong dan parti Barisan Nasional...


Kita tahu, Allahyarham ialah seorang penyokong tegar UMNO/BN, tetapi dari satu sudut yang lain, Allahyarham juga seorang rakyat Malaysia dan beragama Islam...


Jadi, tak salah kalau pihak SPR atau Art Harun sendiri memberi bantuan atau setidak2nya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham...

Atau ada 'wahyu' dari pihak tertentu yang menghalang!!!

Wallah hu a'lam...


Apa pun, salam takziah kepada Allahyarham Mamat bin Awang...

Bersama2 kita sedekahkan fatihah kepada Allahyarham dan berdoa muga rohnya mendapat keampunan dan rahmat dari Allah swt...















0 comments:

fda

Archives