Monday, February 25, 2019

Pengundi Semenyih WAJIB Tolak Kerajaan Yang 'MENGHALALKAN' Perbuatan Menghina Rasulullah SAW

Menghina Rasulullah SAW Bukan Kebebasan Bersuara Dan Tindakan Tegas Mesti Di Ambil



Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) di Strasbourg memutuskan, pada hari Kamis (25/10/2018), bahwa menghina Nabi Muhammad saw tidak boleh di anggap sebagai kebebasan bersuara... 

ECHR membuat keputusan itu ketika mengekalkan sabitan bersalah, Puan Es, seorang wanita Austria kerana menggelar Nabi Muhammad saw 'fedofilia' yang membawa maksud antara penggemar seks luar tabie (BACA DI SINI)...

Mahkamah Hak Asasi Manusia (ECHR) juga menyatakan bahawa perbuatan atau aktiviti memfitnah Rasulullah saw melangkaui had kebebasan berucap...

Keputusan di buat adalah susulan dari rayuan yang di kemukakan oleh Puan Es, seorang wanita berusia 40'an atas keputusan mahkamah di Vienna yang mendapatinya bersalah pada 2011 atas tuduhan menghina doktrin keagamaan kerana membuat dakwaan dalam dua seminar awam pada 2009 bahawa perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Saidatina Siti Aishah ra sebagai perbuatan fedofilia dan mengarahkannya membayar denda €480 (RM2,300) selain kos...

Itu keputusan yang telah di buat oleh mahkamah di Vienna, Austria dan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg...

Ugama Islam bukanlah agama persekutuan bagi negara Austria...

Hakim2 yang membuat bukan penganut ugama Islam...

Pemimpin Austria juga bukan berugama Islam, walau pun mereka buat keputusan itu bukan atas landasan cintakan Allah swt dan RasulNya tapi sekurang2nya mereka menghormati ugama yang tak mereka imani dan menganggap apa saja penghinaan terhadap kepercayaan ugama lain ialah satu perbuatan jenayah yang WAJIB di hukum!!!

Sikap Menghina Islam Semakin Berleluasa Di Malaysia



Ugama rasmi Malaysia ialah Islam...

Satu persoalan yang timbul ialah mengapa kebiadapan menghina ugama Islam semakin berleluasa sekarang ini?

Kes menghina Rasulullah saw oleh Foo Sing Wai bukanlah kes yang pertama di Malaysia...


20 Februari lepas, kita di kejutkan lagi dengan satu perbuatan biadap yang jelas menghina Islam bila sebuah patung berhala di letakkan di pintu masuk utama Surau Sabilul Huda, Taman Pandamar Indah, Klang, Selangor...



Belum reda kemarahan penduduk tempatan dan masyarakat Islam di Malaysia, sekali lagi manusia biadap nie melakukan kerja yang sama dengan meletakkan 2 patung berhala di surau yang sama pada 23 Februari 2019!!!

Mengapa Sikap Biadap Ini Semakin Berleluasa




Orang Melayu kata :

Kalau Bapak Kencing Berdiri, Anak Akan Kencing Berlari...

Orang Putih pulak kata :

'Like Father, Like Son'...

Sikap pemimpin yang menjadi kerajaan, pasti akan menjadi ikutan rakyat bawahan...


Kalau dah Dr. Mahathir sebagai perdana menteri dah memang suka menghina Rasulullah saw, pasti menteri2 di bawah pentadbiran beliau mempunyai sikap yang sama...



Sikap biadap Dr. Mahathir dan menteri2nya makin menjadi2 apatah lagi bila sekarang nie mereka bukan saja bergabung malah mengharapkan belas ihsan dari DAP yang memang di kenali sebagai parti politik yang anti Islam, untuk mengekalkan kuasa mereka...



Bila perdana menteri dan menteri2 di bawah beliau yang mengaku berugama Islam tapi secara terang2an berani menghina Rasulullah saw tanpa ada perasaan bersalah sedikit pun, pastilah rakyat marhaen akan melakukan perkara yang lebih dahsyat dari itu...

Kenyataan yang di buat oleh Foo Sing Wah dan Sally Yen adalah sama seperti yang di ucapkan oleh Puan Es di Austria...

Kalau di Austria, peringkat awalnya Puan Es, di sabitkan kesalahan dan di kenakan denda €480 oleh Mahkamah Austria malah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) mengekalkan hukuman dan di tambah kos mahkamah, tapi Foo Sing Wah yang melakukan perkara yang sama di bebaskan dengan ikat jamin polis (BACA DI SINI) manakala Sally Yen masih bebas tanpa sebarang tindakan!!!


Admin tak nafikan, sewaktu kerajaan BN memerintah, perkara yang sama pernah berlaku, tapi di sebabkan ketegasan kerajaan, maka rakyat tidak berani melakukannya secara terbuka dan berleluasa (BACA DI SINI)...

Walau pun tidak lagi menjadi kerajaan, namun sikap ini konsisten apabila Ketua Pemuda UMNO dan PAS mengeluarkan kenyataan bersama yang keras dan tegas bagi menyatakan pendirian di dalam isu menghina Rasulullah saw (BACA DI SINI)...



Kepada pengundi masyarakat bukan Islam di Semenyih, tolaklah PH kerana sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan saling menghormati antara satu sama lain, sudah pasti kita tak mahu keharmornian masyarakat Malaysia musnah semata2 atas kepentingan politik DAP...



Kepada masyarakat Islam di Semenyih, hukum mempertahankan maruah Rasulullah saw adalah WAJIB (BACA DI SINI), maknanya HARAM kita bersekutu dengan golongan2 yang suka menghina Rasulullah saw, apatah lagi memberikan mandat untuk mereka terus berkuasa 'MENGHALALKAN' penghinaan terhadap Allah dan RasulNya...

Kalau kita masih lagi mahu memberikan kuasa pada golongan yang gemar menghina Rasulullah saw, maka siapkanlah jawapan pada Rasulullah saw di Padang Mahsyar nanti, bila baginda tanya nanti...

Buatlah pilihan yang bijak, kerana undi kita bukan saja akan di kira di peti undi, malah akan di hisab di akhirat nanti...

Selamat mengundi di PRK Semenyih pada pengundi2 di Semenyih...

0 comments:

fda

Archives