Penyelewengan, salah laku dan rasuah Armada terbongkar.
SPRM telah menahan 5 orang pemimpin Armada untuk disoal siasat dalam kes penyelewengan dana kerajaan dan kutipan derma dari orang ramai (BACA DI SINI).
Bermula dari lapuran kehilangan RM250,000 tunai dari simpanan Syed Saddiq, kini terbongkar banyak lagi penyelewengan duit dana Kementerian Belia dan Sukan sewaktu Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan hingga penyelewengan duit hasil dari kutipan derma orang ramai (BACA DI SINI).
Modus operandinya mudah.
Tubuhkan syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise, kemudian buka akaun simpanan dan war-warkan kepada orang ramai bahawa tujuan penubuhan adalah untuk tujuan kebajikan
Kutipan derma tetap diteruskan walau pun syarikat yang ditubuhkan sudah ditamatkan operasinya oleh ROS.
Bila ada berita tentang kemalangan atau pun kematian, maka ini bermakna ia adalah rezeki kepada puak-puak Armada yang berhati haiwan ini.
Duit kutipan derma itu akan dikeluarkan dan diisytihar sebagai digunakan untuk tujuan kebajikan tetapi sebaliknya ia disimpan dalam bentuk tunai untuk mematikan 'money trail' duit haram tersebut!!!
Sebab itu bila SPRM buka kertas siasatan RM250,000 Syed Saddiq, maka tembelang Armada terbongkar satu persatu.
SPRM jumpa RM400,000 tunai dalam almari bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, yang cuma mempunyai jawatan dalam parti dan baru 22 bulan dilantik ke jawatan lantikan politik dalam KBS adalah sesuatu yang sangat-sangat meragukan.
Rafiq juga disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Kementerian Belia dan Sukan sebanyak R50 juta sewaktu Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan (BACA DI SINI).
Malah dari sumber yang dipercayai, dilapurkan sebanyak RM120,000 telah dipindahkan ke dalam akaun ASB peribadi Syed Saddiq (BACA DI SINI).
Apa yang dilakukan oleh budak-budak Armada ini ibarat mengambil kesempatan di atas kesempitan orang adalah sangat-sangat menjijikkan.
Kita 'throw back' gunakan mesin masa, di dalam Dewan Rakyat, Syed Saddiq pernah bersumpah menggunakan nama Allah SWT bahawa beliau akan bersara sekiranya terdapat kegiatan rasuah atau salah guna kuasa dalam Kementerian Belia dan Sukan yang beliau terajui ketika itu (BACA DI SINI), maka persoalannya, apakah Syed Saddiq kini sedang ditimpa sumpah beliau sendiri?
Dengan perkembangan terbaru ini, apakah Dr Mahathir sekali lagi akan memanggil wartawan asing untuk membuat sidang media?
0 comments:
Post a Comment