Wednesday, October 9, 2019

Gendang Perang Dah Berbunyi, Beranikah Anwar Lakukan Serangan, Mampukah Dr. Mahathir Bertahan


Kehadiran Azmin di Kongres Melayu, malah turut duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin utama parti politik Melayu semasa sidang media di Kongres Melayu yang diadakan baru-baru ini cukup membongkarkan pada kita apa sebenarnya yang tersirat di sebalik yang tersurat antara hubungan 'cinta tiga segi' antara Mahathir, Anwar dan Azmin...

Penganjur memberi alasan, kononnya sebab Anwar tidak dijemput adalah kerana urus setia tidak mengiktiraf parti PKR pimpinan Anwar sebagai parti politik orang Melayu...

Alasan dangkal penganjur disambut dengan sinis oleh orang ramai kerana kalau Anwar tidak dijemput atas alasan PKR tidak diiktiraf sebagai parti politik orang Melayu, maka atas kapasiti apa pula Azmin dijemput?

Dah terang lagi bersuluh, ada agenda politik yang tersembunyi yang mahu ditontonkan oleh Dr. Mahathir pada orang Melayu, khususnya pada otai reformasi yang pro Anwar...

Hentikan lamunan dan angan-angan untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke 8 kerana Anwar akan mencipta sejarah politik dunia sebagai 'Prime Minister In Waiting' yang tiada kesudahan dalam sejarah politik dunia...

Beranikah Anwar Bertindak Balas?


Sedari awal, ramai dah meramalkan 'hubungan baik' antara Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahin tak akan kekal tapi permusuhan antara kedua mereka akan berpanjangan...

Dr. Mahathir pantas mengambil kesempatan bila melihat perpecahan dalam PKR akibat perebutan jawatan Timbalan Presiden antara Azmin dan Rafizi yang didokong oleh Anwar...

Dr. Mahathir melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin, yang ketika itu adalah Menteri Besar Selangor sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Sokongan terbuka Dr. Mahathir pada Azmin terzahir bila secara terbuka mempertahankan Azmin dalam kes Semburit...

Ramai mempertikaikan sokongan Dr. Mahathir pada Azmin dalam kes itu kerana atas isu dan alasan yang sama, pada tahun 1998, Dr. Mahathir menyingkirkan Anwar...

Dengan sokongan terbuka Dr. Mahathir pada Azmin, jelas pada Anwar, beliau perlu lebih berhati-hati dengan permainan politik Dr. Mahathir...

Anwar juga sedar, musuh politik beliau sekarang bukan hanya Dr. Mahathir tetapi juga Timbalan Presiden beliau iaitu Azmin Ali...

Anwar tahu dan sedar, bila berada di puncak kuasa, Dr. Mahathir mampu dan sanggup lakukan bila merasa ada pihak yang cuba menyingkirkan beliau...

Malah Anwar sendiri pernah merasakan betapa bisanya sengatan Dr. Mahathir...

Apa pilihan yang Anwar ada sekarang?

Berdiam sambil mengharap, ia akan hanya membuatkan Azmin melangkah lebih hampir untuk merampas jawatan Perdana Menteri yang nampak semakin sukar laluannya pada Anwar...


Bangun dan bertindak, akan membuatkan Dr. Mahathir menggerakkan buah caturnya yang terakhir dan akan mengakibatkan 'check mate' dalam karier dan impian politik Anwar (BACA DI SINI)...


Jadi Anwar mesti melakukannya dalam senyap supaya tak dapat dihidu oleh Dr. Mahathir, tapi bolehker?


Tapi bila peluang dan ruang terbuka, Anwar PASTI akan lepaskan geramnya...

Sebenarnya Dr. Mahathirlah Punca Perpecahan Bangsa Melayu Selama Ini


Dalam Kongres Melayu baru-baru ini, Dr. Mahathir bercakap tentang perpaduan dan penyatuan Melayu...


Hakikatnya, Dr. Mahathir sendiri yang membuatkan bangsa Melayu menjadi lemah akibat dari berpecah belah (BACA DI SINI)...

Kalau kita imbas kembali, sejak pembabitan Dr. Mahathir dalam politik, di mana saja beliau berada, pasti akan berlaku perpecahan...

Dalilnya, serpihan UMNO yang menubuhkan parti PAS adalah kerana Dr. Mahathir, serpihan UMNO yang menubuhkan parti Semangat 46, juga adalah kerana Dr. Mahathir, serpihan UMNO yang menubuhkan parti PKR, juga adalah kerana Dr. Mahathir, serpihan UMNO yang tubuhkan parti PPBM juga adalah kerana Dr. Mahathir, serpihan UMNO yang tubuhkan parti Warisan juga adalah kerana Dr. Mahathir...


Tidak cukup dengan itu, Dr. Mahathir kini sedang cuba dan sudah hampir berjaya memecahbelahkan parti PKR pula...

Jadi tak perlulah, ada pemimpin UMNO yang cuba membawa masuk Dr. Mahathir ke dalam UMNO atau Barisan Nasional kerana ianya hanya akan memecahbelahkan Barisan Nasional dan juga Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan PAS...

Kita jaga dan suburkan semangat Muafakat Nasional kerana ianya semakin diterima dan disenangi rakyat baik yang di dalam UMNO dan PAS atau pun yang berada di atas pagar...

Barisan Nasional dan Muafakat Nasional TIDAK memerlukan Dr. Mahathir, malah, In Sya Allah, akan menjadi semakin subur tanpa kehadiran manusia yang bernama Mahathir Mohammed...

0 comments:

fda

Archives