Friday, October 11, 2019

Tahniah, PDRM Bongkar Dan Tangkap Pemimpin DAP Yang Terlibat Dengan Pengganas


Tahniah kita ucapkan kepada PDRM kerana bertindak tegas menahan 2 orang pemimpin DAP peringkat negeri yang terlibat dengan pengganas LTTE...


G. Saminathan, ADUN Gadek dari parti DAP, merangkap Exco Sumber Manusia Kerajaan Negeri Melaka, ditahan di pejabat beliau sendiri di Seri Negeri pada hari Khamis, 10 Oktober 2019...

Beliau telah ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari Bukit Aman kerana didapati terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, Sri Lanka...


Dalam perkembangan yang sama, ADUN Seremban Jaya juga dari parti DAP, P. Gunasekaran, ditangkap secara berasingan pada hari yang sama...

Gunasekaran juga telah ditangkap kerana terdapat maklumat yang mengaitkan penglibatan beliau dengan pengganas LTTE, Sri Lanka...



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Tuan Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan dua pemimpin DAP itu...

Ikuti sidang media khas, Ketua Penolong Pengarah Antikeganasan, Bukit Aman, Tuan Ayub Khan Mydin Pitchay (DI SINI)...


Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari juga telah mengesahkan penangkapan Exco Sumber Manusia Kerajaan Negeri Melaka, G. Saminathan...

Mereka berdua ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma...

Akta itu membenarkan penahanan selama 28 hari...



Adalah diharapkan pihak PDRM menyiasat latar belakang semua ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri, terutamanya P. Ramasamy yang telah beberapa kali didapati terlibat secara langsung atau melakukan ritual LTTE...

Bukan tujuan admin menuduh tetapi siasatan terperinci dan menyeluruh adalah penting untuk memastikan mereka bebas dari sebarang kumpulan pengganas demi untuk keselamatan negara...

Rakyat juga berharap agar pihak PDRM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat atau mempunyai hubungan dengan pihak pengganas...

Kita juga mahu supaya pihak PDRM diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melakukan siasatan dan tiada campurtangan ahli politik yang akan memberikan tekanan atau cuba mengganggu siasatan PDRM...

Tahniah PDRM, siasat dan bongkar hingga ke akar umbi...

Sama ada mereka ahli politik dari pihak kerajaan atau pembangkang, ambil tindakan yang cukup tegas kepada mereka...

Berikan mesej uang cukup jelas kepada pihak pengganas sama ada yang berada di dalam atau di luar negara, negara Malaysia adalah negara yang aman, rakyat Malaysia menolak keganasan dan tiada ruang untuk untuk pihak pengganas bertapak atau mengembangkan pengaruh mereka di Malaysia...

Sekiranya pihak pengganas cuba mengembangkan sayap mereka di Malaysia, rakyat Malaysia akan berkerjasama dengan pihak PDRM untuk membongkar kegiatan mereka hingga ke akar umbi!!!

0 comments:

fda

Archives