Tuesday, October 1, 2019

Penentuan Calon PRK Tg. Piai, Jangan Sampai Menang Sorak Tapi Kampung Tergadai


Satu lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan...

Kali ini di P165, Tanjung Piai, Johor...

Ianya bukan satu PRK biasa tapi PRK Tg. Piai akan datang dengan wajah tersendiri...

PRK Tg. Piai akan menjadi medan pertama kepada keberkesanan Muafakat Nasional yang diterajui oleh UMNO dan PAS...

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya akan menunggu keputusan PRK Tg. Piai untuk mengetahui setakat mana kerjasama Muafakat Nasional dapat diterjemahkan ke dalam peti undi...

Tak keterlaluan kalau dikatakan, keputusan PRK Tg. Piai nanti akan menjadi petanda awal kepada keputusan PRU 15...

Suara Siapa Sebenarnya Yang Berada Di Belakang MCA Bahagian Kapar


Belum lagi kepimpinan tertinggi parti-parti komponen dalam Muafakat Nasional berbincang, Ketua Bahagian MCA Kapar, Song Kee Chai, dah mengeluarkan ugutan kepada kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional terutamanya Barisan Nasional...

Satu persoalan yang menarik untuk kita renungkan, apakah ugutan Song Kee Chai itu merupakan mewakili parti MCA secara keseluruhan atau mungkin ugutan itu cuma mewakili MCA Bahagian Kapar atau pun ugutan itu cuma ugutan peribadi Song Kee Chai dan bukan di atas kapasiti beliau sebagai Ketua Bahagian MCA Kapar?


Yang pasti, Presiden MCA, DS Wee Kah Siong, apabila ditanya oleh para wartawan, dengan tegas mengatakan, keputusan muktamad mengenai calon PRK DUN Tg. Piai hanya akan diketahui selepas perbincangan diperingkat tertinggi Barisan Nasional...

Puas admin cari maklumat, kalau-kalau ada bahagian atau cawangan atau mana-mana pemimpin yang ada mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Song Kee Chai, tapi sampai ke saat artikel ini ditulis, tidak ada...

Jelas bagi admin, ugutan yang dikeluarkan oleh Song Kee Chai TIDAK mewakili parti MCA secara keseluruhan...

Admin juga cuba mencari, kalau-kalau ada mana-mana pemimpin MCA, sama ada diperingkat bahagian atau cawangan seluruh Malaysia atau pun pemimpin MCA di peringkat Bahagian Kapar ada mengeluarkan kenyataan menyokong ugutan Song Kee Chai...

Sekali lagi, TIDAK ADA...

Sangat jelas bagi admin, ugutan Song Kee Chai itu TIDAK mewakili parti MCA Bahagian Kapar, apa lagi mewakili parti MCA secara keseluruhan...

Jadi, siapa sebenarnya yang berada dibelakang Song Kee Chai?

Sangat jelas lagi bersuluh, dalam mana-mana parti politik, pasti akan ada talibarut pihak parti lawan...

Kalau dalam UMNO, kita tahu cuma kita nak biarkan dulu permainan mereka, pasti ada talibarut PPBM atau lebih tepat lagi talibarut Dr. Mahathir...

Kalau dalam PAS, pasti ada talibarut PAN...

Begitu juga dalam MCA, pasti ada talibarut DAP...


Sebelum PRU 14, pernah didedahkan, bagaimana bekas pemimpin utama MCA, Chua Soi Lek, pernah dikesan menemui pakar strategi DAP, Liew Chin Tong (BACA DI SINI)...

Kesannya, dalam PRU 14, MCA bernasib baik kerana cuma memenangi hanya satu kerusi parlimen di Ayer Hitam setelah menghadapi saingan sengit dari Liew Chin Tong...

Untuk rekod, peratusan pengundi di parlimen Ayer Hitam mengikut bangsa ialah Melayu 57.57%, Cina 38.43% dan India 4%...

Analisa yang dilakukan mendapati kemenangan Wee Kah Siong adalah kerana kejayaan kerja keras jentera pilihanraya Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO menarik pengundi...

