MPT PPBM selesai menggadakan mesyuarat dengan Presiden PPBM yang juga merangkap Pemangku Pengerusi PPBM, Muhyiddin Yassin pada 4 Disember 2020 jam 11.50 malam.
Dalam mesyuarat tersebut, MPE PPBM telah mengesahkan keahlian 5 orang ahli PPBM, mantan Pengerusi, Dr. Mahathir, mantan Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir, mantan Ketua Armada, Syed Saddiq serta Maszll Malik dan Amiruddin Hamzah telah terhenti aka dipecat dari PPBM.
Mereka berlima disahkan bukan lagi ahli PPBM ysng berdaftar.
Di hari yang sama, Dr. Mahathir pula mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan.
Yang menarik, pertemuan Dr. Mahathir dengan pemimpin Pakatan Harapan yang terdiri dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Presiden Warisan Shafie Apdal, mantan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dan mantan Setiausaha Agung PPBM, Marzuki tanpa kelibat Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim (BACA DI SINI).
Pertemuan Dr. Mahathir dengan pemimpin Pakatan Harapan tanpa Anwar Ibrahin atau mana-mana wakil PKR itu adalah kali kedua.
Untuk rekod, kali pertama adalah selepas Parlimen bersidang semasa mereka membuat sidang media di lobi Parlimen.
Sementara itu di sebelah malam pula, Pengerusi PPBM dan Presiden PKR pula mengadakan pertemuan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution tanpa ada kelibat Dr. Mahathir atau mana-mana wakil dari beliau (BACA DI SINI).
Dalam satu artikel yang ditulis oleh Sofea Amelia dan disiarkan oleh MYKMU.NET menyatakan kononnya Dr. Mahathir telah bersetuju Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya sekali lagi dengan syarat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (BACA DI SINI).
Pertemuan berasingan Dr. Mahathir dan Anwar bersama pemimpin PPBM adalah petanda yang sangat jelas kepada kita, sebenarnya Pakatan Harapan masih belum dapat menyelesaikan masaalah terbesar yang menghantui mereka dan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan yang mereka tubuhkan selama 22 bulan, iaitu siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir atau Anwar Ibrahim.
Dan kalau rakyat memberikan mereka mandat sekali lagi dalam PRU 15, kemelut yang sama tetap akan berulang.
Pakatan Harapan terutamanya DAP sedar, mereka perlukan sokongan undi Melayu sekiranya mahu kembali ke Putrajaya sekali lagi dan untuk itu mereka perlukan Dr. Mahathir.
Namun Pakatan Harapan juga sedar, sokongan undi Melayu kepada Dr. Mahathir semakin merudum sejak kebelakangan ini dan memburukkan keadaan lagi, Pakatan Harapan berisiko akan kehilangan Ahli Parlimen PKR sekiranya Anwar Ibrahim yang sudah 2 kali dipermainkan Dr. Mahathir bertindak balas.
Dan dalam keadaan sekarang di mana Dr. Mahathir sudah tersingkir dari PPBM, Pakatan Harapan juga sedar Dr. Mahathir lebih memerlukan Pakatan Harapan dari Pakatan Harapan memerlukan Dr. Mahathir.
Namun sekiranya Pakatan Harapan mencalonkan Anwar Ibrahim dan tidak mendapat persetujuan dari Dr. Mahathir, Pakatan Harapan terutamanya DAP tahu pengaruh Anwar tidak cukup kuat untuk membawa mereka sekali lagi ke Putrajaya.
Anwar sudah melakukannya dalam 4 Pilihanraya Umum tetapi terbukti gagal.
Sebenarnya, tiada dan tidak akan ada persefahaman antara Dr. Mahathir dan Anwar mengenai perebutan siapa bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya kembali ke Putrajaya.
Sebab itulah pertemuan antara Dr. Mahathir dan Anwar terpaksa dilakukan secara berasingan.
Pertemuan antara Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan pastilah membincangkan hasil pertemuan pemimpin parti Pakatan Harapan dengan Dr. Mahathir, manakala pertemuan dengan Dr. Mahathir pula membincangkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya kembali ke Putrajaya atau mungkin membincangkan bagaimana hendak menyingkirkan Anwar sekali lagi dari perebutan kerusi Perdana Menteri!!!
0 comments:
Post a Comment