Jumaat lepas, 11 Oktober 2019, Menteri Kewayangan aka Menteri paling kuat menipu, Lim Guan Eng, bentangkan Bajet 2020...
5 hari sebelum tu, Dr. Mahathir sampaikan ucaptama dalam satu kongres yang diberi nama Kongres Maruah Melayu...
Semua orang tahu, tujuan kongres tu diadakan, kononnya untuk memartabatkan semula maruah bangsa Melayu yang mutakhir nie seakan diperkotak-katikkan...
Dan semua orang tahu, mungkin ada golongan yang pura-pura tak tahu, 'funder' kongres nie sebenarnya ialah DAP...
Dan kita juga tahu, kenyataan Kit Siang, Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang kononnya rasa tak senang dengan kongres tu, adalah lakunan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...
Dalilnya ialah, bila Mat Sabu hadir, itu membawa maksud, DAP merestuinya, kalau betul-betul DAP marah, tak mungkin Mat Sabu akan hadir...🤭🤭🤭
Guan Eng Membakul Sampahkan Resolusi Kongres Maruah Melayu Dengan Bajet 2020
Kalau bab mentadbir ekonomi negara, memang Guan Eng aka akauntan tak ada tuliah nie, memang kita akui 'slow'...
Tapi bab menipu dan mengelirukan fakta, Guan Eng memang bijak...
Ramai yang tak sedar, dalam Bajet 2020, Guan Eng bukan saja membaruahkan resolusi Kongres Mahathir tapi juga berjaya mengelirukan ramai masyarakat Melayu...
Pendidikan
Salah satu resolusi yang dibentangkan dalam Kongres Melayu ialah ke arah sekolah satu aliran di Malaysia dalam masa 6 tahun...
Ianya dibentangkan oleh wakil Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fatin Aqilah Rahim...
Memang diakui, kewujudan sistem sekolah vernakular di Malaysia adalah punca utama perpecahan antara etnik menjadi semakin serius...
Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi rakyat Malaysia semakin dipinggirkan oleh masyarakat bukan Melayu...
Ironiknya, dalam Bajet 2020, bukan sahaja tidak menampakkan iltizam kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan rosolusi pendidikan Kongres Melayu, malah makin memperkasakan sekolah vernakular dengan peruntukan dana yang cukup tinggi, melebihi peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan!!!
Keupayaan Ekonomi Bangsa Melayu
Hinanya besi kerana karat, hinanya bangsa kerana melarat...
Matlamat utama Kongres Melayu ialah untuk memartabatkan bangsa Melayu dalam semua bidang, terutamanya ekonomi...
Sejarah membuktikan, bangsa Melayu adalah bangsa pedagang yang berjaya merentasi semoadan antarabangsa sekiranya diberi ruang dan peluang yang sama dengan bangsa lain...
Tetapi, sekali lagi, matlamat utama Kongres Melayu diBARUAHkan oleh Guan Eng dalam Bajet 2020...
Bangsa Melayu dan Bumiputera yang mewakili 70% dari jumlah penduduk Malaysia, hanya diperuntukkan RM50 juta dana untuk PROGRAM Keusahawanan...
Manakala bangsa India yang hanya mempunyai 7% dari jumlah penduduk Malaysia, mendapat dana sebanyak RM20 juta untuk SKIM PEMBANGUNAN Usahawan India...
Dan yang mendapat laba yang terbesar, sudah semestinya bangsa Cina yang hanya mewakili 23% dari jumlah penduduk Malaysia tetapi dianugerahkan dana sebanyak RM100 juta untuk SKIM PEMBANGUNAN Usahawan Cina...
Jelas, DAP mahu jadi pemangkin untuk memperkasakan ekonomi bangsa Cina dan India secepat mungkin dan dalam masa yang sama menekan bangsa Melayu Bumiputera dengan menyediakan pentas saingan yang berat sebelah!!!
Kalau kita teliti, ada perbezaan antara SKIM PEMBANGUNAN dengan PROGRAM KEUSAHAWANAN!!!
Pemberian Istimewa Untuk Pemilik Syarikat Yang Majoritinya Adalah Bangsa Cina
Bagi setiap sen yang dibelanjakan untuk masyarakat Melayu, pasti ada jumlah yang lebih besar diberikan kepada bangsa lain, terutamanya Cina...
Setiap graduan yang memasuki pasaran pekerjaan Skim Siswazah Menganggur, akan diberikan elaun RM500 sebulan...
Syarikat yang mengambil mereka berkerja pula diberikan insentif sebanyak RM300 bagi setiap siswazah yang diambil berkerja...
Nyata pemilik syarikat akan mendapat keuntungan berganda melalui skim ini...
Pertama, syarikat akan memiliki tenaga kerja profesional tapi dengan bayaran gaji yang jauh lebih rendah dari Mat Bangla di Malaysia...
Kedua, dapat pula imbuhan RM300 dari kerajaan DAP Pakatan Harapan...
Bila dicampur tolak, syarikat hanya perlu membayar gaji serendah RM200 untuk mendapatkan pekerja yang bergelar graduan!!!
Serendah itukah taraf graduan kita?
Kebanyakan graduan adalah bangsa Melayu dan kebanyakan taukey adalah bangsa Cina...
Selain itu, DAP cuba menanamkan doktrin graduan Melayu hanya layak menjadi kuli..
Mengapakah graduan-graduan ini tidak dibimbing untuk menubuhkan syarikat sendiri secara berkelompok dan bernaung dibawah satu konsortium yang dibimbing di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan...
Dana sebanyak RM800 untuk seorang graduan menganggur itu boleh dikumpulkan untuk menanggung kos pentadbiran diperingkat awal...
Disamping dapat mengatasi masaalah graduan menganggur, negara juga akan dapat melahirkan usahawan-usahawan muda yang inovatif dari kalangan graduan...
DAP Membuka Ruang Yang Luas Kepada Warga Asing Dalam Pemilikan Hartanah Negara
Sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita akui atau tidak, inilah satu langkah yang akan menghalau orang Melayu dari bandar-bandar besar ke kampung-kampung atau hutan (BACA DI SINI)...
Jumlah warga asing yang sudah dibawa masuk melebihi suku juta orang atau 250,000 (BACA DI SINI)...
Warga asing ini bukanlah dari golongan B40 tetapi mereka adalah dari golongan ahli perniagaan yang kaya raya...
Sudah pasti mereka akan memonopoli kediaman di bandar apabila warga asing dibenarkan untuk membeli dan memiliki hartanah yang bernilai RM600,000 ke atas berbanding dengan hartanah yang bernilai RM1 juta ke atas sebelum ini...
Ini akan memberi ruang kepada DAP untuk mendesak supaya pilihanraya PBT diadakan dengan alasan majoriti penduduk di bandar adalah warga asing berbangsa Cina dan mereka mempunyai hak untuk mempunyai seseorang yang boleh mewakili suara mereka...
Maka segala peluang dan aktiviti ekonomi utama negara akan dimonopoli oleh kaum pendatang dan bangsa Melayu akan kembali dihalau ke kampung-kampung atau pinggir hutan...
Jadi, maruah apa atau siapa yang dibela oleh Kongres Mahathir...
Bajet 2020 jelas menyediakan laluan mudah untuk memperkasakan bangsa pendatang dan membangsatkan bangsa Melayu dan Bumiputera...
Buat pertama kali, admin bersetuju dengan Anwar, Kongres Mahathir adalah KONGRES BARUAH dan Bajet 2020 dah mengesahkan betapa BANGSATNYA nasib bangsa Melayu apabila DAP mendapat kuasa!!!
0 comments:
Post a Comment