Wednesday, February 20, 2019

PH Hapuskan PTPTN, Minyak Turun, SST Batal?

Edited : 2.27pm


Ahad lalu, Datuk Seri Najib tulis bahawa BR1M untuk orang bujang sepatutnya RM600 untuk tahun lepas dan RM650 untuk tahun ini (BACA DI SINI)...

Tiba-tiba, seorang Menteri PH, Din Pagoh, berjanji dalam satu ceramah di Semenyih untuk meminta Guan Eng untuk kembalikan BR1M untuk orang bujang...


Ajaib, tapi jangan terkejut, Guan Eng bersetuju serta merta...


Tiba2 fatwa PH dah bertukar, ini bukan lagi dedak macam yang PH pernah tuduh BN berkali2...

Sekarang dah jadi bantuan yang menjadi bukti kerajaan PH perihatin dengan kesusahan rakyat!!!


Dan pengumuman yang di buat waktu kempen PRK Semenyih tengah rancak tak melanggar peraturan SPR dan etika pilihanraya...

Bukan rasuah pilihanraya!!!


BERSIH pun akan bisu kerana ahli BERSIH sudah di pilih menjadi Timbalan Pengerusi SPR minggu lepas...


Kalau datangnya dari PH, semuanya suci dan murni, boleh gunakan tanpa was2...

Kalau datangnya dari BN, semuanya najis...

Tak apalah...

Asalkan anak2 muda yang memerlukan akan dapat sekurang2nya RM100...


Walaupun bukan lagi RM450 seperti dahulu atau RM650 untuk tahun ini jika masih di bawah BN...

Dia bagi, kita ambil jer jika di bayar, sebab asalnya memang duit kita pun...

Mungkin PH Terlupa Cerita Tentang PTPTN, Harga Petrol Dan Harga Barang


alau PH bagi BSH RM100, ambil jer...

Untuk anak2 muda, jangan lupa macam mana berapi2 PH janji untuk hapuskan PTPTN dulu...

Sekarang nie, bukan jer PTPTN tak hapus, tapi anak2 muda yang tak bayar PTPTN di tuduh pula sebagai tak beretika!!!

Malah, segala macam bantuan persekolahan untuk adik2 di bangku sekolah terus di bekukan...

Dahlah harga barang melambung2 lepas adanya SST nie...

Admin faham, ramai anak2 muda rasa menyesal bila balik kampung, tenguk ayah dan ibu berwajah sugul dengan linangan airmata sambil melihat tempayan beras yang kosong, akibat kesilapan membuat pilihan masa PRU 14 lalu...

Inilah masanya menebus kesilapan tu, hantarkan mesej yang jelas pada PH, bahawa, kami anak2 muda, jangan sekali2 di permainkan...

Kami boleh menaikkan kerajaan PH dan kami juga boleh menumbangkan kerajaan PH!!!

Kalau PH bagi BSH RM100, ambil jer... Tapi dalam PRK Semenyih nie, undi tetap pada BN...

Bukan apa, kalau PH kalah nanti, mana tahu kut2, PH dan Guan Eng upkan lagi BR1M...

Kita berusaha dan berdoalah sama2 yer...


Usaha kita ialah pastikan BN menang dalam PRK Semenyih...

Dan doa kita ialah muga PH kalah dalam PRK Semenyih...

Sama tapi tak serupa...

Satu kita usaha supaya BN menang dan lagi satu kita doa muga PH kalah, kan tak sama...

Macam BRIM yang di katakan dedak tapi BSH di katakan bantuan, sama tapi tak serupakan!!!

0 comments:

fda

Archives