Thursday, October 31, 2019

Dr. Mahathir Kecewa, Dahlah Calon Pakatan Harapan Kantoi Menipu, Barisan Nasional Pula Letak Datuk Wee Jeck Seng Sebagai Calon PRK Tg. Piai


Kehangatan PRK P165 Tanjung Piai makin dirasakan...

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan saling mengatur strategi untuk memerangkap pihak lawan...

Dalam mengumumkan calon PRK Tg. Piai, Pakatan Harapan telah terperangkap dengan kegelojohan strategi mereka sendiri...

28 Oktober yang lepas, pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti tersebut berkampung di Tg. Piai...


Menyangkakan Barisan Nasional akan mengumumkan calon untuk PRK Tg. Piai pada hari tersebut, Pakatan Harapan yang pada awalnya mahu mengumumkan calon mereka,  pada 30 Oktober telah mengumumkannya pada 28 Oktober...

Sedangkan di pihak Barisan Nasional dan Muafakat Nasional hanya melancarkan jentera pilihanraya pada hari itu...😂😂😂

Ini sudah pastinya memberikan kelebihan pada Barisan Nasional untuk memilih calon yang lebih berkualiti dari calon Pakatan Harapan dan membiarkan mereka terpinga-pinga...🤭🤭🤭

Dr. Mahathir Mahu Barisan Nasional Letakkan UMNO Sebagai Calon Di PRK Tg. Piai, Tapi Kecewa


Ramai yang tertanya-tanya, kenapa Dr. Mahathir berharap supaya Barisan Nasional meletakkan calon dari UMNO dalam PRK Tg. Piai...

Sebenarnya Dr. Mahathir mempunyai muslihat yang cukup busuk di sebalik provokasi beliau tersebut...

Barisan Nasional hanya mempunyai 3 sahaja kompenan yang tinggal...

Sekiranya kita melatah dengan provokasi Dr. Mahathir dan letakkan calon dari UMNO untuk PRK Tg. Piai, dikhuatiri MCA dan MIC akan keluar dari Barisan Nasional...

Kalau ini berlaku, maka Barisan Nasional secara otomatik akan terbubar...

Dalam syarat Pendaftar Pertubuhan Barisan Nasional, mesti ada sekurang-kurangnya 3 komponen dan kalau MCA keluar maka Barisan Nasional telah melanggar syarat Pendaftar Pertubuhan Barisan Nasional, maka akan terbubarlah Barisan Nasional secara otomatik...

Implikasinya ialah, semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telah menang sebelum ini akan bertukar menjadi ahli parti bebas...

Lebih teruk lagi, 2 negeri yang dikuasai Barisan Nasional, iaitu Pahang dan Perlis akan jatuh kepada Pakatan Harapan kerana secara otomatik, Pakatan Hatapan akan mempunyai majoriti yang paling besar dalam Dewan Undangan Negeri...

Inilah sebabnya Dr. Mahathir mahu supaya UMNO letak calon di PRK Tg. Piai...

Dr. Mahathir pasang perangkap dan tanam periuk api melalui provokasi beliau...

Andai Barisan Nasional bubar, maka semua Ahli Parlimen dan ADUN BN tidak lagi boleh dianggap sebagai Ahli Parlimen atau ADUN Barisan Nasional dan tentunya menggembirakan Dr. Mahathir serta parti PPBM kerana itulah yang mereka hajati selama ini...

Apakah PRK Tanjung Piai merupakan noktah akhir Barisan Nasional?

Jika begitu natijahnya macam mana kita mahu meghadapi PRU 15 nanti?

Perlu diingat ROS sedang mengintai untuk mencari punca dan sebab agar UMNO boleh diharamkan?

Tapi kita bersyukur kerana kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO telah berjaya menghidu niat jahat Dr. Mahathir...

Walau pun kita merasa agak terkilan dengan sikap MCA dan MIC yang dilihat seperti mengugut dan mengambil kesempatan dari situasi tersebut, namun atas semangat Muafakat Nasional, marilah kita ketepikan rasa tidak puas hati kerana kita mempunyai agenda yang lebih besar dalam PRU 15...


Bersama-sama kita memberikan sokongan tak berbelah bagi pada calon BN, Datuk Wee Jeck Seng, dalam PRK Tg. Piai...

Cuma apa yang kita harapkan adalah supaya MCA dan MIC lebih mengutamakan kepentingan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional...

Jerat Tak Mengena, Calon PPBM Pula Kantoi Menipu


Tak habis lagi kecewa dengan jerat yang tak mengena, Dr. Maathir dilanda kekecewaan berganda bila calon PPBM untuk PRK Tg. Piai, Karmaine Sardini, didapati MENIPU status pekerjaannya (BACA DI SINI)...


Dalam digital poster yang dikeluarkan oleh PPBM, jelas tercatit Karmaine adalah bekas arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Arkitek ialah satu profesion profesional...

Untuk melayakkan seseorang bergelar arkitek, mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Senibina DAN lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/ Persatuan Arkitek Malaysia (BACA DI SINI)...

Tetapi, Karmaine hanya mempunyai kelayakan setakat Diploma Lanjutan Senibina dan tidak tercatit sama ada beliau telah lilus Peperiksaan Badan Ikhtisas anjuran Lembaga Arkitek Malaysia...

Jelas sekali, Karmaine telah menipu dalam ruangan pengalaman pekerjaan beliau...

Kalau Lim Guan Eng kantoi menipu kerana mengaku sebagai Akauntan bertauluah sedangkan cuma mempunyai Ijazah Perakaunan, calon PPBM PRK Semenyih, Aiman, kantoi menipu kerana memiliki Ijazah Doktor Falsafah, kini Karmaine pula kantoi menipu kerana mengaku sebagai arkitek!!!

Pada pengundi di Parlimen Tg. Piai, tolak calon Pakatan Harapan...

Belum lagi dipilih jadi Ahli Parlimen, dah menipu pengundi-pengundi di Tg. Piai, kalau dah jadi Ahli Parlimen, tentu lenjun rakyat Tg. Piai dikencingnya!!!

0 comments:

fda

Archives