Monday, June 1, 2020

RM50 Juta Untuk Satu Undi Tidak Percaya?


Dr. Mahathir sedang mengamuk.

Apa saja yang dia lakukan untuk dapat balik kuasa yang dia sendiri lepaskan pada akhir Februari lalu tidak menjadi.



Dan jangan lupa, bila Dr. Mahathir marah, beliau akan menjadi seorang yang cukup merbahaya, seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor.

Seperti yang Joceline Tan tulis dalam The Star, "Mahathir On The Warpath" (BACA DI SINI).

Tetapi Dr. Mahathir sekarang berada dalam keadaan yang jauh berbeza dari sebelum ini.

Sangat jelas bagi DAP, Dr. Mahathir sudah tidak ada 'political value' yang boleh membawa mereka kembali ke Putrajaya.

Anwar pula ibarat sudah membakar jambatan dengan Dr. Mahathir.

Tindakan Anwar dan PKR boikot sidang media yang Dr. Mahathir adakan selepas Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu adalah mesej yang cukup jelas kepada Dr. Mahathir bahawa Anwar sudah tidak mempercayai beliau lagi.

Tapi Anwar pun lemah. 

Saki baki 1/3 PKR sudah letih dan muak mengikut telunjuk DAP yang jelas menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan jelas sudah tidak bersama Dr. Mahathir.

Penyokong Dr. Mahathir cuma tinggal beberapa kerat dalam Parlimen.

Dalam PPBM, parti yang diasaskan Dr. Mahathir atas ehsan DAP pun cuma tinggal segenggam pentaksub dan yang konon berprinsip tapi dah ke gaung.

Bila-bila masa Muhyuddin boleh campak keluar.

Hendak harapkan penyokong dalam selimut UMNO untuk bawa Dr. Mahathir balik kepada UMNO, mereka mesti fikir panjang sebab hampir keseluruhan akar umbi UMNO sudah berikan mesej yang sangat jelas menolak malah sangat-sangat membenci Dr. Mahathir.

Dari bawa balik Dr. Mahatir, lebih baik bawa balik Muhyiddin ke pangkuan UMNO.

Dr. Mahathir Akan 'Shopping' Sakan Untuk Penuhi Nafsu Sarakah Politik Beliau


Satu-satunya pilihan yang Dr. Mahathir ada ialah dengan membeli seberapa ramai yang boleh Ahli Parlimen supaya menyokong undi tidak percaya yang akan beliau adakan nanti.

Ini adalah strategi terakhir dan Dr. Mahathir berada dalam keadaan 'DO' or 'DIE'.

Sekiranya gagal membeli Ahli Parlimen, Dr. Mahathir bakal mengakhiri karier politik dan mungkin juga hayat beliau dalam keadaan yang cukup hina.

Bukan sahaja beliau akan diingat sebagai pemimpin yang ditolak oleh gabungan parti dalam Pakatan Harapan, malah ditolak oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Rakyat pula akan mengingati beliau sebagai Bapa Kehancuran Negara.

Segala jasa-jasa beliau (sekiranya layak dipanggil jasa) selama 22 tahun akan terhapus.



Deretan kes mahkamah berkenaan salah guna kuasa, rasuah dan AMLA akan menunggu Dr. Mahathir.

Jadi, untuk mengelakkan itu semua berlaku, beli sahaja Ahli Parlimen.

Untuk membayar seorang Ahli Parlimen RM10 juta atau RM20 juta atau RM50 juta bukanlah masaalah yang besar bagi Dr. Mahathir yang memiliki kekayaan beratus bilion ringgit.

Tawar menawar dijangka akan berlaku dan mungkin sedang berlaku sekarang ini.

Dr. Mahathir pun sudah beberapa kali bagi clue, Muhyiddin mempunyai majoriti yang sangat sedikit, kalau 3 atau 4 orang Ahli Parlimen berpaling tadah, Muhyiddin akan jatuh.

Broker-broker sedang hadapi hari-hari yang sibuk sekarang ini hingga Parlimen bersidang pada Julai nanti.

Pelacur-pelacur politik akan menanti-nantikan kedatangan broker kepada mereka.

Persetankan prinsip dan perjuangan politik dan parti.

Hanif Khatri and gang did meet and claimed to have consummated a deal on raya ke dua.


Claimed PM, DPM sorted out and agreement with PH has specific terms.

Shahbudin started drumming up. 

RPK overspin Shahbudin punya spin dengan mendakwa Dr. Mahathir sudah ada 129 sokongan Ahli Parlimen. 

He denied and got discredited.

Dr. Mahathir and PAN's were spinning thus no more believable.

Zakhir pula claimed, 3 orang Ahli Parlimen dari team Muhyiddin sudah diberikan tawaran tetapi mereka tolak.

Sumber mengatakan setiap Ahli Parlimen yang ditemui telah ditawarkan sebanyak RM50 juta!!!

Dr. Mahathir juga sedang berperang dengan masa kerana Parlimen dijangka akan bersidang sepenuhnya bermula bulan Julai.

Kejayaan atau kegagalan Dr. Mahathir akan bergantung kepada keimanan dan istiqomah Ahli Parlimen dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

Namun, bagi yang bersedia menjadi pelacur politik untuk dilanggani Dr. Mahathir, bersedialah terima hukuman dari rakyat pada PRU 15 nanti!!!

0 comments:

fda

Archives