Penghujung bulan Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memaklumjkan kerajaan akan meyemak semula pembebasan 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).
Beliau memberi jaminan akan berbincang dengan pegawai tertinggi sama ada dari PDRM dan Kementerian Dalam Negeri.
Hamzah menambah :
"Isu terrorisme bukan hanya masalah dalam negara, tetapi juga di seluruh dunia".
"Jika perlu, kita ambil tindakan tegas yang sewajarnya mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada"
Untuk rekod, seramai 12 individu ditahan PDRM pada Oktober 2019, di mana 2 di antara mereka adalah ADUN Seremban Jaya (DAP), P. Gunasekaran dan ADUN Gadek (DAP) yang juga bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, G. Saminathan.
Namun kesemuanya telah dibebaskan oleh mantan Peguam Negara, Tommy Thomas (BACA DI SINI).
Perkembangan terkini menyaksikan, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa, telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada hari Rabu (hari ini) (BACA DI SINI).
"Tahun lepas, saya beri komen di Malaysiakini berkenaan tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas 2012 SOSMA) yang dikatakan melibatkan LTTE dan menjelaskan pandangan 'deep state' (daulah terpendam).
Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, banyak kes-kes yang membabitkan DAP telah dilepaskan begitu sahaja oleh Peguam Negara lantikan DAP, Tommy Thomas (BACA DI SINI).
Antara kes berprofil tinggi yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk di buka semula ialah kes Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng (BACA DI SINI). dan kes salah guna kuasa Lim Guan Eng dalam pembelian banglo di Jalan Pinhorn (BACA DI SINI).
Namun bukan sahaja kes-kes pemimpin DAP perlu dibuka semula tetapi Tommy Thomas juga perlu disiasat di atas campur tangan beliau dalam kes kematian Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI).
Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan, kesemua pemimpin Pakatan Harapan seolah-olah mempunyai kekebalan dari undang-undang, namun selepas kejatuhan Pakatan Harapan, kes-kes yang membabitkan mereka perlu disemak semula termasuk mantan Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Dr Mahathir.
Tegakkan semula 'Rule of Law' atau Kedaulatan Undang Undang Malaysia.
0 comments:
Post a Comment