Mat Sabu cuba mempertahankan dividen 2% LTAT dengan menyebarkan propaganda untuk menyalahkan pengurusan lama LTAT terutamanya, pengurusan terdahulu, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin di era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...
Macam biasalah, kalau boleh salahkan Barisan Nasional, nak buat apa mengaku kebodohan sendiri, betulkan Bang Mat...
Sebenarnya ini adalah satu alasan yang nyata dicipta dan sangat tidak adil kepada pengurusan lama...
Tan Sri Dato Lodin Wok Kamaruddin ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak 1982 dan pengarah syarikat konglomerat Boustead Holdings Berhad sejak 1 Julai 1991 sehingga beliau berhenti selepas PRU14...
Kalau betul kata Mat Sabu, 2% tu berpunca dari kelemahan pengurusan LTAT yang terdahulu, mari kita tengok rekod dividen LTAT di bawah Lodin Wok Kamaruddin...
Ini adalah rekod dividen dan bonus LTAT sejak tahun 1982 sehingga tahun 2017, bermula dari mula diambil alih oleh Lodin Wok Kamaruddin sampai beliau bersara atau lebih tepat dipaksa bersara :
1982 - 9.00%
1983 - 8.50%
1984 - 8.75%
1985 - 8.75%
1986 - 8.00%
1987 - 6.50%
1988 - 6.50%
1989 - 7.00%
1990 - 7.50%
1991 - 10.00%
1992 - 11.00%
1993 - 12.00%
1994 - 13.00%
1995 - 13.00%
1996 - 18.25%
1997 - 15.50%
1998 - 13.50%
1999 - 15.00%
2000 - 13.00%
2001 - 10.00%
2002 - 10.00%
2003 - 10.75%
2004 - 15.75%
2005 - 15.75%
2006 - 15.00%
2007 - 16.00%
2008 - 16.00%
2009 - 14.00%
2010 - 14.00%
2011 - 15.00%
2012 - 16.00%
2013 - 16.00%
2014 - 15.00%
2015 - 12.00%
2016 - 12.00%
2017 - 12.50%
Di bawah pimpinan Lodin Wok Kamaruddin dalam selama 36 tahun, purata dividen dan bonus tahunan LTAT adalah 12.24%...
Dividen dan bonus yang baik ini adalah konsisten untuk 36 tahun...
LTAT di bawah pimpinan Lodin Wok Kamaruddin tidak pernah bayar dividen dan bonus 2%...
Terbukti bahawa Lodin Wok Kamaruddin telah berjasa kepada LTAT...
Bagi pada Mar Sabu masa 36 tahun pun, tak tentu Mat Sabu boleh berjaya selesaikan diploma kulinari dia di ITM...
Sebab Sebenar Yang Mat Sabu Cuba Sembunyikan
Boustead Holdings, dengan LTAT merupakan pemegang saham terbesarnya, berkata, penjualan hartanah di Bukit Bintang adalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kumpulan itu untuk kembali mencatatkan keuntungan dengan melepaskan aset bukan strategik yang dimilikinya...
2 aset terbesar LTAT, iaitu Boustead dan Affin Bank mengalami kejatuhan dalam nilai saham mereka selepas PRU 14, Mei tahun lepas...
Nilai saham Boustead jatuh 50%...
Sementara Affin Bank jatuh sekitar 15% tahun lepas, walaupun keuntungan Affin Bank naik sedikit kepada RM500 juta...
Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT mengalami kerugian besar sebanyak RM488 juta berbanding keuntungan RM875juta pada 2017 di bawah pentadbiran Barisan Nasional...
Seperti Khazanah Nasional, Boustead tidak pernah mengalami kerugian selama 9 tahun DS Najib menjadi perdana menteri, tetapi ia tiba-tiba rugi besar tahun lepas!!!
Semua perniagaan Boustead merosot, dengan jualan dalam sektor perladangannya jatuh 21%, kejuruteraan berat 50% dan sektor hartanah susut 7%...
Jadi dengan rancangan Boustead untuk kembali mencatatkan keuntungan dengan menjual asetnya yang bukan-strategik, memberi makna banyak lagi aset LTAT yang sedang dan akan dijual walaupun pasaran dan ekonomi lembab...
Itulah sebabnya mengapa Mat Sabu lambat mengumumkan dividen walaupun Mat Sabu pernah berjanji dividen LTAT akan diumumkan pada Februari 2019...
Hotel Royal Ltd yang disenaraikan di Singapura telah membeli Hotel Royale Chulan daripada Boustead pada harga RM197 juta...
Dan perniagaan Boustead bermasaalah kerana aset mereka mengalami rosot nilai sebaik saja kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbira pusat akibat kejatuhan saham yng paling tragis dalam sejarah Malaysia...
Memburukkan keadaan bila kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk menjual aset-aset strategik Boustead, Hotel Royal Vkùúhulan...
Sudahlah perniagaan semakin merudum, ditambah pula dengan penjualan aset yang mengakibatkan Boustead terus bermasaalah kerana tiada lagi aset bernilai yang boleh dijadik cagaran untuk mengukuhkan aliran tunai kewangan bagi tujuan pemilihan syarotak...
Hakikatnya tiada kesilapan pengurusan terdahulu sebagaimana yang di dakwa oleh Mat Sabu...
Tetapi yang bersalah sebenarnya ialah pentadbiran Pakatan Harapan yang menyebarkan fitnah keadaan hutang semasa yang sebenar dan juga keadaan ekonomi sebenar...
Ini menyebabkan para pelabur hilang keyakinan pada Malaysia dan akibatnya indeka Bursa Malaysia jatuh dengan begitu drastik...
Apabila ini berlaku, maka nilai pelaburan dalam semua sektor akan jatuh nilainya semua aset syarikat akan alami rosot nilai yang teruk...
Dalam bahasa yang mudah, walau pun masih memiliki kuantiti aset yang sama, namun nilai aset yang dimiliki oleh LTAT menguncup...
Inilah yang berlaku kepada LTAT dan juga Tabung Haji dahulu...
Akibatnya, LTAT mengalami masaalah 'acute cash flow' atau kekurangan aliran tunai yang serius...
Lebih memburukkan keadaan bila jalan mudah diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan menjual aset-aset bernilai bagi mengatasi masaalah kekurangan aliran tunai...
Kesan jangkamasa panjangnya ialah, jangan kata LTAT atau Tabung Haji, syarikat konglomerat dunia sekali pun akan runtuh kalau keadaan ini berlarutan...
Jadi henti-hentikanlah untuk menyalahkan pentadbiran atau kerajaan dahulu untuk mentup kebodohan sendiri...
Rakyat dah muntah dengar alasan yang sama berulang kali!!!
0 comments:
Post a Comment