Monday, April 17, 2017

Mahathir tinggalkan PPBM, kecewa Mukhriz blur, kerjasama bodoh Mahfuz


Khabarnya Mahathir akan tinggalkan PPBM dan biarkan Mukhriz di PPBM bersama Muhyiddin. Dia sedar kedua-dua ini tidak oleh ke mana. Kini berhadapan dengan krisis disebabkan Mukhriz dan Muhyiddin berserta orang-orangnya.

Cembruru dia bila Mat Badsyah lagi rajin bekerja berbanding dengan Mukriz:



Malah sebagai pembangkang, Mukhriz timbulkan isu pun mudah kena  smash kaw kaw di DUN Kedah:

Antara isi dan kuah.

1. RM1.3 juta dibelanjakan kunun untuk Bengkel transformasi selama seminggu untuk cadangan idea dari cerdik pandai bangunkan Kedah. Namun bengkel habis, duit habis compilation of ideas dalam bentuk manuskrip sehinggalah Mukhriz letak jawatan MB langsung tak kelihatan.

2. RM 2 juta wang Yayasan Islam dibelanjakan dalam tempoh 2 bulan bagi kursus transformasi ESQ di Mentalon. Dengan libatkan pelbagai jabatan tapi hasil atau isinya tak kemana.Jelas sekali lagi Mukhriz menceroikan wang milik negeri.

3. RM2.1 juta dibelanjakan setahun untuk bayar gaji 19 orang pegawai khas Mukhriz termasuk tukang lap kasut namun sekali lagi khidmat mereka itu tidak pun serat rata menjalarnya ke seluruh negeri.

4. RM1.8 juta dihabiskan hanya semalamam untuk program Ya Ha Na Na. Dikoreknya duit SADA, PKNK DAN BDB namun apa dampaknya? Sekali lagi itulah bukti Mukhriz makan isi..rakyat hanya hirup kuah. Ahmad Bashah belanjakan RM2 juta, 80 ribu isi rumah dapat merasa melalui insentif Barakah.

5. 3 tahun Mukhriz mentadbir hanya 12 dasar dan pendekatan retorik dilaksana..Economic growth tak ketara. Banyak projek sangkut..Bandingkan cuma dalam tempoh setahun Bashah mentdbir 37 dasar dan program merakyat dilaksana dengan semua kluster masyarakat disantuninya.

6. Cukup cukuplah dulunya anak bangsawan dan kawan rakannya makan isi..namun rakyat marhein sekadar hirup kuahnya. Sebelum terlupa elok ditanya akaun MBI Di zaman urustadbir Mukhriz.

7. Kerajaan Pakatan tinggalkan cash di tangan RM40 juta.Bila Mukhriz tinggalkan pejabat MB, dan Bashah mengganti baki akaun MBI hanya tingga RM1.8 juta. Kemana wang berkenaan dibelanjakan? Apa yang Mukhriz gunakan? Apa manfaat yang rakyat Kedah perolehi?.

8. Segalanya kekal menjadi Misteri serata rata.

Catatan Boboi FC

 
-----------------------------
 
MUKHRIZ TERASMI SELAKU MAT BLUUR: SEPINTAS LALU SIDANG DUN KEDAH. 

1. 82 SOALAN bertulis, 95 soalan mulut dikemukakan dengan hanya 1 soalan berkaitan air ditanya itupun Mukhriz Mat Bluur boleh merungut dlm IG NYA kenapa persoalan penting berkaitan air khususnya persediaan menjelang Ramadhan tidak disentuh kerajaan negeri kali ini.

2. Inilah spesis bodoh dan bebal. Ego sombong.Jika soalan tak dikemukakan bagaimana mungkin jawapan mahu diberikan.

3. Dan apabila diteliti soalan yang dikemukakan Mukhriz jelas 2 perkara. Pertama soalan bersift meroyan yang menyentuh dasar utama yang memerlukan tindakan dan iltizam pelaksanaanya oleh seorang MB.

4. Nyata apabila Bashah berupaya melaksankan tugasnya lebih baik berbanding Mukhriz maka timbul keluh kesah dihatinya dan mulalah meracau bertanyakan soalan bluur.

5. Demikian juga soalan beliau banyak dikutip dari fb, tepi jalan tanpa sandaran kajian kukuh atau dari sumber yang jelas. Apa signifikan soalan beliau rasional kerajaan negeri merobohkan Stdium Darul Aman.

6. Adakah stadium dirobohkan? Bila dikeluarkan kenyataan rasmi yang menzahirkan stadium akan dirobohkan.Keputusan EXCO bilangan ke berapa yang meluluskan perobohan?. Jawapannya tidak wujud langsung jawapan bagi soalan tilikan bersifat bluur yang ditanya itu.

7. Apa sekadar yang ada ialah cadangan draf pembangunan struktur MBAS 2017-2035 yang mencadangkan tapak stadium sedia ada dipindahkan ke tapak lebih sesuai selaras dengan kepesatan urbnisasi dan sebagai keperluan jangka panjang.

8. Demikian juga bluur dan kelirunya beliau berhubung litar lumba. Dengan kos 30 juta litar lumba ini memang bertaraf antarabangsa dan sesuai serta boleh digunakan untuk perlumbaan F3. Namun tumpuan lebih kepada penganjuran cup prix kerana ia sesuai dengan konsep litar lumba rakyat untuk gilap potensi pelumba biasa dari kalangan marhein. Itu tujuan pembinaan litar ini. Bukannya seperti Sepang yang digahkan. Menjadi penganjur bertaraf global dengan wang rakyat dihabiskan setahun 400 juta namun tiada seorangpun kelibat pemandu dari Malaysia.

9. Demikianlah Mukhriz. Sikap bluur dan meroyannya makin teruk setelah hilang jawatan MB. Bertepatan gelaran diberikan Mahfuz Bean @ Biadap pada Mukhriz dengan gelaran Mat Bluur. Jika Mukhriz kian Bluur maka hari ini tanggal 10 April pula Mahfuz menambah stu lagi gelaran dirinya dengan cuba mensarkas dan badutkan kemuliaan sidang DUN KEDAH.

10. Apabila Bluur digabungjalin bersama Sarkas maka lengkaplah satu ikatan kelompok BADUT BERGENTAYANGAN. Fokus tiada arah tujuan.

11. Maka hiduplah mereka dalam ilusi berterusan..ada ataupun tiada tidak membawa sebarang keuntungan. Melainkan merasa diri bak merak kayangan..tapi hakikatnya adalah gagak pemakan bangkai...

Catatan Mat Bluur FC.
 
-------------------------
 
Untuk divert keboboiannya, lalu Mukhriz bayar Mahfuz untuk kurang ajar di DUN dan buat sandiwara:
 








0 comments:

fda

Archives