16 Februari 2019, penamaan calon untuk PRK N24, DUN Semenyih...
Calon Barisan Nasional (BN) adalah anak tempatan iaitu Zakaria Hanafi yang merupakan bekas Penolong Pegawai Tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)...
Pakatan Harapan (PH) pula memperkenalkan calon baru, Muhammad Aiman Zainali yang juga merupakan menantu kepada bekas ADUN Semenyih Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal pada 11 Januari 2019 lepas akibat serangan jantung...
Dua lagi calon adalah dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) iaitu Nik Aziz Afiq Abdul dan aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang' bertanding atas tiket BEBAS...
Dr. Mahathir Mulakan Perang Saraf PRK N24, DUN Semenyih
Dr. Mahathir tahu akan berlaku pertembungan sengit antara BN dan PH di PRK DUN Semenyih...
Terdesak dengan kemungkinan kekalahan calon PPBM/ PH, Dr. Mahathir memanupulasi pertemuan dengan Presiden PAS, TG Haji Hadi untuk melancarkan perang saraf dengan tujuan memecahbelahkan kerjasama antara UMNO/ BN dan PAS yang berjaya menumbangkan calon DAP/ PH di Cameron Highland...
Memang PAS minta untuk berjumpa Dr. Mahathir untuk membincangkan isu2 pentadbiran di negeri2 bawah pemerintahan PAS (BACA DI SINI)...
Jelas dari penjelasan dari Presiden PAS, perkara2 yang berkaitan dengan politik, terutamanya mengenai PRK DUN Semenyih, tak di bincangkan...
Tapi Dr. Mahathir pula kata, antara 'persetujuan' antara beliau dan TG Hj. Hadi ialah, PAS bersetuju untuk tidak menyokong UMNO/ BN dalam PRK DUN Semenyih...
Korang tenguk video klip tu dan baca 'body language' Dr. Mahathir...
Mulut boleh menipu tapi gerakan badan susah nak menipu...
Kenapa Dr. Mahathir Sanggup Berbohong?
Lain yang di bincang, lain pula yang di hebahkan...
Kenyataan Tun Mahathir yang PAS tidak sokong calon UMNO di Semenyih adalah rekayasa terbaru Dr. Mahathir...
Yang pertama :
Kalau pun benar, siapa Dr. Mahathir yang nak buat pengumuman begitu?
Keduanya :
Kenapa Dr. Mahathir terlalu fokus pada PAS di Semenyih?
PAS tak bertanding pun di situ...
Jawabnya, Dr. Mahathir dah hilang keyakinan terhadap rakan2 dalam PH sendiri dan dari sumber risikan, PKR & DAP tak akan mengundi calon PPBM di Semenyih...
Itulah kebimbangan Dr. Mahathir terhadap situasi di Semenyih yang bakal memalukan PPBM...
PAS & UMNO jangan terperangkap isu ini...
Pertemuan Dr. Mahathir dan TG Haji Hadi petang semalam adalah untuk membincangkan mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri agar tidak wujud sebarang percanggahan antara Kerajaan Negeri dan pusat...
Percayalah, kerjasama PAS & UMNO untuk PRK Semenyih sangat2 membimbangkan PPBM...
Di tambah lagi calon PPBM akan di sabotaj secara dalaman oleh rakan2 dlm PKR dan DAP...
Apa Yang Berlaku Di Semenyih Jauh Berbeza Dengan Apa Yang Dr. Mahathir Umumkan
Tapi apa yang berlaku di Semenyih bukan jee menafikan apa yang Dr. Mahathir umumkan malah jauh berbeza dari apa yang Dr. Mahathir harapkan...
Malah PAS Selangor mengeluarkan arahan rasmi supaya PAS memberikan sokongan penuh dan pengundi PAS di DUN Semenyih mengundi calon Barisan Nasional...
Nampaknya setakat ini, apa yang Dr. Mahathir rancangkan, jauh tersasar dari apa yang sedang berlaku...
Tapi ada juga yang masih tertanya2, apakah benar, apa yang Dr. Mahathir umumkan tu?
Kita belajar dari sejarah...
Maca yang Rafizi pernah cakap dulu, Dr. Mahathir nie, rekod dia, lidah bercabang!!!
Nie dalilnya yang Dr. Mahathir lidah bercabang...