Apa yang admin nak sampaikan kepada Song Kee Chai ialah, janganlah jadi seperti Chua Soi Lek yang menjadi pengkhianat pada parti yang telah memberikan kerjaya politik...

Kepada Wee Kah Siong, sudah sampai masanya MCA melakukan pemutihan parti dari talibarut DAP...

Kepimpinan Tertinggi Muafakat Nasional Terutamanya Barisan Nasional Mesti Tegas Dalam Membuat Keputusan


Tahniah dan terima kasih kita ucapkan kepada rakan-rakan kita di PAS yang dari awal lagi bersetuju menyerahkan calon PRK Tg. Piai kepada Barisan Nasional namun akan bersama-sama dengan jentera pilihanraya Barisan Nasional PRK Tg. Piai untuk merampas kembali kerusi Parlimen Tg. Piai atas semangat Muafakat Nasional...

Dalam 3 PRK yang dimenangi oleh Barisan Nasional, PAS tidak pernah menimbulkan masaalah dalam penentuan calon PRK dan PAS bersungguh-sungguh menggerakkan jentera pilihanraya mereka, walau pun bukan calon PAS yang bertanding...

Inilah semangat setiakawan yang rakyat Malaysia mahukan...

In Sya Allah, bila tiba masanya, jentera pilihanraya Barisan Nasional pula akan bersungguh-sungguh membantu seandainya calon PAS bertanding sama ada dalam mana-mana PRK yang akan datang atau dalam PRU 15 nanti...


Kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional, buatlah pertimbangan dan keputusan yang bijak...

Dari satu sudut yang lain, ada baiknya kalau kepimpinan Barisan Nasional meletakkan calon MCA, ianya boleh dijadikan kayu pengukur terhadap sokongan masyarakat Cina kepada Muafakat Nasional dan juga kepada MCA khususnya...

Apakah disebalik kesempitan dan keperitan hidup akibat kegagalan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara dengan baik, pengundi Cina masih lagi menjadi TOTOK kepada DAP?


Penyandang asal kerusi parlimen Tg. Piai adalah PPBM dan kalah atau menangnya calon Barisan Nasional tidak akan mengubah kerajaan pusat...

Tapi mesej dari pengundi Tg. Piai sangat penting untuk diteliti oleh Barisan Nasional...

Apakah rakyat Malaysia khususnya pengundi Cina benar-benar sudah bersedia berkerajaankan gabungan parti dalam Muafakat Nasional?

Kesilapan dalam membuat keputusan akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan kepada aura Muafakat Nasional...


Admin juga melihat tindakan parti PUTRA untuk turut bertanding di PRK parlimen Tg. Piai kalau Barisan Nasional dan Pakatan Harapan meletakkan calon bukan Melayu bukanlah satu keputusan yang tepat, malah boleh menyulitkan keadaan...

Adakah Ibrahim Ali mahu memecahkan undi Melayu supaya memberi laluan kepada calon MCA (Barisan Nasional)...


Sekiranya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan meletakkan calon Cina, maka calon Barisan Nasional akan hadapi laluan sukar kerana belum tentu pengundi Cina di Tg. Piai akan beralih arah ke MCA dan dalam masa yang sama undi Melayu akan berpecah!!!

Adalah jauh lebih baik dan praktikal, sekiranya Ibrahim Ali membawa Putra untuk bergabung dalam Muafakat Nasional...

Kita mengharapkan pertandingan 2 penjuru antara Muafakat Naaional dan Pakatan Harapan kerana banyak petanda dan petunjuk yang akan kita perolehi dari keputusan PRK Parlimen Tg. Piai...

Matlamat utama kita adalah kemenangan di PRU 15 dan bukannya di PRK Parlimen Tg. Piai...

Janganlah mula ditimbulkan perpecahan dengan berebut-rebut mahu bertanding dalam PRK atau PRU 15 nanti...

Kita tak mahu, walau pun menang di PRK Parlimen Tg. Piai, tapi akhirnya kita cuma akan menang bersorak tetapi kampung kita tetap tergadai!!!

0 comments:

fda

Archives