Wednesday, February 20, 2019

Kukuhkan Legasi Ketua Bahagian PPBM, Tan Sri Rashid 'Jutawan Tanah’ Semenyih Beri Wang Kepada Calon PH?


Seperti dijangka Pakatan Harapan (PH) mengemukakan menantu arwah wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Bakhtiar Mohd Nor sebagai calon pilihan raya kecil (PRK)...

Muhammad Aiman Zainali, 30 bukan sahaja anak menantu tetapi juga Bendahari Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hulu Langat, di umum Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin... 

Arwah YB Bakhtiar, bapa mertuanya pula merupakan Ketua Bahagian Hulu Langat...

Sumber2 di Hulu Langat melaporkan sepanjang Bakhtiar sebagai wakil rakyat beliau tidak pernah mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan kebajikan rakyat atau jenis yang boleh di kunjungi rakyat bila2 masa di rumahnya...

Cara Bakhtiar semasa hidupya ialah memilih keluarga untuk semua jawatan dan projek dalam PPBM... 



PPBM sebelum ini mahu mencadangkan isteri Bakhtiar bagaimanapun oleh kerana isterinya tidak mempunyai kelayakan akademik maka kerana tak mahu memutuskan legasi Bakhtiar, keluarga Bakhtiar memilih menantunya, Aiman Zainali, yang sekarang kontroversi dengan isu doktor falsafah (PhD) di katakan sebagai penipuan...


Aiman Zainali menjadi individu terbaru dalam Pakatan Harapan (PH) yang terpaksa menjelaskan latar belakang akademiknya (BACA DI SINI)... 

Calon PRK Semenyih berusia 30 tahun itu menjelaskan beliau memang belum menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dan tidak pernah mendakwa sebaliknya...

Menurut laporan media ada beberapa percanggahan berkenaan maklumat pelajaran di profilnya dalam laman rangkaian profesional, LinkedIn...

Risalah kempen PPBM memaklumkan Aiman, menantu kepada penyandang DUN Semenyih Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, sedang menuntut di peringkat PhD dalam kejuruteraan elektrik, manakala profil LinkedIn menyatakan beliau menamatkan pelajaran peringkat itu pada 2016...


Alasan Aiman ialah terlupa mengemaskini aman rangkaian profesional, Linkedln...

Ketua Bahagian Perlu Projek



Bakhtiar adalah Ketua Bahagian yang mendokong saranan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar ketua2 bahagian dan ketua2 cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di berikan projek kerajaan...

Alasan itu ketua2 itu perlu memperoleh lebih wang dan peluang bagi membolehkan mereka mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang...

"Dalam pilihan raya kita kena menang by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun)"... 

"Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah"... 

"Ketua bahagian di tinggalkan begitu saja"...

Lantaran itu tidak hairan jika keluarga arwah melantik menantunya, Aiman, sebagai Bendahari Bahagian bagi melindungi semua kepentingan keluarganya... 

Kini kekal pula menjadi calon meneruskan legasi...

Di Mana Tan Sri Rashid?



Ketua2 Bahagian PPBM yang memuja Tan Sri Rashid dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Ke-2 sedang melihat bagaimana legasi Ketua Bahagian di teruskan... 

Selepas ini anak menantu Bakhtiar pula akan meneruskan jika beliau menang...

Cuma Tan Sri Rashid pemilik tanah Kg. Rinching berhampiran projek Eco Majestic dan Setia Ecohill 1 & 2 kelihatannya belum menyelar dalam kempen PRK Semenyih... 

Khabarnya beliau yang memiliki tanah bernilai jutaan ringgit di Semenyih, akan menaja dan menambah dana untuk kempen calon PH Muhammad Aiman Zainali di PRK Semenyih...

Maklumat lanjut mengenai Tan Sri Rashid taukeh tanah Semenyih (BACA DI SINI)... 

Selepas ini Aiman anak menantu akan meneruskan legasi projek Ketua Bahagian PPBM di Hulu Langat dan Semenyih... 

Jika dulu kepada bapa mentua kini kepada anak menantu... 

Ketua Bahagian seperti Tan Sri Rashid terus kaya miliki tanah berjuta...

Tapi rakyat?

Jika akademik PHD pun berbelit2 tipu bayangkan jika jenis pemimpin begini kalau menjadi wakil rakyat? 

Mereka akan meneruska menipu tetapi rakyat terus derita dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi, pengangguran anak muda, rakyat di buang kerja malah janji 100 hari termasuk PTPTN pun gagal oleh PH...



Jadi, sebelum akad nikah pada 2 Mac nie, saksi2 (pengundi) nak penjelasan dari pengantin (calon PRK Semenyih, Aiman), bapak pengantin (Din Pagoh), tak payahlah masuk campur, kalau pengantin tak dapat jawab, kita tukar pada pengantin BN yer...🤭🤭🤭





Kredit :

0 comments:

fda

Archives