Wednesday, October 2, 2019

Mujahid Dan Maszlee Masih Membisu Dalam Isu Hanya Bacaan Doa Kristian Dibenarkan Dalam Majlis Penyampaian Anugerah Di Sekolah Pulau Pinang


Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut :

Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam (BACA DI SINI)...

Ini bermaksud, walau pun Malaysia mengamalkan konsep bebas beragama, namun penganut ugama lain adalah DILARANG dalam undang-undang untuk menyebarkannya secara terbuka di kalangan orang Islam di Malaysia...

Perkara ini adalah sangat jelas dan sepatutnya selepas lebih 6 dekad kita merdeka, setiap warga Malaysia MESTI mengetahui dan menghormati apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia...

Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Tidak Menghormati Atau Sengaja Mahu Mencabar Konsep Kebebasan Agama Di Malaysia



Dalam satu kejadian di upacara penganugerahan di salah sebuah sekolah mubaligh di Pulau Pinang, pengurusan sekolah tersebut telah dengan sengaja MELARANG bacaan doa dalam ugama Islam dan HANYA membenarkan bacaan doa ugama Kristian...

Jelas pihak pengurusan sekolah telah mencabul kedaulatan undang-undang di Malaysia seperti yang tercatit dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia...

Difahamkan, majlis penganugerahan tersebut adalah majlis rasmi dan ianya ada dihadiri oleh tetamu yang berugama Islam...

Kebiadapan pihak pengurusan sekolah tersebut, TIDAK BOLEH dipandang remeh...

Jelas pada kita, sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan awal warga Malaysia yang bertanggungjawab mendidik generasi pelapis supaya menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan sebagai salah satu dari 5 Prinsip Rukun Negara telah bertindak sebaliknya...

Secara jelas dan nyata, pihak pengurusan sekolah cuba menyebarkan dakyah dan doktrin ugama Kristian di kalangan orang Islam secara terbuka...

Tidak mungkin pihak pengurusan sekolah tidak maklum mengenai perlembagaan...



Apa yang lebih kita kesali ialah, walau pun isu ini sudah viral di sosial media, malah melalui pendedahan seorang aktivis Pulau Pinang, Mukhsin Lateef aka Mamu, lapuran polis sudah pun dibuat, namun pihak kementerian yang bertanggungjawab masih lagi mengambil sikap membisu...

Pulau Pinang bukan negeri yang mempunyai raja dan ini bermakna, Perkara 11(4) yang terpakai di seluruh negara adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat...

Di manakah suara Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam, Dr. Mujahid Yusof Rawa?


Mengapakah masih membisu dan enggan membuat sebarang komen dalam isu ini?

Apakah Maszlee dan Mujahid masih menunggu 'restu' atau 'lampu hijau' dari DAP sebelum membuat sebarang kenyataan?

Apa yang didedahkan di atas bukanlah satu-satunya kejadian seumpama itu yang telah berlaku...


Dalam satu sekolah mubaligh Kristian yang lain, kanak-kanak Melayu, berugama Islam dan bertudung, dikehendaki menyalakan lilin dalam satu upacara mengangkat sumpah sebagai pengawas sekolah...

Apakah relevannya membakar lilin dengan budaya rakyat Malaysia dalam ipacara mengangkat sumpah!!!

Bukankah itu salah satu ritual dalam ugama Kristian!!!

Rakyat menuntut agar Maszlee dan Mujahid membuat kenyataan rasmi mengenai tindakan yang sudah dan akan diambil mengenai isu ini...

Kalau Maszlee dan Mujahid masih merasakan diri mereka masih layak memegang jawatan sebagai menteri di Malaysia, maka buktikan bahawa kamu berdua berani mempertahankan kedaulatan undang-undang di Malaysia!!!

0 comments:

fda

Archives