Kononnnya selepas mendapat cadangan dari MIER (BACA DI SINI), 'atas kehendak rakyat' (BACA DI SINI), Dr. Mahathir setuju untuk kaji semula perlaksanaan regim cukai GST dan seterusnya memansuhkan regim cukai SST!!!
Apa maksud Dr. Mahathir dengan ayat 'atas kehendak rakyat'?
Ada ker mana-mana pihak dari kerajaan Pakatan Harapan buat kajian atau tanya pendapat rakyat sama ada nak kembali ke regim GST atau tidak?
Rasa-rasanya tak ada...
Sebenarnya ayat tu sebagai nak 'cover malu' bila dah terpaksa 'u-turn' pada sistem cukai GST...
Bolehlah kata, bukan kerajaan yang nak 'u-turn' tapi rakyat yang nak...😂😂😂
Bolehlah juga Dr. Mahathir jadikan tu alasan pada 'wira GST yang tak didendang', sama ada di dalam atau di luar kerajaan terutamanya DAP...
Lim Guan Eng dah pun gunakan alasan ciptaan Dr. Mahathir, cuma nak tunggu Tony Pua dengan Rafizi keluar gua...🧐🧐🧐
Kerajaan Malaysia Menjadi Bahan Lawak Di Pentas Dunia
Bila kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya, maka dengan angkuhnya mereka mengumumkan akan menghapus cukai GST yang mereka dakwa sebagai sistem percukaian yang sangat zalim...
Pemimpin Pakatan Harapan mendakwa, cukai GST adalah satu kaedah untuk merompak duit dari rakyat yang kerajaan Barisan Nasional terdahulu perkenalkan...
Mereka memerlekehkan kenyataan DS Najib bahawa GST telah menyelamatkan Malaysia yang dihimpit kemelesetan ekonomi dunia...
Bila Malaysia mengumumkan akan 'memansuhkan' sistem cukai GST dan kembali pada sistem cukai kuno SST, dunia merasa terkejut...
170 buah negara di dunia menggantikan sistem cukai SST kepada sistem cukai GST dan Malaysialah satu-satunya negara di dunia yang mahu berpatah balik ke sistem cukai SST...
Ibarat pemilik yang sudah menggunakan kereta model terkini dengan segala keselesaan dan teknologi terkini kemudian secara tiba-tiba mahu menukar kembali kereta tersebut pada model keluaran tahun 40'an...
Satu jer ayat yang sesuai digunakan untuk manusia spesis nie dan yang sewaktu dengannya, tak bodoh, gilerrr!!!
Apakah Kerajaan Pakatan Harapan Akan Gunakan Cukai Berganda SST (10%) + (6%) + GST
Golongan yang paling banyak mendapat keuntungan bila sistem cukai GST ditukarkan kepada SST ialah taukey-taukey besar...
Taukey-taukey besar pengkhianat ekonomi negara nie mendapat keuntungan dengan sistem cukai SST yang membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka mengelak dari membayar cukai, walau pun pengguna akhir terpaksa membayar cukai SST pada setiap barangan yang dibeli...
Perbuatan ini dinamakan sebagai 'black economy'...
Perkara yang paling penting untuk kita awasi ialah supaya kerajaan Pakatan Harapan yang terkenal dengan perangai menipu dan membelit, tidak mengenakan cukai berganda kepada kita...
Kutipan cukai SST yang ada sekarang tidak dicatitkan jumlah kutipannya dalam resit pembelian...
Bila cukai GST dilaksanakan nanti, pembeli tidak akan tahu sama ada harga yang dibayar itu sememangnya hanya ada cukai GST tanpa cukai SST atau pun ianya adalah cukai berganda SST dan GST...
Satu-satunya cara untuk kita pastikan ialah dengan mendesak kerajaan Pakatan Harapan membentangkan cadangan penghapusan sepenuhnya sistem cukai SST di Dewan Rakyat...
Kerajaan Pakatan Harapan, terutamanya DAP mempunyai alasan yang cukup untuk melaksanakan cukai berganda kepada rakyat Malaysia...
Sebagai parti politik cauvanis, nyawa DAP dalam politik tanah air bergantung sepenuhnya pada sokongan masyarakat Cina terutamanya golongan yang mendapat menafaat besar dalam perlaksanaan sistem cukai SST...
Kalau SST dimansuhkan sepenuhnya, kelompok ini pasti akan merasa sangat marah pada DAP sebab SST adalah sebenar mengapa mereka memberikan sokongan sepenuhnya pada DAP...
Jadi tanpa disedari, DAP akan mencadangakan supaya SST terus dilaksanakan dan ditambah dengan GST...
Jadi memang sesuailah SST digelar sebagai sistem cukai Senyap Senyap Tipu!!!
Kalau perkara ini berlaku, ianya akan lebih memburukkan keadaan ekonomi negara...
Benar, DAP akan terus mendapat sokongan masyarakat Cina...
Benar, pendapatan negara akan bertambah...
Tetapi, rakyat marhaen akan terus dihimpit dengan tekanan ekonomi yang jauh lebih dahsyat kerana harga barangan keperluan harian pasti akan melambung tinggi!!!
Bukan admin tidak setuju dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk u-turn pada GST, cuma admin geli hati kerana kerajaan Pakatan Harapan sendiri mengesahkan mereka memang layak digelar kerajaan kartun, tak ada satu negara dalam dunia ini yang menukar sistem cukai mereka sebanyak 2 kali dalam masa satu tahun setengah memerintah!!!
Tapi Atok is Atok, jadi, nak malu apa Atokmuuu...🤣🤣🤣
0 comments:
Post a Comment