Tuesday, June 2, 2020

GPS Sarawak Dan PPBM Sabah Sokong Muhyiddin, Celah Mana Dapat Angka 129 Tu?


Ada pihak dakwa Dr. Mahathir sudah ada nombor yang cukup untuk jatuhkan Muhyiddin Yassin.

Betulkah apa yang didakwa atau hanya sekadar psywar dari team Dr. Mahathir?

GPS Sarawak Sudah Nyatakan Sokongan Kepada Muhyiddin


Tidak pelik kalau GPS Sarawak keluarkan kenyataan menolak sokongan kepada Dr. Mahathir (BACA DI SINI).


Kerana walau pun sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali selama 22 tahun + 22 bulan, Dr. Mahathir sering mengingkari janji beliau kepada Sarawak.

Malah Sarawak dianggap sebagai negeri kelas oleh Dr. Mahathir.

Hanya selepas DS Najib menjadi Perdana Menteri, barulah pembangunan rancak di Bumi Kenyalang itu.

Maka sudah jelas Ahli Parlimen dari GPS menolak Dr. Mahathir.

GPS Sarawak mempunyai 19 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Setakat ini kesemua mereka menyatakan sokongan padu untuk mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

PPBM Sabah Nyatakan Sokongan Kepada Muhyiddin


Sementara itu, PPBM Sabah sudah keluarkan kenyataan mereka menyokong kepimpinan Muhyiddin secara rasmi

Ini bermakna 5 Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM tidak akan menyokong undi tidak percaya yang akan diusulkan oleh Dr. Mahathir (BACA DI SINI).


Perkiraan yang cukup sudah.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan sebelum tumbang ialah 125 orang.

Namun, sewaktu Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu, kedudukan sudah berubah menjadi 115 Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan 107 Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Walau pun dijangkakan akan ada Ahli Parlimen yang akan melompat, namun bukan dari kerusi kerajaan kepada kerusi pembangkang tetapi dari kerusi pembangkang kepada kerusi kerajaan.

Angka 129 yang digembar gemburkan itu bukanlah angka baru yang diperolehi tetapi adalah angka sokongan Ahli Parlimen yang bersetuju membentuk kerajaan tanpa DAP sewaktu kemelut politik Februari lalu (BACA DI SINI).

Ia sengaja dikitar semula sebagai serangan psikologi kepada Perikatan Nasional.

Hakikatnya, Dr. Mahathir semakin kehilangan kepercayaan bukan sahaja dari Pakatan Harapan malah dari PPBM sendiri.

0 comments:

fda

Archives