Friday, October 4, 2019

Benarkah Kongres Maruah Melayu Bukan Acara Politik?


6 Oktober 2019, PPBM akan anjurkan Kongres Maruah Melayu...

Persoalannya, betulker kongres tu diadakan untuk pertahan dan membela maruah bangsa Melayu?

Atau bangsa Melayu sekali lagi akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik dan peribadi...🤔🤔🤔

Mahasiswa Dipaksa Hadir Ke Kongres Maruah Melayu


Mahasiswa di institut pengajian tinggi DIPAKSA, sekali lagi admin ulang, DIPAKSA bukannya DIJEMPUT untuk hadir ke Kongres Maruah Melayu (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Siap beritahu, kehadiran DIWAJIBKAN, tak hadir berdosa tau adik-adik...😉😉😉

Adik-adik jangan cuba cipta alasan untuk tidak hadir sebab KEHADIRAN AKAN DIAMBIL!!!

Kenapa mereka dipaksa?

Mungkin penganjur yang mensasarkan kehadiran seramai 20,000 orang takut tak dapat capai sasaran...😂😂😂


Bukan saja mahasiswa di IPT DIPAKSA hadir ke Kongres Maruah Melayu, malah kakitangan awam juga dikesan DIPAKSA untuk hadir...

Siap bagi elaun RM30 lagi kannn...😉😉😉

Betulkah Kongres Maruah Melayu Tiada Agenda Politik?


Ketua Eksekutif Seketeriat Kongres Maruah Melayu, Prof. Dr. Zainal Kling, dakwa tak ada agenda politik dalam kongres tersebut...

Betulker...🤔🤔🤔


Selain Dr. Zainal Kling, ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na'aman mendakwa kononnya kongres ini diadakan kerana ancaman golongan 'munafik' yang menyebarkan fitnah dan provokasi untuk mengancam 'keselamatan' negara...

Golongan 'munafik' yang dimaksudkan oleh Dr. Faiz ialah pendokong gerakan Muafakat Nasional...

Admin nak tahu, celah mana yang membolehkan Dr. Faiz menggelarkan golongan penggerak Muafakat Nasional sebagai munafik?

Siapakah yang sebenarnya secara konsisten menyebarkan fitnah dan pembohongan hingga terjadi berbagai huru hara dalam negara?

Siapakah yang menyebarkan fitnah negara akan bankrap hingga menyebabkan para pelabur melarikan diri?

Admin tak mahu sentuh isu 1MDB atau SRC, tapi apakah Dr. Faiz sedar, penderitaan rakyat sekarang adalah akibat dari fitnah ekonomi yang tak henti-henti ditaburkan oleh pemimpin Pakatan Harapan ke seluruh dunia!!!

Dr. Faiz juga mendakwa tatkala kepimpinan dunia terutamanya pemimpin dunia Islam mengkagumi kepimpinan Dr. Mahathir, ada Melayu munafik yang menaburkan fitnah dan cercaan terhadap Dr. Mahathir...


Kepada Dr. Faiz, lihatlah bagaimana layanan pemimpin negara China terhadap Dr. Mahathir sewaktu lawatan rasmi beliau ke sana tahun lepas, lihatlah sambutan pemimpin-pemimpin dunia Islam dan juga pemimpin-pemimpin dunia lain sewaktu Dr. Mahathir memberikan ucaptama di UNGA baru-baru ini...

Adakah penolakan pemimpin dunia pada Dr. Mahathir kerana fitnah yang ditaburkan oleh 'Melayu munafik' yang Dr. Faiz maksudkan?

Jawapannya tidak, Dr. Mahathir ditolak dunia kerana pemimpin dunia dan rakyat Malaysia sendiri adalah kerana 'blaming game' yang dikitar semula oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya, sama ada di dalam atau luar negara...

Zikir 1MDB, salah Najib, salah BN adalah skrip wajib Dr. Mahathir...

Bagi rakyat Malaysia, ianya membosankan tapi bagi Dr. Mahathir, ianya mengujakan dan bagi pemimpin dunia yang lain, daripada dengar CD rosak, lebih baik tinggalkan dewan persidangan...

Kalau benar kepimpinan Dr. Mahathir memang dikagumi, pasti pelaburan luar negara akan berlumba-lumba masuk ke dalam Malaysia kerana keyakinan dunia luar pada Dr. Mahathir!!!

Sejak melancong ke luar negara beberapa kali, sama ada oleh Dr. Mahathir atau menteri-menteri beliau, berapa dirham pelaburan luar negara dibawa masuk?

Dr. Faiz juga mendakwa bila-bila masa saja pertumpahan darah akan berlaku, akibat penyeberan fitnah dan provokasi yang dimainkan oleh pihak tertentu di sosial media...

Admin tak tahu, Dr. Faiz nie baru keluar dari gua mana...


13 Mei 1969 berlaku adalah disebabkan provokasi pihak DAP dan rusuhan kuil Sri Mariamman yang mengorbankan nyawa Allahyarham Mohd. Adib adalah juga kerana kenyataan provokasi tidak bertanggung dari menteri DAP...


P. Ramasamy yang jelas menyokong kumpulan pengganas rasis LTTE juga adalah ahli politik dari DAP...

Dan siapa DAP pada Dr. Mahathir sekarang?

Admin juga mahu bertanya, adakah benar kongres ini ditaja dan perlu mendapat restu dari DAP sebelum boleh digerakkan (BACA DI SINI)...

Lebih ironik, manusia yang menjadi tulang belakang dalam kongres ini adalah manusia yang menghina bangsa Melayu (BACA DI SINI)...


Dan Dr. Mahathir sebagai manusia yang merasa cukup seronok menggelar Melayu pemalas, Melayu pengkhianat, dikatakan akan menyampaikan amanat kepada bangsa Melayu dalam kongres ini...

Hakikatnya, untuk siapakah sebenarnya kongres ini diadakan...

0 comments:

fda

Archives