Pada penyokong2 PAS, hayatilah amanat dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi bin Awang, PENYATUAN UMAT ISLAM LEBIH PENTING DARI POLITIK PUAK PH...
Kalau Dr. Mahathir Punya Wayang Pun Boleh Kantoi, Inikan Pula Menteri Bertaraf Budak Hingusan
Syed Saddiq kata dia hampir di serang oleh penyokong2 BN masa nak pergi ke kereta pada hari penamaan calon...
Syed Saddiq juga cakap, penyokong2 BN cuba buat provokasi pada beliau tapi beliau tak endahkan dan terus berjalan ke arah kereta beliau...
Syed Saddiq juga dakwa, penyokong2 BN, makin lama, makin hampir dan salah seorang Exco Pemuda Umno iaitu Papagomo di dakwa mencekik leher beliau dan mendatangkan kecederaan kecil pada leher beliau...
Itu cerita Syed Saddiqlah...
Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Pertama sekali, Syed Saddiq dengan sengaja tak mengikut arahan dari SPR yang menetapkan jalan yang berasingan untuk penyokong kedua2 parti...
Jelas, tujuan SPR adakan 2 jalan berasingan ialah supaya kedua2 penyokong dari parti yang berbeza tak bertembong!!!
Jadi, apa tujuannya kalau bukan dengan sengaja berniat membuat provokasi, Syed Saddiq dengan sengaja mengingkari arahan SPR dan mengikuti jalan di mana penyokong BN berada?
Keduanya, jelas Syed Saddiq sendiri yang melakukan provokasi dan bersikap kurang ajar untuk menimbulkan kemarahan bila dengan sengaja menunjukkan bontot pada penyokong BN yang berada di situ...
Beginikah adab seorang menteri!!!
Buat kata RPK, memang Syed Saddiq bernasib baik sebab Bang Non tak ada kat situ, kalau Bang Non ada masa tu, tak tahu ler teman nak mengaborkannya nasib kamu tu...😋😋😋
Syed Saddiq dakwa, Exco Pemuda UMNO, Papagomo mencekik leher beliau dan mendatangkan kecederaan pada leher beliau...
Tontonlah sendiri video klip atas tu dan nilaikanlah sendiri...
Mentang2lah Papagomo tu tak sehensem Bang Non, gamok kamu fitnah dia yer, tak takut neraka agaknya Syed Saddiq nie?
Biat lapuran polis palsu adalah satu jenayah...
Jadi kita tuntut agar pihak PDRM membuat siasatan dan sekiranya terbukti apa yang di lapurkan oleh Syed Saddiq tak benar atau palsu, maka tindakan MESTI di ambil!!!
Rakyat Dah Buat Keputusan
Buatlah apa pun, kemarahan dan kekecewaan rakyat pada kerajaan PH dah tak dapat di bendung lagi...
Hati ayah mana yang tidak marah bila melihat anak2 mereka kehilangan pekerjaan, hanya semata2 kerana dendam PH pada UMNO/ BN...
Hati isteri mana yang tak akan marah bila melihat anak2 mereka kelaparan dan suami mereka di tuduh pemalas, hanya kerana semata2 dendam PH pada UMNO/ BN...
Hati pemuda mana yang tak akan memberontak bila sedar mereka di tipu dan di peralatkan oleh PH untuk menjatuhkan kerajaan BN, hanya semata2 kerana dendan PH pada UMNO/ BN...
Kalau Dr. Mahathir terlupa, admin nak ingatkan, sekarang ialah tahun 2019...
Apa yang Dr. Mahathir tipu pada pukul 1.00 petang, pukul 1.01 petang, seluruh Malaysia malah seluruh dunia dah tahu penipuan yang di buat...
Pengundi dan anak2 muda sekarang, bukannya seperti pengundi dan anak2 muda di zaman 80'an atau 90'an...
Sekali di tipu, mereka akan bangun dan PASTI akan menumbangkan pemimpin penipu!!!
Benar, hari ini, mereka hanyalah rakyat biasa yang tak ada kuasa, tapi jangan lupa, undi merekalah nanti yang akan menjadikan pemimpin2 penipu seperti kamu semua sebagai rakyat biasa!!!
Syabas anak muda, syabas rakyat Semenyih, tunjukkan kuasamu di PRK Semenyih!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.