Monday, April 24, 2017

Sahabat Mugabe jadi penasihat, Diktator atau Tunggul?


Di sebuah ceramah baru-baru ini, Tun Mahathir meletakkan dirinya sebagai "Penasihat" kepada Pakatan Harapan.

Di dalam ceramahnya, Tun M mengatakan bahawa adalah harapan beliau pucuk kepemimpinan Pakatan tidak akan menolak "nasihat" beliau sepertimana Tun Abdullah Badawi dan DS Najib sebelum ini.

Maka, adalah suatu kesimpulan jelas bahawa kempen untuk menumbangkan DS Najib sebenarnya timbul dari kemarahan Tun Mahathir di sebabkan DS Najib tidak mengambil "nasihat"nya.

Sebagaimana Tun M memerintah, secara "out of the box" sebegitulah beliau pasca pemerintahannya berakhir lebih dari 10 tahun dahulu.

Tidak ada struktur di dalam UMNO dan juga kerajaan, seseorang boleh memerintah secara proksi melalui seorang Perdana Menteri yang di lantik secara sah.

Di dalam Perlembagaan negara, hanya seorang sahaja boleh menasihatkan Perdana Menteri, yakni Ke Bawah DYMM SPB YDP Agong.


Hasrat Tun M untuk memerintah secara proksi juga boleh di kesan apabila beliau mencadangkan penubuhan "Majlis Orang Tua" (sic) atau "Council of Elders".

Sekali lagi saya maklumkan bahawa jika adanya satu-satu institusi yang boleh memainkan peranan sebegini adalah Majlis Raja-Raja, dan bukan seorang bekas Perdana Menteri yang memikirkan beliau mempunyai kuasa veto ke atas seorang Perdana Menteri, sekaligus melangkau kedaulatan Perlembagaan, institusi YDP Agong dan Parlimen.

Sesungguhnya, sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir memang berlaku dan bertindak secara efektif sebagai seorang diktator (demokrasi terpimpin, katanya).

Nampaknya, Tun Mahathir telah melantik dirinya jawatan "Diktator Seumur Hidup" - Dictator for Life - tidak ubah dari sahabat karibnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.

----------------

Berita berikut mengesahkan:

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/04/06/mahathir-tolak-jawatan-menteri-kanan-penasihat-tidak-rasmi-ok/

Sesuatu yang pernah dicadangkan jadi penasihat bersama wan azizah:

http://babab.net/out/mahathir-dan-wan-azizah-penasihat-bersama-pakatan-harapan.html

Adakah nasihat Mahathir diterima seperti penasihat british atau dia jadi tunggul seperti penasihat melayu?

Sediakah DAP dan pakatan terima nasihat keling?

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/04/walau-madey-tak-setuju-ph-dah-setuju-gst.html



0 comments:

fda

Archives